2

13 0 0
                                    

Ada masa sedikit untuk aku mengejarkan umrah dengan abang dan kakak ipar kesayangan. Jadi sekarang adalah minggu pertama aku akan bekerja di syarikat ternama dengan kelulusan yang ada. Baju kurung kedah berwarna hijau dan tudung putih menjadi pilihan aku untuk hari ini. Sebelum keluar gambar ibu bapa dikucup penuh dengan kerinduan. Semoga hari yang mendatang dapat membahagiakan aku dengan penuh keceriaan. Abang ada cuba untuk memujuk aku untuk pulang menjenguk maklong dan paklong tetapi aku masih perlukan waktu untuk semua itu.

'' adik mari makan dulu, akak ada buatkan sarapan special sebab hari pertama adik akak bekerja''. aku ditegur kakak ipar yang tak ubah seperti kakak kandung aku.

'' Wahh sedapnyerr! akak ni lagi semangat mawar harini''. riang aku bila melihat nasi lemak sambal paru kegemaran ku.

'' makan-makan, habiskan pun takpe''. senyuman manis dilemparkan.

setelah 10 minit aku makan sudah tiba masa untuk berangkat ke tempat kerja, tangan kakak iparku disalam dan dikucup dahi anak buah aku yang baru bangun dari tidur.

TERAJU IMPIAN SDN. BHD

Tempat aku mencari rezeki sekarang, aku meninjau segenap ruang yang ada sementara menunggu dipanggil masuk berjumpa ceo. Dua tiga orang pekerja juga lalu lalang di depan aku turut melemparkan senyuman.

''cik mawar mari ikut saya''. panggil seorang pekerja atau lebih tepat pembantu peribadi.

'' sila duduk''. pelawa dato haizam pemilik syarikat

'' terima kasih''.

'' Kami amat berbesar hati menerima cik mawar dalam syarikat teraju impian. dengan kepakaran dan ilmu yang ada kami beruntung memiliki cik mawar sebagai salah seorang keluarga teraju impian''. jelas dato haizam sambil mengeluarkan beberapa borang untuk aku tandatangan.

'' apa pula dato cakap macam tu, saya patut berterima kasih kepada dato sudi ambik saya berkhidmat dalam syarikat ternama macam ni''. aku pula menutur kata dengan perasaan malu dipuji.

'' awak boleh tanda borang-borang ni, dan selamat datang ke teraju impian''.

''terima kasih''. Akhirnya dapat juga apa yang diimpikan.

''yee, ada apa papa panggil ziff''. terjah seorang jejaka yang ke dalam bilik dato haizam

'' Kenalkan anak saya Naziff ilhan bakal mengambil alih syarikat''. aku hanya melemparkan senyum.

'' ni pengurus akaun baru syarikat kita cik Mawar Aylana, jadi papa nak kamu bawak dia pusing setiap sudut di syarikat dan kenalkan kepada semua staff''. Arah dato haizam kepada anaknya.

Dia turut mengangguk faham

'' mari cik ikut saya''. aku mengikuti langkahnya

selesai beliau membawak aku memeriksa sudut dan mengenali semua staff

'' okey ni bilik awak cik mawar, kalau ada apa-apa inform saya''. aku mengangguk

'' okey terima kasih''.

jam menunjukkan sudah pukul lima, sudah tiba masa untuk pulang. Alhamdullilah kerja dengan persekitaran sangat baik. Aku mula mengemas barang untuk pulang sambil menunggu lift tiba-tiba aku disapa seseorang

'' how your first day?''. sapa naziff

'' it was great''. riang aku berkata

pintu lift terbuka

'' sila''. naziff memberi laluan untuk aku masuk terlebih dahulu

'' balik naik apa?''. tanya naziff memecah kesunyian

Yang Satu MilikkuWhere stories live. Discover now