|18|

522 16 0
                                    

Beberapa minit kemudian, muncullah tiga buah kereta di halaman rumah Aryan. Pengawal peribadi Aryan membukakan pintu kereta untuk mereka keluar daripada kereta tersebut.


"Welcome to the house, Mr Zeeyad, Mr Damien and Mr Callum. You can enter the house. Mr Aryan is waiting for you all." Kata salah seorang pembantu rumah Aryan.

"Thank you, Catherine." Kata Zeeyad sambil memberikan senyuman kepada Catherine, pembantu rumah Aryan.


Haura, Alicia dan Isabella hanya memberikan senyuman manis kepada Catherine lalu memasuki rumah mewah itu. Mereka menuju ke ruang tamu. Di situ, mereka melihat Aryan sedang duduk di atas sofa.


"Assalamualaikum." Kata Zeeyad, Damien, Haura dan Alicia.

"Waalaikumussalam." Balas Aryan sambil melihat rakan-rakannya.

"What's up, bro? Dah lama tak jumpa kau." Kata Zeeyad sambil menyiku lengan Aryan.

"I'm good. Kau orang?" Tanya Aryan yang sedang melihat tepat ke arah Callum.

"Kenapa tengok aku macam tu, Aryan?" Tanya Callum.

"Saja. Ye lah, kau kan bakal jadi ahli baru dalam The Capello's." Kata Aryan sambil mengukirkan senyuman kecil.


Callum tersenyum mendengar kata-kata Aryan. 'Nampaknya Aryan sudah tahu.' Kata Callum di dalam hatinya. Dia hanya tersengih.


"Nely, kau ke beritahu abang tentang tu?" Tanya Isabella.

"Ha a. Kau orang tunang dekat mana ek?" Tanya Nelydia.

"Dekat Italy." Jawab Callum.


Nelydia menganggukkan kepalanya sebanyak dua kali. Isabella membuat muka sedih lalu membuka mulut.


"I'm sorry, my friends. Kau orang tak boleh hadir majlis tunang kami. You know, The Capello's really hate Muslims. Aku dengan Aryan ni boleh dikatakan dah langgar peraturan The Capello's. Especially Aryan. Sebab dia masuk Islam. Kalau datuk tahu mesti kena teruk nanti." Kata Isabella.

"It's fine. Tapi, nanti jangan lupa tunjukkan gambar tunang kau orang." Kata Haura sambil mengukirkan senyuman manis.

"Thank you sebab memahami." Kata Isabella.

"Tapi kan, kalau The Capello's ni sangat benci Islam, kenapa syarikat Aryan ni boleh terlepas dekat Malaysia? Islam kan agama rasmi Malaysia." Kata Alicia.

"Aku yang pilih nak tubuhkan syarikat dekat sini. Entah kenapa datuk aku setuju. Dia kata, asalkan aku tak ikut agama Islam. Tapi aku degil." Kata Aryan.

"Oh, macam tu rupanya." Kata Alicia sambil mengangguk.

"Dah la, jom makan. Aku lapar dah ni." Kata Zeeyad sambil mengusap perutnya.

"Tu lah, kurus sangat. Kan dah cepat lapar." Usik Haura.

"Eh, awak ni, usik saya pula." Kata Zeeyad sambil mengukirkan senyuman kepada Haura.


Zeeyad dan Haura saling bertatapan sambil tersenyum. Haih, dah jatuh cinta ke ni? Aryan menuju ke arah meja makan. Diikuti dengan Nelydia, Alicia, Damien, Isabella dan Callum.


"Encik Zeeyad Hakimi dan Cik Haura Nabila, dah dah la tu buat eye-contact. Takut kang tak fasal-fasal Cik Haura kita rebah sebab blushing." Kata Alicia sambil tersengih.

"Amboi, ada-ada je kau, Cia." Kata Haura.


Haura menuju ke meja makan sambil diekori oleh Zeeyad. Mereka memilih tempat duduk.


"Eh, Haura. Duduk lah sebelah Zeeyad. Kan comel." Kata Nelydia.


Haura menjeling tajam ke arah Nelydia. Dia terpaksa duduk di sebelah Zeeyad.


"Kau orang ni nampak sesuai lah, Haura. Dia handsome, kau cantik. Dia tinggi, kau rendah. Dua-dua kulit putih. Warna mata pun sama." Kata Alicia.

"Ada-ada je lah kau ni, Cia." Kata Haura sambil menggelengkan kepalanya.


Ketawa Zeeyad dibuatnya. Dia ketawa terbahak-bahak. Haura melihatnya dengan dahi berkerut. Rakan-rakannya semua sedang menahan daripada gelak kecuali Aryan. Hanya muka dingin di wajahnya.


"Kami memang sesuai. Ye lah, kan jodoh." Usik Zeeyad.


Maka terlepaslah tawa rakan-rakannya apabila melihat wajah Haura yang sudah muram. Zeeyad melihat tepat ke wajah Haura untuk memujuknya. Wajah Haura bertukar menjadi merah. Zeeyad melepaskan tawa apabila melihat wajah merah Haura.


𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎. 𝐵𝑖𝑎𝑟𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖.

Mrs. Aryan Levine (C)Where stories live. Discover now