ANNUR membuka pintu bilik dengan malas. Dia terus sahaja mencampakkan beg sandang dan cota di atas katil. Baru hari pertama bekerja sebagai pegawai keselamatan. Malam nanti, dia akan bekerja sebagai pelayan bar di sebuah kelab malam. Kalau ikutkan hati Annur, dia tidak mahu bekerja di situ. Tetapi dia tidak ada pilihan lain lagi. Bekerja hanya beberapa jam sahaja sudah mendapat gaji sebanyak RM3000 sebulan. Gaji itu nanti akan disimpan untuk digunakan untuk sambung pelajaran di universiti nanti.
Annur terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Rasa lega apabila dapat menikmati keempukkan tilam tersebutm Segala sengal dan lenguh di otot-otot hilang. Matanya asyik memandang ke arah kipas siling yang berpusing-pusing.
Tiba-tiba bayangan Aariz Nadwa iaitu CEO B.R Holding itu muncul di benaknya. Wajah itu... kenapa wajah itu sudah pernah dia lihat sebelum ini? Atau itu adalah halusinasi dan perasaan dia saja? Annur terus sahaja meraup mukanya. Akhirnya keluhan berat dilepaskan.
Dia hanya tersenyum kecil. Mungkin dia terlampau rindu dengan 'penyelamat'nya itu sampai bos sendiri nampak bayangannya. Annur terus sahaja bangun dari katil lalu laci yang terletak bersebelahan katilnya dibuka. Lalu, gelang tangan berwarna perak diambil.
"Mana awak pergi selama ni? Awak dah janji nak cari saya. Atau awak dah berputus asa?" tanya Annur perlahan sambil memandang ke arah gelang tersebut. Seusai itu, dia menggenggam gelang tangan tersebut.
Bodoh! Satu perkataan yang sesuai pada dirinya sekarang ini. Berharap pada benda yang tidak pasti. Mana mungkin 'penyelamat'nya itu mencarinya. Entah-entah, diri Annur pun sudah dilupakan. Annur perlu sedar diri bahawa dia bukan gadis istimewa untuk 'penyelamat' itu. Annur sedar dia sedang bermain dengan api sekarang ini. Dia sudah jatuh cinta terhadap lelaki itu sejak dari peristiwa itu tetapi Annur perlu sedar cintanya itu tidak akan terbalas. Walaupun sudah sepuluh tahun perkara itu sudah berlalu.
******
"ALONG, makan banyak-banyak tahu. Ni lauk banyak-banyak ni mama yang masak tau. Bukan bibik. Bukan orang lain. Tu lauk ayam masak asam pedas tu. Habiskan juga," pesan Nadia sambil mendekatkan semangkuk asam pedas ke arah Aariz. Aariz pula hanya mengangguk sahaja. Memang sudah beberapa minggu dia tidak pulang ke rumah mama dan papanya. Memang dia sangat rindu masakan mamanya sendiri. Semua sedap dan tidak ada siapa yang boleh mengalahkan rasa air tangan mamanya. Memang menjilat jari dan berselera.
Nadia pula hanya tersenyum suka. Hari ini hari yang agak bahagia apabila melihat kesemua ahli keluarganya lengkap. Nadia hanya mengambil nasi sedikit sahaja. Entahlah... tengok suami dan anak-anak berselera menjamah masakannya membuatkan hatinya gembira dan perutnya kenyang pula.
"Mama kenapa makan sikit? Mama kena makan tahu. Nanti papa risau," kata Adria lalu mengekek ketawa. Adrian pula sempat lagi menjeling ke arah pinggan yang berada di hadapan Nadia. Benar kata anak perempuannya, Nadia mengambil nasi sedikit sahaja. Memang itulah tabiat isteri kecilnya apabila terlalu gembira apabila anak bujangnya itu pulang ke rumah. Tanpa membuang masa, Adrian mengambil satu senduk nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan Nadia. Nadia pula hanya tersenyum saja. Suaminya itu dari dulu suka buat dirinya cair. Sendukkan nasi pun boleh buat hatinya cair.
"Makan." Hanya sepatah sahaja Adrian bersuara. Nadia hanya akur sahaja. Kesemua ahli keluarga khusyuk menjamah makanan masing-masing. Ada juga gelak tawa membuatkan suasana makan malam keluarga itu terasa lebih ceria.
******
AARIZ menyarungkan jaket kulit hitamnya. Seusai itu, dia merapikan rambutnya agar tampak lebih kemas. Sempat lagi dia menjeling jam di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Malam ini seperti biasa, Aariz akan berkunjung ke Lalita Rose iaitu sebuah bar yang terkemuka untuk berjumpa dengan Ah Wei iaitu pemilik bar tersebut.
