3. Suhu Baru

1.5K 152 7
                                    

Tahu tak perasaan bila sentuh permukaan sejuk untuk tempoh yang lama? Terasa kebas yang sakit tapi tidak terasa apa-apa bila di sentuh?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahu tak perasaan bila sentuh permukaan sejuk untuk tempoh yang lama? Terasa kebas yang sakit tapi tidak terasa apa-apa bila di sentuh?

Nah!

Itu perasaan yang dia rasakan saat menjejak kaki keluar dari kenderaan pancuan empat roda yang menjadi tungangannya selama beberapa jam lepas. Seluruh kakinya berdenyut aneh apabila menginjak lantai tanah yang di selaputi salji. Dia tidak tahu hendak ceritakan bagaimana deria rasa dia rasakan waktu itu.

Selama 19 tahun ini dia sentiasa hidup dengan suasana terkurung. Ini pertama kali dalam usia 19 tahun dia dapat hirup bau segar suasana luar. Selain Thea dan computer AI, dia tidak pernah menemui manusia lain sejak kali terakhir dia telah membeku tiga orang perawat yang bertugas menjaganya semasa berusia 10 tahun. Akibat dari tindakannya itu, dia telah direnjat dengan eletrik!

Jangan salahkan dia okay...budak 10 tahun kut..tahunya apa selain rasa nak seronok?

            "Ini adalah tempat tinggal kamu selepas ini."beritahu Federico semasa muncul di sebelah Mizuki sebaik keluar dari kereta.

Bersama senyuman lebar di bibir, Mizuki dongak memandang ke langit yang sedang menjatuhkan salji ke bawah. Dia tadah tangannya naik menakung kepingan putih yang jatuh perlahan-lahan ke atasnya. Matanya berkedip perlahan apabila kepingan putih itu hinggap di pipi.

This is it!

Sejuk adalah kawan dia.

Panas adalah makanan dia.

Tapi manusia?

Hahah...try make a guess!

Side dish?Nope!

Appetizer?Nope!

Dessert?Nope!

               "Kata nak hantar aku ke akademi?Kenapa ke sini pulak melencongnya?"soal Mizuki sambil seluk tangan ke dalam poket hoodie yang dipakainya. Sejuk pulak!

               "Mulai detik ini...kamu akan tinggal di sini. Arahan dari Pusat Sierra sendiri." jawab Federico sambil aju tangan ke arah tangga depan mereka untuk Mizuki didaki.

Mata Mizuki gerak kanan dan kiri. Cuba hendak cari sesuatu yang menarik perhatiannya. Sekali tu dia ternampak pokok renek yang berderet sepanjang perjalanan ke depan pintu itu. Gatal punya tangan dia pun pegang la...sekali tu daun yang hijau tadi terus bertukar menjadi ais kristal. Habis hilang terus daya pokok hidup itu. Terkejut Mizuki lepas dia tengok pokok tu layu. Sempat mengerling ke Federico, dengan muka selamba tak bersalah dia seluk tangan dalam poket semula dan jalan ke samping lelaki itu.

Apabila mereka berdua tiba di lobi Utama kediaman tersebut. Federico di sambut dengan teriakan nyaring yang memeranjatkan.

Melompat terkejut Mizuki selepas itu. Dia terus menyorok belakang Federico sebab ingatkan haiwan mana terlepas dari kandang kan!

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now