bab 11

409 24 1
                                    

Petang ini bumi dibasahi hujan. Aku membelek jam di tangan sambil menanti cinta hati di lobi hospital. Katanya mahu pulang bersama, tapi sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6 dan kelibatnya masih belum kelihatan.

'Dia dah balik kot' Itulah yang bermain di fikiranku. Tanpa berfikir panjang aku terus meredah hujan menuju ke kereta. Beg tangan dijadikan payung.

Baru 2 langkah aku berjalan, tiba-tiba saja bahuku dipeluk. Hujan juga berhenti membasahi diriku. Mata melirik ke kanan ingin melihat gerangan yang memeluk bahuku.

"Nak demam ke ?" Daniel menatapku tajam dengan aura dinginnya.

"Nia ingat abang dah balik" Jawab ku mendatar.

"I will never break my promise, love"
Daniel membukakan pintu kereta untukku seraya dia masuk ke tempat pemandu.

"Sorry sebab buat sayang tunggu" Daniel memegang tanganku sambil menatap dalam mataku. Saja nak buat aku blushing ke camna ni ?

"Takpe" Aku tersenyum

'Hashemmm' Aku bersin. Tanganku terus mengapai tisu.

"Sayang ok tak ni ?" Soalnya cemas.

"Sikit je ni"

"Kita pergi klinik la"

"Taknak !" Aku memuncungkan mulut seraya menggelengkan kepala. Aku kan doktor boleh rawat diri sendiri.

"Jomla" Dia sedikit menggoncang tanganku.

"Bersin je pun, abang" bersin+selesema je pun. Itu pun nak gi klinik ke ? Lain macam caring engko.

"Balik ni terus mandi ok? Nanti demam"

[ • • • ]

Selesai sahaja mandi dan solat, aku turun ke tingkat bawah mencari cinta hati kesayangan. Dari tadi tak nampak.

"Abang buat apa ni ?" Soalku melihat Daniel di dapur dengan apren.

"Sayang duduk sana jangan datang sini, bahaya !" Dia menghalang apabila melihat figuraku yang ingin menuju ke arahnya. Hampir pecah tawaku apabila melihat lelaki 'macho' itu memegang penutup periuk sebagai pelindung tapi dah macam perisai captain america. HAHAHA

"Apa yang bahayanya, abang ?!" Aku melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Ni ha ! Ikan ni macam hidup lagi je. Tapi tadi abang dah siang kot" Tangannya masih saja menjadikan penutup periuk sebagai perisai. Berperang dengan ikan agaknya. Goreng ikan pun takleh buat ke ?

"Kalau taknak bagi meletup letak ni" Aku bangun dari kerusi seraya mengambil dua keping asam keping. Asam keping itu aku letakkan ke dalam kuali yang berisi ikan yang sedang digoreng oleh Daniel.

_________________________________________

"Meh abang suap" Daniel tersenyum dengan tangan yang memegang mangkuk berisi nasi dan sup ayam buatannya.

Aku membuka mulut. Nasi berlaukkan sup ayam itu selamat masuk ke dalam mulut.

"Sedap la !" Aku terkejut. Ingatkan tak pandai masak laki aku ni.

"Sayang ingat abang tak pandai masak ke ?! Ni Tengku Daniel Kyle kot suami Dania Kayla, semua benda petik jari je" Sempat lagi dia berbangga diri dengan kening yang diangkat-angkat. Comel je.

"Tapi tadi dengan ikan pun berperisai" Aku ketawa kecil.

"Yang tu lainlah cerita dia" Wajahnya mula cemberut. Dengan mulut itik nya eiii comelllll.

"Janganlah buat muka macamtu. Comel la" Pipi Daniel aku cubit. Untungnya aku dapat laki macamni. Kejap macho, kejap cool, kejap comell. Eiiii geram!

"Janganlah cubit pipi abang. Gigit kang"
Daniel turut mencubit pipiku. Aku terkaku mendengar perkataan 'gigit kang' yang dikeluarkan nya. Suasana saat ini sunyi-sepi. Sehinggalah

'I like your eyes you look away wh-' tiba-tiba saja telefon Daniel berdering

"Jap tau" Daniel mengambil telefonnya diatas meja seraya berjalan beberapa meter lalu menjawab panggilan.

Tidak sampai dua minit berbual dalam talian, dia menghampiriku. Dia melabuhkan punggung dihadapanku.

"Sayang" Daniel menggenggam tanganku. Hati terasa lain.

"Esok abang kena pergi Jakarta" Dia menyelit rambutku di belakang telinga.

"Abang balik bila ?" Aku menatap dalam Daniel.

"Lusa"

Entah kenapa aku berasa seperti akan ada sesuatu yang akan terjadi.

[ • • • ]
_________________________________________
Aku membuat keputusan untuk mengambil cuti 2 hari. Hari ini dan lusa. Cukuplah ingin menyambut kepulangan suami tercinta esok.

"Abang hati-hati tau" tangannya aku cium. Airport ini menjadi saksi perpisahan kami.

"Sayang pun" Daniel tidak bercakap panjang. Dahi dan pipiku  dikucup sekilas.

Daniel pergi meninggalkanku. Alu melihat kepergiannya dengan penuh sayu. Entah kenapa hati terasa untuk melepaskan dia. Padahal, perpisahan ini tidak sampai dua hari.

_________________________________________

• Author pov •

Dania tiba di rumah. Makanan tengahari dibeli. Badan tiba-tiba terasa lesu. Tiada khudrat untuk melakukan kerja rumah.

Rumah terasa sunyi. Tiada suara yang selalu mengusik. Hanya bunyi kipas kedengaran.

Bubur ayam yang dibeli tadi dijamahnya. Kebiasaannya ketika makan, di hadapannya ada seseorang yang akan menemani, tetapi hari ini berbeza.

Selesai makan tengahari Dania membersihkan diri sebelum solat zohor. 'Walaupun kita sakit, kita tak terlepas dari perintah Allah' itu lah pesanan mamanya yang dia ingati sampai sekarang.

Tugas sebagai seorang hamba sudah selesai dilaksanakan. Sempat dia menonton tv seraya itu. Sekarang, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Mata dipejamkan.

[ • • • • • ]

Mata dicelik. Handset di sebelah di tekan melihat jam. Sudah pukul 8.00 malam. Letih sungguh. Dania terus qadha' solat asar dan  solat maghrib. Sementara menunggu isya' , TV dinyalakan. Berita menjadi pilihan.

-JAKARTA- Seorang pelancong asing dari Tokyo positif SARS A.-

DOKTOR ITU ISTERIKUWhere stories live. Discover now