lapan °+-••'

27 10 0
                                    


— di mana - mana saja, pasti ada dia

" jangan balik lambat sangat! " pesan puan hasrin kepada adele yang sudah selamat berada di dalam kereta milik mama kepada isya, puan aniy.

" oke, umi! "

" terima kasih ya, aniy! " ucap puan hasrin lalu tersenyum.

" eh, takde hal! kami pergi dulu, ya? assalamualaikum! "

" bye, mak cik! " lambai daisy dan isya sebelum mereka meminta diri.

" kamu semua nak balik pukul berapa? " puan aniy memandang sekilas anaknya di seat sebelah.

" tak tahu lagilah, ma. kitorang nak enjoy puas - puas, nak balik nanti kakak call mama. " mereka semua berbual sepanjang perjalanan diiringi nyanyian rizky febian dan ziva magnolya.

semenjak pertama ku jumpa dengannya,
ada rasa yang berbeda,
kutatap wajahmu tanpa ragu - ragu,
kumulai tersipu

entah kenapa setiap bait lirik menggambarkan situasi adele. kecuali tang tersipu tu.

oh, inilah cinta pertama bagi diri ini, oh,
takkan ada yang bisa mengganti,
semua rasa ini padamu

ya, qamar adhlan ialah cinta pertama adele. sebelum ni, adele tak pernah rasa macam mana adanya rama - rama di dalam perut.

kumulai merasakan rasa cinta
cinta yang tumbuh di setiap saat
kulukis sebuah kisah yang nyata
agar semua tak berakhir

adele nakkan cinta yang kekal,
kalau boleh,
bersama qamar adhlan.

" oi! " panggilan daisy serta tepukan pada peha menyedarkannya.

" ha, berangan eh? " usik daisy dalam nada berbisik.

" kau terbayang a.f, kan? " sambung gadis itu lagi, adele tak dapat menahan diri daripada tersenyum manakala daisy tergelak tanpa suara.

" kau dah angau, ad. "

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

" lepasni kita nak pergi mana? " soal daisy dengan nada ceria, dia dengan adele baru je lepas beli boba kegemaran mereka.

isya? macam biasalah, cerewet sikit.

" aku nak takoyaki la, weh. " mata isya sudah meliar.

" ha, jom! aku pun craving benda tu jugak! " adele terus menarik tangan kedua - dua sahabatnya untuk memburu.

" mana makanan tu eh? " adele memandang sekeliling.

" ha, sana! " isya menuding ke arah kanan.

" jom - jom! " laju ketiga - ketiga gadis itu berlari ke kedai takoyaki, mengidam sangat memasing, tu yang tak menyempat langsung tu.

mereka terus pergi ke arah kaunter. mujur saja tak terlalu ramai, cuma ada empat orang sebelum giliran mereka tiba.

" aku nak pergi tandas kejap tau. " isya menyelongkar sling bagnya sebelum cermin muka dikeluarkan.

" aku pun nak pergilah. apa kata kalau kita pergi tandas dulu lepastu baru datang balik? " cadang daisy kepada adele.

" aku malas, korang pergi jela. "

" habistu, kau nak stay sorang? " soal isya sambil membetulkan awning tudungnya.

" takde apanya, pergi jela. "

" yelah, jaga diri. jangan kena culik pulak. " pesan daisy sebelum dia dan isya menghilang di sebalik orang ramai.

adele memandang bekas air bobanya yang sudah kosong, mata terus mencari tong sampah.

jumpa saja tong sampah yang terletak hanya beberapa tapak dari situ, adele terus mendapatkan objek tersebut sebelum sampah di tangan dibuang.

dia kembali untuk beratur sebelum mendapati ada seorang lelaki tinggi lampai sudah mengambil tempatnya tadi.

adele mengeluh sambil berfikir sama ada dia patut menuntut kembali gilirannya ataupun biarkan saja lelaki itu mendahului.

dek kerana malas berbicara, ditambah pula orang itu ialah lelaki, adele malas nak panjangkan cerita. dia terus bergerak ke belakang kaum adam tersebut.

adele merenung belakang lelaki itu, nampak familiar–

dan tanpa disangka, si dia berpaling.

mereka bertentang mata dan saat itulah adele terkaku.

" qamar adhlan?! "

walaupun wajahnya dilitupi mask hitam, tapi itu tidak menghalang adele daripada mengecamnya. adele yakin, itu qamar adhlan.

tatapan mata selama dua saat berakhir apabila si jejaka terlebih dahulu melarikan pandangan. dia menunduk ke arah adele sebelum menapak untuk beredar, meninggalkan si gadis dengan pelbagai persoalan.

kenapa dia beratur kalau tak nak beli?

kenapa dia lari bila nampak adele kat sini?

walau sekecil apapun kamu punya perlakuan,
ia tetap akan memberikan aku harapan
dan berlebihan ketika memikirkan —

teruntukmu, ✔︎Where stories live. Discover now