28. Stay Or Not

1.1K 128 0
                                    

Pada hari keesokan, Mizuki terpaksa ditahan dalam rumah untuk menerima rawatan akibat kejadian yang berlaku di kelab malam semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pada hari keesokan, Mizuki terpaksa ditahan dalam rumah untuk menerima rawatan akibat kejadian yang berlaku di kelab malam semalam. Sepatutnya dia hadirkan diri ke kuliahnya, namun pada hari itu kerana keadaannya yang agak tidak mengizinkan dirinya berjumpa dengan manusia.

Dante ada bersama Mizuki sepanjang masa itu, walaupun lelaki itu sendiri sibuk dengan urusan kuliah di kolej dan tugasannya, dia tetap juga luangkan masa untuk gadis itu.

Selepas makan tengah hari, Mizuki diarahkan untuk berendam di dalam air untuk tenangkan diri dia yang masih dipengaruhi fikiran hendak membunuh manusia. Di kolam renang rumah agam itu, terapung sendirian Mizuki memandang langit dengan cermin mata terpasang di wajah.. sambil di perhatikan oleh Dante yang sedang menyuap mommy dia makan di bangku.

              "Kenapa budak perempuan tu terapung di situ?"tanya Ruby semasa Dante suakan segelas air kosong berstraw padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              "Kenapa budak perempuan tu terapung di situ?"tanya Ruby semasa Dante suakan segelas air kosong berstraw padanya.

              Dante palingkan kepala ke arah Mizuki. Dia pandang sekejap gadis yang mengenakan sundress di badan terapung di dalam kolam renang yang mengeluarkan wap hangat itu. "Dia tenangkan diri.."beritahunya.

              Kening Ruby berkerut tidak faham. "Dalam keadaan sejuk begini?"soalnya setelah minum.

              Dengusan kecil lepas dari Dante mendengar soalan itu. "Jangan risau...air kolam tu cukup hangat untuk elakkan Mizuki kedinginan. "

              Ruby yang tenang kerana diberikan ubat penenang itu kelihatan seperti anak kecil penuh perasaan ingin tahu. "Dimana Danzo?"

              "Mommy makan dulu...nanti baru jumpa Danzo."tenang bersahaja tidak terganggu Dante beritahu. Sudah terbiasa dengan situasi itu.

Bersama senyuman girang di bibir, Ruby membuka mulutnya dengan luas saat Dante menyuakan makanan di dalam sudu ke depan dia.

Sedang Dante menyuap makanan, bunyi debaran lembut pada air kedengaran tidak lama kemudian dari arah kolam renang itu.

               "Dah lega ke?"tegur Dante semasa perasan dari ekor mata kelibat Mizuki berenang mendekat tepi kolam ke arah mereka.

                Mizuki berenang ke tepian sebelum bertenggek di situ menghadap Dante. Kedua-dua tangan naik bersilang di batu marmar itu. "Join saya sekali sini.."ajak dia dengan sengih nakal di bibir. Dia melirik akan Ruby waktu itu enak mengunyah makanan.

                "Sesuka mana sekalipun aku untuk join  kau...ada ibu yang perlu aku uruskan ni." ujar Dante dengan sengih meleret di hujung bibir.

               "Hahaha....acah je la.."Mizuki rehatkan dagu atas lengan. Memandang wajah handsome Dante tanpa mengatakan apa-apa.

               Sedang Mizuki dan Dante diam di situ, Ruby pandang ke gadis itu lalu berkata. "Kamu ni siapa?Teman wanita Dante ke??"

Tersentak Mizuki dan Dante waktu itu. Mereka dengan serentak memandang Ruby.

              "Mommy..."panggil Dante bernada funny.

               "Kenapa?Tak suka ke?"tanya Mizuki semasa memandang Ruby dengan renungan bersinar penuh harapan.

                 Ruby ketawa kecil menimbulkan lekukan kecil pada kedua-dua pipi wanita itu. "Hahah...saya suka."jawabnya.

                 Melihat wajah ceria mommy dia, mata Dante sedikit berkaca apabila melihat senyuman di bibir itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia dengan waktu dulu-dulu semasa mommy dia masih sihat. "Kami kawan saja mommy..."beritahu dia.

                 Mendengar kata-kata itu Mizuki pandang ke Dante dengan kening berkerut sedikit. "Kawan?"soal dia berasa terkilan mendengarnya.

                 Kepala Dante pun berpaling. Dia pandang tatapan berkerut Mizuki dengan senyuman nipis dibibir. "Yalah...kawan. kalau bukan..apa relay kita?"

                "Awak kata saya ni partner awak kan.."muncung Mizuki kerana berasa merajuk dengan kenyataan Dante tadi.

                 Dante ketawa kecil. "Yalah partner...tapi sementara aje."entah kenapa dia rasa macam tak kena bila cakap begitu.

                 "Awak tahu?"soal Mizuki semasa panjat naik dari situ dengan mudah lalu jalan mendekati anak beranak itu.

Dante tidak mengalihkan pandangan dia dari Mizuki sehinggalah gadis itu ambil tempat di kerusi dia duduk. Tuala yang siap sedia ada di situ dia serahkan kepada Mizuki serta merta sebelum bathrobe di ribanya di letakkan atas badan yang basah kuyup itu setelah Mizuki selesakan diri di sampingnya.

                 "Ayah aku dah beritahu aku tentang deal sebenar kau dengan dia...jadi aku tahu kau hanya ada di sini untuk sementara waktu.."beritahu Dante sambil tu.

                 Wajahnya yang basah di seka dengan tuala itu. "Jadi awak tahu la..."angguk Mizuki sebelum pandang ke Ruby. Wanita itu sedang seronok menggentel hujung rambut yang ditoncang oleh Dante itu dengan sengih ceria seperti anak kecil. "Saya akan kembali ke pusat itu semula selepas selesaikan kes ni.."

                  "Hm."angguk Dante satu kali.

                  "Tak sedih ke?"

Dante berdengus kecil sambil tersenyum nipis.

                  "Saya suka duduk dekat sini...dengan awak...dan semua ni."beritahu Mizuki saat kakinya berhayun depan dan ke belakang kegirangan tanpa sedar.

                  Dante pandang tepi muka Mizuki. Walaupun dalam masa yang singkat, dia sedikit sebanyak dah bonding dengan Mizuki hingga dia sendiri tidak sedar kehadiran Mizuki sedikit banyak mengisi kekosongan yang dia rasakan. "Kau nak stay dekat sini?"

                  Sambil tersenyum Mizuki pandang Dante. Kepalanya terlentok ke bawah semasa bertanya."Awak nak saya stay dekat sini?"

Mereka berdua saling bertatapan tanpa mengatakan apa-apa untuk seketika.

❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now