PROLOG

4.6K 250 39
                                    

"APA yang kau tak faham lagi? Kenapa bodoh sangat, hah?" tengking lelaki tua itu sambil menarik kuat rambut kanak-kanak perempuan tersebut. Terjerit kuat perempuan itu dek kesakitan di bahagian kulit kepalanya. Bukan itu sahaja, kanak-kanak perenpuan tersebut ditampar berulang-ulang kali sehingga bibirnya pecah berdarah.

"Sa… sakit, pak cik," rintih budak perempuan tersebut. Rambutnya ditarik dengan kuat dan kepalanya direndam ke dalam mangkuk tandas berulang kali. Budak perempuan tersebut tidak sempat menjerit dan tiba-tiba sahaja kepalanya direndam di dalam mangkuk tandas tersebut.

"Tau pulak sakit! Kau tak kisah pulak aku ni sakit hati bila kau tak dengar apa yang aku cakap! Kau memang budak sial! Kerja nak menyusahkan aku!" tengking lelaki tua itu sambil melempang pipi budak perempuan itu dengan lebih kuat.

Akhirnya, budak perempuan tersebut tersadai lemah di tepi mangkuk tandas sambil tercungap-cungap. Keadaannya sungguh lemah. Hidung dan bibirnya sudah mengalir darah, hanya dibiarkan sahaja.

Lelaki tua itu pula hanya tersenyum sinis sambil meraupkan mukanya. Rasa bersalah? Tidak ada sekelumit rasa bersalah mendera budak perempuan itu. Apa yang penting baginya, dia akan menggunakan budak perempuan itu untuk menjayakan rancangan menghancurkan seseorang.

Lelaki tua itu menghampiri budak perempuan itu lalu mengusap kepalanya dengan perlahan-lahan sambil tersenyum sinis. Pisau yang berada di tangan dilekapkan ke pipi kanak-kanak tersebut. Dia terus menyinsing baju budak perempuan itu lalu memegang bahu kecil itu dengan kejap.

"This is your punishment, baby. Aku terpaksa mencela bahu kau cantik ni…" Seusai berkata begitu, lelaki tua itu membuat satu garisan pada bahu budak perempuan tersebut dengan menggunakan pisaunya.

Budak perempuan itu tidak ada kudrat untuk mempertahankan diri. Kesakitannya itu membuatkan dia ingin mati saja. Sakit! Tidak ada sesiapa yang mahu menolongnya. Dia hanya mampu mengalirkan air mata sahaja.

"Lain kali… dengar cakap aku kalau kau tak nak sakit." Lelaki tua itu menepuk pipi kanak-kanak perempuan itu sambil tersenyum sinis. Seusai berkata begitu, dia terus menuju ke cermin besar.

Figuranya yang terpantul di cermin dipandang. Wajahnya yang ada kesan-kesan parut terbakar disentuh dengan perlahan-lahan. Disebabkan kejadian hitam tersebut membuat mukanya menjadi cacat dan tidak sempurna. Ini semua salah kumpulan Black Rose jahanam itu.

Ini semua salah Adrian Haris.

Lelaki tua itu mengepalkan penumbuknya. Lalu dihayunkan penumbuk tersebut ke cermin dan menyebabkan cermin itu pecah berderai. Dia sangat benci dengan dirinya. Tangannya yang luka itu, dia tidak mahu ambil tahu.

Dia akan pastikan kumpulan Black Rose dan orang sekeliling kumpulan itu akan mendapat nasib yang setimpal. Dendam amarah di hati semakin membara. Langkah demi langkah akan diatur dengan sempurna. Kehancuran sebagai motif tidak kira Adrian atau keluarganya, dia sanggup untuk buat begitu asalkan matlamatnya tercapai.

ShaDhia

Bersambung…




Cerita ni sebenarnya ada kaitan dengan Darlingku Mr Cold Mafia. Siapa sudah baca Darlingku Mr Cold Mafia, maybe akan lagi senang nak faham. Tapi siapa yang nak baca Darlingku Mr Aariz Nadwa dulu pun, okey. 😆




Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)Where stories live. Discover now