|26|

459 19 0
                                    

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Hari ini merupakan hari perkahwinan Nelydia dan Aryan!


Nelydia berada di dalam biliknya. Dia sedang memakai gaun pilihannya. Puan Naimah, ibu Nelydia sedang menolongnya memakai gaun tersebut.


Nelydia kelihatan amat cantik apabila memakai gaun itu. Kecantikannya bertambah apabila pakaian itu dikenakan dengan mahkota yang penuh dengan berlian berwarna putih. Dia hanya memakai mahkota sebagai aksesori. Nelydia keluar dari biliknya.


"MasyaAllah, cantiknya! Macam bidadari syurga!" Puji Haura.

"Bidadari Syurga dan bidadari Aryan." Kata Alicia.

"Kau tak pernah tak cantik, Nely." Kata Isabella.

"Thank you, bestie." Kata Nelydia.

"Walaupun makeup kau tak tebal, kau tetap cantik." Kata Haura.

"Alah Nelydia tak perlu makeup lah. Dia memang original cantik." Kata Isabella.

"Anak aunty memang lah cantik. Dah, jom kita gerak ke hotel. Nanti lambat pula." Kata Puan Naimah.


Di dalam kereta, Puan Naimah memeluk erat anak perempuannya.


"Tak sangka anak mama dah nak kahwin. Jaga diri ya, sayang. Jadi isteri yang solehah." Pesan Puan Naimah.

"Terima kasih atas pesanan, mama." Kata Nelydia.


Terharu Alicia, Haura dan Isabella melihat mereka. Untungnya Nelydia dapat ibu seperti Puan Naimah. Apabila mereka tiba di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.


Nelydia melihat susuk tubuh tunangnya. Aryan kelihatan amat kacak. Dia hanya memakai baju Melayu berwarna putih dan songkok hitam. Aryan mengukirkan senyuman manis kepada Nelydia.


"Assalamualaikum." Kata Aryan.

"Waalaikumussalam." Kata Nelydia.

"Jom masuk." Kata Aryan.

"Ok." Kata Nelydia.


Pintu dewan dibuka luas, Nelydia dan Aryan melangkah masuk. Orang ramai mengambil gambar mereka. Nelydia duduk di pelamin bersama Alicia manakala Aryan duduk bersila di hadapan tok kadi dan tiga orang wali.


"Aku nikahkan kau dengan Nelydia Sofea binti Ahmad Naim dengan emas kahwinnya bernilai RM 10,000 tunai." Ucap Imam Abdul Aziz.

"Aku terima nikahnya Nelydia Sofea binti Ahmad Naim dengan emas kahwinnya bernilai RM 10,000 tunai." Ucap Aryan dengan tenang.

"Sah?" Tanya Imam Abdul Aziz kepada tiga orang wali.

"Sah." Jawab ketiga-tiga orang wali dengan serentak.

"Alhamdulillah." Ucap Imam Abdul Aziz sambil menadah tangan untuk membacakan doa.


Sebak rasanya apabila mendengar ucapan itu. Alicia tolong mengelap air mata Nelydia. Air mata kegembiraan. Nelydia gembira kerana dia sudah sah menjadi isteri Aryan. Aryan dan Nelydia saling melihat ketika berdoa. Aryan mengukirkan senyuman manis kepada isterinya.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kini, tibalah masanya untuk upacara pembatalan air sembahyang.


"Nelydia, sekarang ni waktu upacara pembatalan air sembahyang." Kata Alicia yang menjadi pengapit Nelydia.


Aryan duduk di sebelah Nelydia. Puan Naimah memberikan cincin perkahwinan Nelydia kepada Aryan. Dengan perlahan, Aryan menyarung cincin emas putih itu ke jari manis isterinya. Nelydia mengambil cincin yang diberikan oleh Puan Naimah itu lalu menyarungnya di jari manis suaminya.


"Ha Aryan. Tunggu apa lagi? Cium lah dahi Nelydia. Nelydia, kau salam lah tangan Aryan." Kata Alicia.


Jurugambar sudah tidak sabar untuk mengambil gambar. Dengan perlahan-lahan, Nelydia mencium tangan suaminya manakala Aryan mencium dahi isteri tersayang. Menggeletar juga lah tangan Nelydia kerana dia tidak pernah memegang mana-mana lelaki.


"Assalammualaikum, abang." Bisik Nelydia di telinga Aryan.

"Waalaikumussalam, sayang." Jawab Aryan di telinga Nelydia.


Mereka saling bertatapan sambil mengukirkan senyuman yang manis. Aryan mengusap lembut pipi isterinya. Orang ramai tersenyum melihat pasangan itu.


Tepat pukul 1.40 tengah hari, masuknya waktu solat Zohor. Mujurlah ketika itu Nelydia cuti solat.


Aryan pergi ke bilik air lalu dia membasahkan badannya dengan air wuduk. Dia segera mengerjakan solat.


Nelydia melihat Aryan yang sedang solat dari jauh di luar pintu yang terbuka sikit. Selepas Aryan habis solat, dia menadah tangan dan berdoa.


"Terima kasih kerana Engkau telah memudahkan urusan ku, Ya Allah. Terima kasih kerana Engkau telah menemukan jodoh yang terbaik untuk ku. Aku berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuknya. Aku akan mengorbankan segalanya hanya untuk isteriku tercinta iaitu Nelydia Sofea. Terima kasih kerana telah menjodohkan kami berdua, Ya Allah.

Ya Allah, Engkau jodohkanlah kami selamanya hingga je Jannah. Bahagiakanlah kami, Ya Allah. Berikanlah kami zuriat yang sihat dari segi zahir dan batin dan juga seorang anak yang Soleh dan Solehah. Aamiin Ya Rabbal Alamin." Ucap Aryan.


Tanpa sedar, air mata membasahi pipi Aryan. Dia cepat cepat mengelap air mata tersebut.


Tiba-tiba, seseorang memeluk lehernya dari belakang. Aryan melihat isterinya yang sedang duduk bersimpuh sambil memeluknya. Dia memusingkan badannya menghadap Nelydia lalu membalas pelukan tersebut.


"Thank you sebab pilih saya untuk jadi isteri awak, Aryan." Kata Nelydia.

"You're welcome. Terima kasih juga sebab terima saya sebagai imam awak." Kata Aryan.

"Saya berjanji akan menjadi isteri yang solehah." Kata Nelydia.

"Dan saya berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak." Kata Aryan sambil mengusap lembut kepala isterinya. Pelukan tersebut direnggangkan.


𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎. 𝐵𝑖𝑎𝑟𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑏𝑢𝑚𝑖.

Mrs. Aryan Levine (C)Where stories live. Discover now