4. BabySitter Si Aes.

1.5K 137 5
                                    

Knock!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Knock!

Knock!

"Masuk..."Federico berpaling ke arah pintu semasa lihat anak lelakinya berjalan masuk ke bilik tidur Ruby, isterinya.

"Mommy dah tidur ke?"tanya Dante sambil mendekati katil dimana ibunya sedang baring berselimutkan comforter. Mata sudahpun terpejam rapat.

"Hmm."angguk Federico dengan nada perlahan. Dia lirik ke Dante sewaktu anak lelakinya ambil tempat di sisi Ruby atas katil depannya itu. "Ada sesuatu yang ayah mahu kamu tahu.."ujarnya berbisik.

Dante mendiamkan diri. Dia tahu apa yang ayahnya mahu sampaikan. Dia termenung memerhatikan wajah pucat lesi mommy dia yang sedang sakit akibat kemurungan sejak tiga tahun lepas. Sejak kematian abang sulungnya. Dan Dante tahu kenapa ayah dia nekad buat keputusan ni. Semuanya demi membela nasib dan membersihkan nama baik mendiang abangnya. Apakan daya, dia bukan anak harapan ayahnya. Sebab itu ayah dia pilih untuk minta orang lain yang lakukannya.

"Ayah tahu kamu mahu lakukannya selama ini..."lafaz Federico dengan perlahan bersama renungan letih seorang lelaki tua berusia 48 tahun. Dia tahu anak lelakinya berharap dapat mencari bukti dan hukum orang yang menjadi punca kematian Danzo, tapi dia tak benarkannya. Kalau dia benarkan dia tak mampu tanggung bebanan sekiranya sesuatu terjadi pada Dante nanti. Dia tahu Dante berkecil hati!

Dante melepaskan hela nafas kesal yang panjang. Dia capai tangan mommy itu lalu diramas perlahan. "Kalau ayah tahu..ayah takkan bawa perempuan entah siapa-siapa tu masuk ke rumah kita semata hendak cari siapa pembunuh Danzo..still ayah masih tekad nak libatkan orang luar dalam masalah kita.." ujarnya buat kali ke berapa dia sendiri tak ingat. Hari tu dah bertekak habis dengan ayahnya soal yang sama. Memang dia muak dan jengkel. Tapi tiada apa-apa lagi yang dia boleh katakan sebab perempuan pelik tu dah ada di rumah mereka. Buatkan dirinya sebagai anak lelaki dalam keluarga ini tiada guna!

Federico mengerling ke tepi muka sugul Dante. Bila dia menatap wajah itu, Federico terasa hati sendiri sebab buatkan anak bongsu dia kecewa .

"Kamu tahukan siapa gadis tadi?"tanya Federico tidak lama kemudian.

Kepala Dante ikut dongak ke tepi untuk memandang Federico yang sedang berdiri disitu. "Memangnya ada perkara lain yang Dante perlu tahu tentang dia ke?"

"Sebenarnya ayah dah janji pada dia sesuatu sebagai imbalan jika dia sudi bekerja untuk ayah mencari pembunuh abang kamu tu.."Federico cuba membaca reaksi Dante untuk tengok apa yang Dante rasakan mengenai kenyataan itu.

Tanpa mengatakan apa-apa Dante hanya memandang wajah ayahnya. Setelah beberapa ketika berlalu, ayahnya masih tidak mengatakan apa-apa, barulah dia bertanya. "Apa imbalannya tu?Dan apa kaitannya Dante dengan dia..."

Federico mengetap garis nipis di bibir. Berasa teragak-agak sama ada dia patut beritahu atau tidak rahsianya selama ini.

"Untuk pengetahuan kamu, Mizuki merupakan penderma tulang sumsum untuk Leukimia kamu lima tahun yang lalu. Kerana dia, kamu sembuh sepenuhnya dari penyakit maut itu." Federico perasan Dante mahu bersuara, namun dia pintas dengan lekas. "Tunggu..jangan cakap apa-apa dulu. Ada perkara penting yang kamu tahu. Dan alasan kenapa ayah bawa dia ke sini..."

