14+

14 1 0
                                    

izan dan akhtar berjalan kaki ke rumah rafael . yelah rumah sebelah sebelah je takkan nak tunggang motor . gedik nau

pelampung yang berada di lengan dikemaskan sekali lagi sebelum memberi salam

"ASALAMUALAIKUM, RAFAEL ! OH RAFAEL"

tiada balasan

"ASALAMUALAIKUM"

1 .. 2 ...

"ASALAM—"

pintu rumah rafael terbuka.

akhtar memandangnya atas bawah

"kau asal tak siap siap lagi ?" soalnya pelik

rafael pandang mereka berdua pelik.

"apa yang tak siapnya ? siap dah ni"

rafael berposing dihadapan mereka. dahlah pakai boxer pink , baju pula doraemon.

dah macam penagih dadah.

"oi izan , mana fawwad ?"

izan menoleh memandang wawa dan wani yang memakai baju renang set muslimah

"muslimah gila korang"

"siapa berenang pakai handsock wa ?" soal akhtar sambil gelak

"aku"

"okay sorry" akhtar berundur

"fawwad tengah siap kot . yang lain mana ? kita nak naik apa gi sana ?" soal izan

"nak pergi mana ?"

"water park lah !"

"ouh , jalan kaki je"

izan menjungkit kening . hati dah tak sedap dah ni .

"masuk lah"

mereka pun hanya menurut .

mungkin rafael nak hidangkan air sambil tunggu semuanya sampai

izan duduk disofa bersebelahan dengan wani

"eh yang korang duduk tu kenapa ? cepatlah ! yang lain dah tunggu"

cepat cepat izan berdiri dan mengikuti langkah rafael. tapi rafael berjalan kearah tangga

"woi raf kau nak pergi mana ni ?"

"kenapa ?"

"kau jangan buat benda bukan bukan raf !" ucap izan , imannya sudah mula goyah

"bukan bukan mende ?"

"kau nak ajak aku masuk bilik kau kan ? aku—"

"kau bodoh ke bangang izan ? kau laki dia laki . aku pun laki . ingat dia hamak sangat ke kat kau ?" soal akhtar sambil menjeling izan

"entahnya , aku nak ajak korang naik atas"

walaupun telah berkawan lama , izan masih tetap berhati hati .

tak memasal balik ni makan tali pinggang.

sampai sahaja ke rooftop , dia lihat sebuah kolam.

tak payah nak amazed sangat . kolam pam je bukan kolam yang dibina

"ni ke water park kau ?" soal izan serius

rafael hanya mengangguk

izan berasa kecewa terus dia terjun dari situ

***

"YEAY DAH SAMPAI !"

mereka semua keluar dari kereta tersebut kemudian meregangkan badan. mana tidaknya ? naik kancil tujuh orang.

kalau ada sorang lagi luas lah sikit sebab tujuh tambah satu , jadi lapang . HAHAHAH LAWAK TAK PLS GELAK AKU DESPERATE NAK JADI PELAWAK

"haih kalau lah ada aspa" ucap izan sambil memeluk tubuh

"kenapa kalau ada aspa pun ? kerja dia tu menyusahkan kita je" celah akhtar tanpa rasa bersalah

"aku tak pernah cakap belakang pasal kau tau walaupun kau asyik menyusahkan aku" tegur aspa dari belakang

"WOI SEJAK BILA KAU ADA KAT SINI NI ?"

"tadi"

"hai korang" izan dan fawwad tersedak apabila melihat pija dan aneem berjalan kearah mereka. nasib pagi tadi fawwad dah sapu ubat rambut kat kepala dia , dengan harapan cepatlah sikit rambut tumbuh

"kau asal duk usya aneem ?" soal wawa sambil menarik rambut fawwad

mengalir air matanya. balik ni sumpah singgah barbershop. biar licin terus , lagi licin dari lantai. biar semua orang tak boleh tarik.

"eh , korang pun ada ?"

"haah , kita orang ada trip dengan kawan. korang pun sama ?" soal pija sambil mencuri pandang izan. tersipu sipu izan dibuatnya

"haah , raf ajak mandi manda sebab haritu kan cancel" ucap miza

"tah. cancel sebab siapa lah tu kan ?" tambah akhtar sambil mencuri pandang aspa

terus izan hempuk kepala kembarnya

"dah dah gi main jauh jauh dengan member korang . shuhhhhhhh" halau akhtar

aneem menjelir lidah pada akhtar manakala pija terus berlari kearah rakan mereka yang lain.

"tak baik do kau" tegur izan sambil menggelengkan kepala

"tah. mesti kau menyesal kalau kau nengok member dorang" ucap fawwad sambil memeluk tubuh

akhtar menjeling fawwad dan matanya mendarat kearah sekumpulan wanita yang sedang berseronok dihujung sana

dan matanya tertumpu pada seorang wanita. tiba tiba keadaan sekeliling bertukar slowmo

akhtar kini berada didalam dunianya sendiri.

wanita tersebut tersenyum riang dan senyuman tersebut dapat mencairkan hati mana mana lelaki.

dan salah satu mangsanya adalah akhtar

"WOI ASPARRRR TUNGGU AKUUUUUUU !!!!!!" terus akhtar berlari kearah mereka walaupun beberapa kali juga dia terjatuh , tapi dia masih tegak berdiri demi mengejar cinta gadis tersebut

izan dan fawwad menggelengkan kepala perlahan.

"mari kita teruskan tanpa akhtar"

straightening Where stories live. Discover now