AARIZ Nadwa mengesatkan peluh di dahinya. Penumbuknya dikepal dan dihanyunkan ke arah punching bag tersebut dengan kuat. Tidak lupa juga sepakan padu diberikan kepada punching bag tersebut dan menyebabkan objek itu terhayun tinggi.
Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Masih ada beberapa jam lagi untuk dia berangkat ke pejabat. Setiap pagi, Aariz akan membuat senaman ringan untuk memantapkan lagi momentum dia dalam mempertahankan diri. Itu yang diajar oleh papanya, Adrian Haris.
Tiba-tiba, telefonnya berdering tapi dia abaikan sahaja kerana pada waktu ini dia mahu untuk meluangkan masanya sendiri tanpa ada gangguan daripada sesiapa pun. Tapi, telefon pintarnya asyik sahaja berbunyi dan membuatkan Aariz Nadwa mendengus kasar.
Telefon pintarnya diambil dan dia menekan ikon berwarna hijau. Lalu telefon tersebut dilekapkan di telinga.
"Helo."
"Along pergi mana? Yaya call tak dapat-dapat!" jerit Adria Nadirah. Aariz Nadwa hanya menjulingkan matanya ke atas sahaja. Kenapa pula adiknya itu mengacau masanya di pagi hari?
"Yaya nak apa? Kan along dah cakap... pagi-pagi jangan kacau along," kata Aariz Nadwa sambil mendengus perlahan.
"Bukan nak kacau. Tapi along dah buat salah dengan mama. Mama suruh along balik rumah semalam. Along tak balik pun. Mama merajuk dengan along. Padan muka!" Sempat lagi Adria Nadirah mengejek abangnya.
Aariz Nadwa terus sahaja meraupkan mukanya. Dia memang benar-benar terlupa. Semalam memang sepatutnya dia balik ke rumah tapi ada beberapa hal mustahak dalam markas Black Rose yang perlu dia selesaikan juga. Lagipun dia sudah memaklumkan kepada papanya. Nampaknya, hari ini dia terpaksa bekerja separuh hari dan balik ke rumah.
"Cakap kat mama, petang ni along balik."
Selesai sahaja dia membuat panggilan, akhirnya Aariz Nadwa meletakkan telefonnya di atas meja. Tuala kecil diambil lalu mengelap peluhnya.
_____________________________________
ANNUR Hayat membetulkan uniform putihnya. Hari ini merupakan hari pertama Annur Hayat bekerja sebagai pengawal keselamatan di B.R Holding. Rambutnya pula dibetulkan sedikit agar kelihatan lebih kemas. Tidak lupa juga pelembab bibir dioleskan di bibir mungilnya supaya wajahnya kelihatan lebih berseri.
Gadis itu terus menuju ke arah pondok keselamatan. Kelihatan ada seseorang wanita berumur sudah berada di dalam pondok keselamatan. Terus sahaja dia tersenyum.
"Assalamualaikum..." sapa Annur.
"Waalaikumusalam."
Wanita itu menoleh lalu tersenyum. Annur terus sahaja duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dia sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang pertama. Begnya diletakkan di dalam laci manakan botol airnya diletakkan di atas meja.
Wanita yang bernama Hajar itu terus mengeluarkan cotar kayu, set walkie talkie dan wisel tahan karat dari almari lalu menghulurkan barang-barang tersebut kepada Annur seraya berkata, "Akak lupa nak bagi barang ni kat Nur semalam. Sorry... lagipun semalam akak rushing sangat nak ambik anak kat sekolah."
Annur Hayat hanya tersenyum. Lalu dia menggeleng kepalanya perlahan.
"Tak apa, kak."
Keadaan menjadi senyap semula. Hajar sedang sibuk menulis rekod di dalam buku manakala Annur hanya diam sahaja. Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah sebuah kereta mewa yang sedang berhenti di depan palang.
Cermin tingkap kereta itu diturunkan. Kelihatan ada seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam sedang mengimbas kad pada alat pengimbas. Annur Hayat terus sahaja mengecilkan matanya. Wajah lelaki itu seperti dia pernah jumpa tapi dia tidak ingat di mana.
YOU ARE READING
Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)
Romance(BOOK 2 : DARLINGKU MR COLD MAFIA) Dia... AARIZ NADWA. Perangainya tak ubah seperti papanya sendiri. Beku dingin dan adakalanya kejam. Darah, pistol, jeritan dan seksaan sudah menjadi darah dagingnya. Disebabkan sifat nya yang licik telah membuatka...