|25|

495 16 1
                                    

Tiga bulan sudah berlalu. Kini, Zeeyad dan Haura telah menjadi suami isteri. Begitu juga Alicia dan Damien. Keluarga Nelydia menerima pinangan Aryan. Mereka sudah bertunang. Begitu cepat masa berlalu.


Di butik pengantin, Haura, Isabella dan Alicia sedang memilih gaun pengantin buat Nelydia.


"This one suits you!" Kata Isabella sambil menunjuk sebuah gaun anggun yang berwarna putih.

"Um, maybe too elegant." Kata Nelydia.

"What about this?" Tanya Haura.

"Too simple." Kata Nelydia.

"Wait a second, ni lah!" Kata Isabella dan Alicia serentak apabila mereka melihat sehelai gaun pengantin yang cantik.


Nelydia tersenyum melihat gaun tersebut. Nampak sesuai dengannya. Dia memegang fabrik gaun tersebut. Nelydia menyukai baju tersebut.

"Cantik." Kata Nelydia.

"Tapi mesti mahal kan?" Tanya Nelydia dengan pelan.

Nelydia membelek tanda harga gaun itu. Tertulis harga RM 10,000. MasyaAllah, mahal sungguh!


Tiba-tiba, seorang pekerja datang menghampiri Nelydia.


"Um, miss. Your fiance tak datang tengok baju ke?" Tanya pekerja tersebut.

"Saya pun tak tahu.." kata Nelydia sambil melihat tepat ke arah Isabella.

"Um..he's on the way." Kata Isabella.

"Oh, ok then. Saya tunggu ya." Kata pekerja itu lalu beredar dari tempat itu.


Nelydia melihat Isabella dengan wajah sedih.


"Hey, kenapa kau macam sedih?" Tanya Isabella.

"Aryan macam tak datang aje.." kata Nelydia.

"Siapa kata saya tak datang?" Tanya seseorang yang sedang berdiri di belakang Nelydia.


Nelydia menoleh ke belakang. Dia tersenyum melihat tunangnya. MasyaAllah, selepas menjadi tunang Nelydia, Aryan makin lama makin kacak! Nelydia merenung wajah kacak tunangnya.


"Tak reti bagi salam ke?" Tanya Nelydia sambil berpeluk tubuh.

"Assalamualaikum." Kata Aryan.

"Waalaikumussalam." Jawab Nelydia, Haura dan Alicia.

"Saya ingat awak tak datang." Kata Nelydia.

"Mesti lah saya datang, amore. Takkan lah saya nak biar awak pilih sorang-sorang. Awak kan bakal bidadari saya." Kata Aryan.


Nelydia tersipu-sipu malu. Haura, Alicia dan Isabella tersenyum melihat mereka berdua. Aduhai, dilarang bersweet di sini!


"Bidadari ek." Kata Isabella sambil tersengih.

"Of course. Bidadari dunia dan akhirat." Kata Aryan.


Hati Nelydia berbunga-bunga. Mukanya berubah menjadi merah. Isabella menghemburkan tawa melihat Nelydia. Begitu juga dengan Haura dan Alicia.


"So, awak dah pilih dress ke?" Tanya Aryan.

"Dah." Sampuk Isabella sambil menunjukkan Aryan sehelai gaun pengantin yang Nelydia suka.

"Tapi harga dia MasyaAllah! Boleh potong kaki." Kata Haura.

"Sebab itu lah aku teragak-agak nak beli dress ni.." Kata Nelydia.

"Amore, kerja awak pilih aje. Saya sanggup bayar berapa pun. Pilih yang mana awak suka. Jangan risau tentang harga tu. Tak penting pun. Asalkan awak happy and puas hati." Kata Aryan.


Terharu Nelydia dibuatnya. Rasa seperti ingin dipeluk aje tunangnya itu. Tapi dia masih sedar bahawa mereka belum terikat. Bertahanlah Nelydia, tak lama dah!


"Thank you, awak." Kata Nelydia sambil mengukirkan senyuman.

"You're welcome." Kata Aryan.


Mereka memilih dua helai gaun. Satu untuk nikah dan satu lagi untuk gambar perkahwinan. Kedua-dua gaun tersebut amatlah cantik. Nelydia berpuas hati dengan gaun itu. Aryan gembira apabila melihat tunangnya gembira.

𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎. 𝐵𝑖𝑎𝑟𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖.

Mrs. Aryan Levine (C)Where stories live. Discover now