lima belas °+-••'

25 11 0
                                    

; anti ke yang tulis ni?

- ya–

; kenapa anti suka saya?

- entah, takde sebab.

; oh, so ni kira gurauan jela, kan?

- eh, tak!! saya serious suka kat akhi. cuma tak tahulah kenapa.

; ni confess saja, kan? mengharapkan balasan ke tak?

- normallah kan kalau kita nak crush kita suka balik? tapi kalau dah dia suka orang lain, redho jela mampu.

; iyaaa. saya sebenarnya– takde crush tau dan tak sedia untuk ada.

- paham. akhi kenal saya tak?

; tak

" DIA TAK KENAL KAU? GILA KE APA? " isya yang baru saja selesai membaca DM antara adele dengan qamar adhlan berpeluk tubuh.

" dia menipu tu, takkanlah tak kenal langsung. " daisy ambil phone adele daripada isya, chat tadi dibaca kembali.

" aku paling tak puas hati tang dia cakap kau bergurau ni, weh. dia ingat orang susah - susah confess just untuk bergurau ke? "

" tulah masalahnya. korang tengok kan story yang dia reply aku punya anonymous message tu? " daisy dan isya angguk.

" sebab aku geram sangat tengok balasan dia tula yang aku sampai reply story dia. tak pasal - pasal dah kantoi siapa aku. "

" takpela, ad. at least, dia notice kau. " daisy menepuk bahu adele.

" dah yang dia cakap tak kenal tu? notice apa benda? "

" ad, tak. dia kenal kau, percayalah. "

" dia cakap dia takde crush, kan? means kau ada chance la! " teruja daisy.

" dia tak suka aku pun, chance apa benda kau? "

" ishhh, that's why la kau kena mengorat. " daisy tersenyum nakal.

" daisy, kau taklah la ajar si adele ni benda yang pelik - pelik. otak dia tengah tak betul. silap - silap, kalau kau suruh pergi pinang qamar adhlan tu pun, dia buat tau. " sampuk isya.

" tapi, comellah korang berdua. geram je aku tengok chat korang, vibes sama. " isya tersengih.

" ha, kan?! comel nak mampos dia orang ni! aku ship! favourite ship! " daisy mula berfangirling.

" dah la korang, jom pergi dewan. harini ada sambutan hari guru, kan? "

" eee, tapi korang comel gilaaa! aku pon nak! tak aci! "

" ad dah tak single, geng. "

mereka bergerak ke dewan ditemani mood daisy dan isya yang masih lagi dengan topic adele dan qamar adhlan. adele pula hanya tersenyum - senyum sendiri, tak mampu nak gambarkan perasaan sendiri.

" duduk tepilah, weh. baru kena kipas. " kata adele sebelum mereka bergerak di sisi dewan.

adele di kanan isya, daisy di belakang isya. posisi ini bagi memudahkan mereka bertiga untuk berbual ketika majlis nanti.

tak lama kemudian, sambutan hari guru pun bermula dengan bacaan doa pembuka majlis. seperti biasa, pengetua akan berucap, para wakil guru akan membacakan utusan dan lain - lain.

" maka, tibalah saat - saat yang dinanti - nantikan oleh semua pihak. dipersilakan kumpulan nasyid sekolah, as-shamsi untuk mempersembahkan sebuah nasyid. "

pintu belakang dewan yang tiba - tiba dibuka menarik perhatian semua. empat orang lelaki bersama mic di tangan melangkah masuk mengikut posisi masing - masing. mereka melangkah diiringi nyanyian daripada johari.

" aa! " adele menekup mulut, menahan diri daripada menjerit apabila menyedari bahawa qamar adhlan turut sama berada di sana.

" isya, kau bawak phone tak harini? record weh. " arah adele pantas.

hampir putus nafas adele tatkala para penasyid melalui mereka. dan saat itu, dia langsung tak melepaskan peluang untuk menilik wajah qamar adhlan.

" ya Allah, aku jatuh cinta, ya Allah. "

' 8 september 2022 ; 6.07 a.m.

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now