Sebenarnya, Lalita Rose bukan sebuah bar yang biasa. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa mereka juga adalah salah satu pembekal senjata api untuk Black Rose. Nama Bar tersebut juga merupakan satu penghormatan Ah Wei kepada Black Rose kerana dek kumpulan mafia itulah menyebabkan perniagaannya semakin maju.
Seusai berpuas hati penampilannya, Aariz Nadwa mengambil kunci keretanya di atas meja. Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah seutas gelang tangan berwarna hitam yang terkeluar sedikit dari laci mininya. Aariz meletakkan kunci keretanya semula. Lalu menarik laci mini itu. Gelang tangan berwarna hitam itu diambil.
"Aku rindu kau, budak pau. Mana kau pergi ni?" kata Aariz sendirian sambil membelek-belek gelang tangan itu. Akhirnya keluhan berat dilepaskan. Entah-entah, 'budak pau' itu pun tidak ingat akan dirinya. Sudah bermacam-macam cara dia menjejaki 'budak pau' tersebut. Tetapi segala usahanya sia-sia sahaja.
"Kalau aku jumpa kau ni, pau... aku takkan lepaskan kau lagi sampai bila-bila," ujar Aariz lagi lalu tersenyum sinis sambil mengenggam erat gelang tangan hitam tersebut. Aariz memejamkan matanya sebentar. Terlayar memori indah tentang 'budak pau' itu suatu ketika dahulu. Gadis manis yang tubuhnya agak gempal dan pipinya tembam dan gebu seperti 'pau'. Aariz takkan putus asa. Tiada istilah 'mengalah' dalam hidupnya. Walau apa pun yang berlaku, dia perlu mencari 'budak pau' itu sehingga berjaya dijumpai.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Aariz tersentak. Terus segala memori berkaitan dengan 'budak pau' itu hilang begitu sahaja. Gelang tangan hitam tersebut disimpam semula ke dalam laci mininya. Dia tidak mahu sesiapa pun yang tahu kewujudan gelang tangan tersebut. Kemudian, langkah diatur sehingga di hadapan pintu. Tombol pintu dipulas lalu pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Rupa-rupanya Adrina sedang tersenyum ke arahnya sambil membawa senaskhah novel.
"Along nak pergi mana ni? Bersiap-siap bagai. Nak pergi markas Black Rose ke?" tanya Adrina bertalu-talu. Cermin matanya yang terlorot ke bawah dibetulkan semula posisinya.
"Tak. Along nak pergi jumpa kawan kejap kat Lalita Rose. Ah Wei nak jumpa Along. Jangan bagitahu mama pulak," ujar Aariz Nadwa sambil melangkah ke meja kecil semula untuk mengambil kunci keretanya.
Adrina mengekek ketawa. Dia tahu sahaja kenapa abangnya itu beria-ria tidak mahu mamanya tahu mengenai Lalita Rose. Takut mamanya bising dan membebel sehingga esok. Bukan Aariz sahaja yang kena bebel. Kadang-kadang papanya juga turut kena tempiasnya.
"Kenapa datang bilik, along. Esok ada kelas, kan?" tanya Aariz. Dia perasan di tangan Adrina memegang senaskhah novel. Aariz memang sudah masak dengan adiknya ini. Adrina lebih pendiam dari Adria dan merupakan seorang yang 'ulat buku'. Kadang-kadang di markas Black Rose pun dia akan membaca novelnya.
Adrina terus sahaja menyeluk poket seluarnya lalu segugus kunci dihulurkan kepada Aariz seraya berkata, "Tadi Rina pergi markas Black Rose and Rina ada pergi bilik 'tu'. Rina tengok peti cip tu macam dah lama tak bukak. Rina tanya papa tadi. Lepas tu, papa cakap memang dah lama tak buka."
Aariz mengangguk perlahan. Memang beberapa hari lepas, Aariz meminta tolong Adrina untuk membersihkan kotak cip itu. Menurut kata papanya, kotak itu amat penting dan sulit kerana cip yang berada di dalam kotak tersebut adalah kesemua rahsia Black Rose. Jika cip itu jatuh ke dalam tangan musuhnya, sekelip mata sahaja Black Rose akan hancur. Ada juga Aariz meminta papanya, Adrian untuk membuka peti tersebut tetapi Adrian tidak mengendahkan sahaja. Lagipun lubang kunci pada kotak tersebut sangat unik. Mesti ada sesuatu yang tidak kena ini. Aariz membuat kesimpulan sendiri.
ShaDhia
Bersambung...
YOU ARE READING
Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)
Romance(BOOK 2 : DARLINGKU MR COLD MAFIA) Dia... AARIZ NADWA. Perangainya tak ubah seperti papanya sendiri. Beku dingin dan adakalanya kejam. Darah, pistol, jeritan dan seksaan sudah menjadi darah dagingnya. Disebabkan sifat nya yang licik telah membuatka...