izan berdiri dibalkoni sambil menikmati pemandangan bandaraya. rambutnya yang hitam dan lebat ditiup angin
hensem juga pratagonist aku ni.
"aduh" hujung rambutnya yang tajam mencucuk matanya. dia menggosok matanya yang pedih lalu masuk kedalam rumah semula.
dia duduk disofa ruang tamu apartmentnya.
"kalau tak duduk kat sini, baik aku sewakan je" omelnya sendiri.
tiba tiba sebuah mesej dari papanya diterima. sebuah voice note berdurasi 30 saat.
takut pula
perlahan lahan dia buka
"izan, papa minta maaf sebab tak benarkan kamu tinggal sendiri. tapi kamu jangan apa apakan rumah kamu tu, biar aje. nanti senang, dah kawen tak payah susah cari rumah baru"
dia ulang semula voice note papanya beberapa kali. dia tersalah dengar ke ?
papa dia seakan akan tahu apa yang bermain difikirannya. terus dia toleh ke kiri dan kanan. dia pasti tak ada cctv yang dipasang secara tersembunyi oleh papanya.
"papa aku ni ahli nujum ke ?" soalnya sendiri.
lama dia berteka teki sebelum sebuah panggilan masuk. panggilan dari fawwad
dia berdehem.
"assalamualaikum. pahal ?"
"chill lah. ni, aku nak tanya kau ada rumah tak ?"
"aku—"
"ha waalaikumsalam" ucapnya
"kau ni speech delay ke ?" soal izan baran
"tak , aku takut masuk api neraka kalau tak jawab salam kau. ada mana ?"
"aku kat apartment. asal ?"
"ni haa. aku tengah lepak dengan si aneem and pija. dorang ada nak minta tolong sikit dengan kau"
sejurus sahaja dia mendengar nama pija, dia lantas berdiri
"kau katne ? aku ger sekarang"
***
izan menolak pintu kaca cafe tersebut. matanya meliar ke segenap ruangan cafe sebelum menjumpai kelibat mereka bertiga
fawwad melambainya dari jauh
tahu lah izan tu rabun tapi takdelah buta nak nampak si fawwad yang terkinja kinja dekelilingi dua wanita cantik dihadapannya
izan mengeluh sebelum mengorak langkah mendekati mereka
"nak order apa ? aku orderkan" ucap fawwad
bapak gentleman
"haa ? takpe. aku bawa air mineral" izan mengeluarkan air mineralnya dari poket seluar
fawwad tersembur sedikit air greentea yang diminumnya
"kalau botol mineral yang saiz kecil aku tak terkejut tau. INI BOTOL 1 LITER ANAT ! MACAM MANA BOLEH MUAT ?"
"fawwad, slow sikit" tegur aneem
izan buat muka bangga walaupun itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.
"apa cerita ?" soal izan sambil melihat wajah mereka dan kemudian pija
"uh.. sebenarnya, nak minta tolong" ucap pija teragak agak
izan jungkit kening
"tolong apa ?"
"a-aku ada hal sikit kat penang. actually, aku ada presentation lusa, but ticket bas and flight dah sold out"
izan gelengkan kepala
"kau tak book awal awal ke ?"
"tak, sebab classmates aku cakap presentation tu supposed to be online. then suddenly pagi tadi bila aku check text dari lecturer, dia nak face to face pula"
izan anggukkan kepala
"so ? kau nak aku hantar kau pergi penang ?" soal izan lagi
perlahan lahan pija menganggukkan kepalanya.
"lepastu apa kena mengena fawwad kat sini ?" soal izan sambil menjeling fawwad
"bapak sassy gila" ucap fawwad sambil menjeling izan semula
"well, plan asalnya nak suruh fawwad, tapi dia ada meeting pula petang esok. mana sempat kan ? so.. kalau kau free, aku harap kau boleh tolong aku. pasal duit minyak dengan duit makan tu dont worry, aku bayar semua"
izan angguk anggukkan kepala
"alright... aneem pula ? ada presentation juga lah lusa ?" soal izan sambil memandang aneem
cepat cepat aneem gelengkan kepala
"tak, aku teman je.."
izan menongkat dagunya lalu geleng
"takyahla neem, aku dengan pija je"
"kau takyah panggil aku neem eh, kita tak rapat ! and, asal aku takyah ikut ?"
izan berdehem
"kereta aku tu.... dia takleh lebih dari dua muatan berat"
"babi" ucap aneem simple
"kalau kau ikut pun bukannya function. kalau kau reti drive takpe, boleh gilir gilir dengan aku. ni tidak, sendat kereta aku nak naik penang dari johor"
"fak" tambah aneem
***
izan berdiri dihadapan keretanya. done check keadaan enjin. hello, izan ni pelajar cemerlang waktu ambil lesen memandu tau ?
harini test komputer, esok terus test jpj. kau apa tahu ?
"cam sial. aku ingat kau ni naik kancil ke kenari ke apa , naik honda accord kot ? takkan la semput nak bawa tiga orang ?" soal aneem sambil memandang izan atas bawah
"sorry neem"
"aku dah cakap jangan panggil aku neem !"
pija menutup bonet kereta lalu melihat mereka yang lain
"dah ?" soalnya kepada izan dan izan hanya mengangguk lalu mereka berdua masuk kedalam kereta.
"hati hati pija, kalau dia buat apa apa kat kau , kau report kat aku tau ! tahu lah macam mana aku nak belasah mamat ni nanti" pesan akhtar lalu mengenyit mata pada pija
"kenyit lah lagi macam tu. esok memang bengkak sebelah mata kau" ugut izan
"amboi cemburu !"
"diam babi"
"HAHAHAHAHHAHAHAHA dahlah gi gerak, karang sampai lambat pula"
"kalau tak layankan craving kau nak aiskrim mixue tadi, dah lama kitorang gerak" ucap izan sebelum mengangkat handbrake
"oi, aku–"
belum sempat akhtar nak ucapkan kata kata terakhirnya, izan telahpun memecut laju
kalau macam ni lah cara dia memandu, mungkin lagi 10 minit dah sampai dah penang
pulau pinang, here we go !
ANDA SEDANG MEMBACA
straightening
Fanfictionmuhammad adam firzan yang lebih gemar dipanggil izan adalah anak ceo atau anak pewaris syarikat yang ternama. dia telah jatuh hati dengan jejaka yang bernama muhammad harraz fawwad, yang juga jirannya fawwad juga merasai perkara yang sama terhadap...
