Hotel Chalet Du Lac Iseltwald, Switzerland
1 Januari 2023'Teruntuk kamu yang jauh di sana namun sentiasa dekat dihatiku
yang kecil ini,
Sudah sekian lama kita tidak saling berkirim tinta,
adakah engkau baik-baik saja?
aku disini sentiasa merinduimu dengan sepenuh hatiku.
Adakah kau juga rasa yang sama?
Pulanglah sayang....
Pulanglah kedakapanku...
Aku rindu senyumanmu yang cerah, secerah masa depan yang kau janjikan dahulu'Puisi indah yang dihantar melalui aplikasi whatsapp itu ditatapnya dengan penuh rasa jijik.
"Gila"
Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Hazzar Danish setelah berusaha dengan gigih untuk membaca setiap garis ayat yang terkandung di dalam puisi tersebut. Begitulah jadinya kalau hati tak rela mata pula tak sudi untuk memandangnya.
Selang beberapa minit kemudian, telefon pintarnya itu pun berdering menandakan ada panggilan masuk. Siapa lagi kalau bukan si pengarang puisi yang tak habis habis nak kacau ketenteraman hidup Haz.
"Panjang umur pendek akal betul dia ni. Kau tunggulah nasib kau"
"Kau mesti dah baca puisi indah yang aku karang dengan penuh kasih sayang tu kan" usik Fahim Imran sebaik saja Haz menjawab panggilan telefon tersebut. "So how? Ada rasa macam melting tak?"
Habis berkembang urat tekak Haz dengar Im yang sengaja buat suara macam bapuk jalan lorong. Im tu normal je orangnya cuma perangai dia je yang macam tak berakal sikit.
Pendek kata, dia memang sangatlah berbakat untuk naikkan darah tinggi orang dan memang Haz sorang je yang boleh tahan dengan perangai tak berapa nak betul dia tu.
"Kau ni nasib jauh tau...kalau dekat memang aku patah-patahkan dah jari tangan kau. Bukan setakat jari tangan jari kaki pun aku bagi sekali" bebel Haz dengan nada yang seakan-akan berbisik pada diri sendiri.
"Kau cakap dalam kelambu ke gila. Kuatlah sikit...aku tak dengar"
"Dasar pekak"
"Aku pulak yang pekak. Kau yang cakap macam dalam kelambu"
"Kelambu pun dah terbakarlah dengar suara kau tadi" seloroh Haz.
"Serious arr kau cakap apa tadi?"
"Aku cakap...selera makan aku pun dah hilang berkat puisi kau yang berminyak tu" seloroh Haz sambil melemparkan pandangan matanya ke arah luar tingkap yang bertentangan dengan pemandangan laut.
"Why? Not bad apa puisi aku tu"
"Haaa memang not bad pun. Not bad sampai aku rasa nak termuntah keluar usus"
"Aku ambik masa tiga hari tau untuk siapkan puisi tu. Appreciate la sikit usaha kawan baik kau ni"
"Kau dah tak ada kerja sangat ke gila? Tak payah la nak hantar puisi bagai. Kau ingat kita ni kunyit ke?"
"Takdelah sampai kunyit...halia tu mungkin la"
"Hahahaha its not funny" Haz buat muka menyampah.
Dari jauh pun Im dah boleh tahu yang Haz tengah buat muka menyampah dekat dia sebab dia bukan setakat dah masak malah dah goreng betul dengan perangai si Haz.
YOU ARE READING
Sepi Tanpamu
عاطفيةTengku Hazzar Danish, lelaki yang dikatakan sempurna pada mata dunia namun mempunyai rahsia yang mengatakan sebaliknya, kerana memiliki dua wanita dengan ikatan yang sah bukanlah suatu hal yang mudah. Dia yang beraut wajah tampan dan memiliki hati...