|50|

925 24 0
                                    


Nelydia menyuap Aryan makan. Pagi ini mereka berdua makan nasi goreng. Selepas beberapa suap, Nelydia menghulurkan air kepada Aryan.


Apabila Nelydia sudah habis menyuap Aryan, Aryan mengambil pinggannya yang berisikan nasi goreng itu. Eh, dia lapar lagi ke? Nelydia hanya melihat tingkah laku Aryan.


"Abang nak makan nasi goreng tu ke?"


Aryan melihat mata coklat isterinya. Nelydia terdiam. Direnung mata biru muda suaminya. Jawapan dinanti-nantikan.


"Tak lah. Aku nak suap kau."

"Alah tak perlulah. Abang rehat je."

"Kan tadi kau dah suap aku. So sekarang ni aku pula lah yang suap kau. Kiranya fair lah kan?"


Nelydia mengukirkan senyuman yang manis. Dah lama dia tidak disuap Aryan. Nelydia mendekati susuk tubuh suaminya yang sedang duduk di atas katil.


Aryan mencedok nasi goreng tersebut lalu menyuapnya ke dalam mulut Nelydia. Terukir senyuman kecil di bibirnya. Dia mengutip nasi yang berada di bibir Nelydia menggunakan tangannya.


"Sedap tak?"


Nelydia hanya mengangguk. Dia juga membalas soalan itu dengan senyuman yang amat manis. Gembira Aryan melihat kegembiraan isterinya. Tapi dia amat pasti, disebalik senyuman yang manis ini, ada pahitnya.


"Kenapa abang termenung jauh?"


Fikiran Aryan kembali ke realiti. Matanya terus melihat Nelydia yang sedang menunggunya untuk menyuap Nelydia. Aryan hanya membalas pertanyaan Nelydia dengan senyuman yang manis.


"Sorry."


Aryan kembali menyuap makanan ke dalam mulut isterinya. Selang beberapa minit, dia menghulurkan air kosong kepada Nelydia.


Nelydia meneguk air kosong tersebut. Terus hilang rasa dahaga. Belum sempat dia meletakkan gelas tersebut di atas meja, Aryan mengambil gelas yang dipegangnya itu.


Kelihatan seperti Aryan mencari-cari sesuatu di gelas tersebut. Mata Aryan disepetkan. Dia mengangkat gelas itu lalu menghala gelas tersebut ke tingkap.


Pelik. Aryan cari apa sebenarnya? Terus Nelydia membuka mulut untuk bertanya.


"Abang, abang cari apa?"

"Aku tengah cari tempat bekas minum kau."


Dahi Nelydia berkerut.


"Kenapa?"

"Untuk aku minum dekat tempat tu la."


Aryan melihat wajah Nelydia. Nampak macam Nelydia bingung. Terus Aryan ketawa kecil.


"Kau tak faham ke?"

"Jap. Tengah cuba faham."


Kedua-dua kening Aryan naik. Dia menunggu respon Nelydia. Direnung wajah isterinya. Beberapa minit kemudian, senyuman terukir di bibir Nelydia.


"I got it."


Aryan mengukirkan senyuman di bibir. Dia mengambil gelas itu semula. Dia meneguk air kosong di tempat bekas minum Nelydia. Tersenyum Nelydia dibuatnya.


Selepas mengambil beberapa tegukan, Aryan meletakkan semula gelas itu. Mata melihat Nelydia yang sedang melihatnya tanpa senyuman. Aryan ketawa kecil apabila melihat muka Nelydia.


"Nely.."

"What?"

"Kau blushing ke?"

"Mana ada."

Mrs. Aryan Levine (C)Where stories live. Discover now