Dante buat muka mengalah. Dia mengangguk kepala setuju."Fine."

"Menurut saintis yang menjaga Mizuki, disebabkan DNA Mizuki ada dalam tubuh kamu, tubuh kamu mempunyai penebat untuk kuasa ganjilnya. Jadi jika Mizuki sentuh kamu, tiada apa-apa bakal menimpa kamu. Kebiasaanya kalau Mizuki bersentuhan dengan apa saja benda yang hidup, benda itu akan menjadi beku atau hilang daya haba mereka. Ketagihan Mizuki adalah haba. Dia boleh bunuh sesiapa dan apa saja yang ada di laluannya. Sebab itu ayah mahu kamu babysit Mizuki sepanjang tempoh dia berada di luar sana selagi dia belum menemui pesalah sebenar bagi mengelakkan orang curiga akan identity Mizuki yang sebenar."beritahu Federico sedikit demi sedikit dengan teratur.

Beku?Jadi Mizuki tu bukan assassin upahan tapi sebaliknya manusia ganjil berkuasa beku?Apa yang ayah dia fikirkan ni?Sudah tiada manusia normal lain ke yang mahu di jadikan sebagai pembela nasib mendiang abangnya ini? "Dante nak kena buat apa kalau macam tu?"soalnya sedikit skeptikal.

"Kamu perhatikan dia secara sembunyi, lindungi Mizuki sekiranya dalam bahaya, pastikan bacaan suhu badan dia tidak rendah dari 27 darjah Celsius, berikan dia keperluan haba sewaktu dia memerlukannya. Lagipun dia beza tua setahun dengan kamu. Tiada masalah untuk kamu berdua menjadi kawan rapat. Dan tahap pemikiran dia itu menjangkau kemampuan manusia. Apa yang dia buat, apa yang dia fikir, tiada siapa boleh agak. Untuk elakkan dia mati kesejukan, kamu perlu pantau dan perhatikan gerak geri Mizuki nanti."

"Kenapa ayah mahukan dia?"tanya Dante lagi. Jadi babysit?Ingat dia ni apa?Tua dari dia lagi tu. Macam pelik je rasa. Dekat rumah pun nak jaga mommy dia pun payah inikan lagi gadis berusia 19 tahun seperti Mizuki tu. "Tak ada tentera atau orang yang normal untuk bantu kita?"

Federico tertawa kecil.

"Ayah ingat pun begitu...tapi kamu yakin ke di tempat itu orang biasa boleh bertahan hidup?Sedangkan abang kamu sendiri tumpas di tangan mereka sehingga sekarang tiada siapa mahu maju ke depan untuk jelaskan hal sebenar?"tanya dia.

Pegun Dante kerana pertanyaan itu. Masuk akal juga. Yalah..di Akademi Ketenteraan Diraja itu, semuanya adalah pembuli dan kejam. Kalau Mizuki masuk di situ, tidak sampai satu malam, semua orang dalam akademi tu mati beku!

Senyuman jahat terjungkit sinis di bibir Federico. "Di sanakan sejuk, suasana sentiasa beku, kalau ada orang mati sebab beku, tiada siapa boleh curiga."ujarnya lagi.

Bersama renungan redup berkerutnya, Dante pandang ke wajah mommy dia semula. Dulu wajah itu la yang selalu mengukir senyuman kepadanya.Satu-satunya orang yang selalu ada di samping saat dia berasa terpinggir atau di sisihkan kerana ayah dia lebihkan Danzo dari dirinya.

Namun semuanya lenyap kerana pemergian mengejut abang sulung dia. Danzo dan Dante hanya berbeza umur 2 tahun. Walaupun begitu, Dante setaraf dengan kepandaian Danzo. Tapi ayah mereka tetap juga pilih kasih. Kalau bukan kerana perasaan sayang dia pada mommynya, sudah lama dia cari pembunuh abang dia tanpa menunggu kebenaran ayahnya.

"Ya sudah. Dante ikut apa ayah cakap."Dante mahu tak mahu terpaksa jugak menurut.

Federico terus memegang bilah bahu Dante lalu diramas lega. "Terima kasih Dante."ucap dia dengan lega.

❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now