38;

807 46 4
                                    

Hariz baru sahaja pulang kerumah , dia masih tidak tahu kemana Afea pergi . Setelah hampir satu jam dia terbaring di sofa ruang tamu itu . Baru dia sedar tiada suara Afea pun dirumah itu .
Ni
" aik , mana dah dia pergi? Tidur ke? Kenapa takda suara kat rumah ni? " Ujar Hariz sendirian lalu naik ke bilik mereka untuk mencari Afea .

Dia membuka bilik mandi itu tapi sayangnya tiada pun orang didalamnya dia mencari di semua ruangan rumah itu.

Tapi Afea sudah tidak berada di rumah lagi , lalu dia teringat yang sebelum dia keluar rumah dia melihat ada luggage  Afea yang terletak di bersebelahan dengan almari mereka berdua .

Lalu dengan cepat dia naik ke bilik mereka semula , dan membuka almari itu untuk melihat sama ada baju Afea masih ada atau tidak .

" Takkan lah ... " Dia melihat ada sepucuk surat di atas meja solek itu lalu mengambil dan membaca surat itu .

Dari: Afea
Untuk : Hariz

Assalamualaikum , dear husband
Awak adalah orang yang paling saya sayang selepas ayah saya .

Tujuan saya hendak menulis surat untuk awak adalah , saya hendak mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima saya apa adanya tanpa rasa malu walau sedikit pun .

Saya minta maaf kalau saya ada salah silap yang buatkan awak tak boleh maafkan saya , saya mohon halalkan makan minum saya selama berada dirumah awak .

Saya minta maaf juga sebab pergi tanpa izin awak , in Sya Allah saya akan balik semula bila keadaan dah membaik . Dan saya pastikan saya balik dengan keadaan yang selamat . #hoho mesti awak tak kisah kan

Tapi saya nak cakap , untuk pengetahuan awak , apa yang awak nampak dalam gambar itu  bukan seperti apa yang awak fikir , saya mengaku memang itu saya , tapi sumpah saya cakap untuk mesra-mesra dengan lelaki itu . Saya tak buat itu , saya cuma terserempak sahaja dan tidak ada hal yang terjadi selepas itu .

Untuk yang terakhir , saya sakit hati dengan awak , sebab sanggup awak tidur sekatil dengan perempuan tu .
Tapi benda dah jadi , takde apa yang dapat diubah lagi

Last but not least , sepanjang saya mengenali awak , awak adalah lelaki yang paling baik yang saya temui , dan awak adalah cinta pertama saya .

Mungkin selepas ini , awak bukan milik saya seorang sahaja mungkin saya ada madu , hehe tapi kalau betul awak dah tak sayang saya , tolong lepaskan saya dengan cara yang baik .

Sebab ayah saya bagi saya dekat awak dengan cara yang baik , dan awak kena pulangkan saya dengan cara yang baik .

Itu sahaja saya nak cakap , dan semoga berbahagia dengan pilihan awak nanti  .

Afea

Selesai dia membaca surat itu, dia terus terdiam seketika, dengan perlahan air mata nya mengalir , dia sudah salah membiarkan orang yang paling dia cintai pergi dari hidupnya.

Lalu dia melihat juga didalam sampul itu terdapat dua keping gambar , yang ada dirinya dan juga Asyira , lagi lah dia serba salah , padahal dia tidak melakukan hal itu .

Makin deras air matanya keluar , " aku tak buat semua benda ni Fea,  tolong balik semula kepada aku " ujarnya menyesal .

Tapi penyesalannya sudah tidak berguna lagi , dia bertekad untuk mencari Afea . Tapi sekarang bukan masa yang sesuai .

***
Parents Hariz POV::

Tengku Haida yang sedang duduk santai di halaman rumah sambil mengusap-usap kucingnya itu .

Dia berasa tidak sedap hati , seperti ada yang berlaku di antara anaknya dengan menantunya .

Hariz pula baru sahaja datang ke rumah itu dengan tangisan yang masih tersisa sedikit .

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐀𝐊𝐔 , 𝐖𝐈𝐅𝐄 𝐀𝐊𝐔 [𝐂] ✔Where stories live. Discover now