"bosan sial duduk rumah je !" ucap rafael
"eh babi, kau kat rumah aku ni tau ! takyah nak omel macam macam !" tegur akhtar
"but still.. tak rumah aku, aku lepak rumah kau. bosan tahu bosan ?" rafael memandang izan yang sedang bermain permainan ps4 bersama aspa
"yang si mamat tu , memang taknak duduk apartment dia dah ke ? semak je kat sini" soal rafael
"ni rumah parents aku anjay, suka aku lah !" ucap izan , tapi mata masih fokus di skrin televisyen
"papa aku tak kasi dia duduk apartment dia lagi buat masa sekarang. katanya tempat tu lembah maksiat dia"
"astaghfirullah" rafael mengusap dadanya perlahan
"KO TAKYAH NAK ACAH LA RAF ! KAU INGAT AKU TAKTAHU KAU—"
"assalamualaikum !" kedengaran suara jantan dari luar. sah sah itu fawwad
"mesti dia bosan juga duduk rumah" ucap rafael sambil menjenguk keluar
"assalamualaikum ! ada sesiapa nak beli cookies ?" soalnya lagi
izan menjungkit kening begitu juga dengan rafael dan akhtar
"buang habitat ke apa budak tu ? tiba tiba pula jual cookies ?"
"assalamualaikum, sebelum aku terajang pagar rumah korang macam mana aku buat kat rumah rafael, baik korang keluar dan beli cookies aku !"
"oh fak. RUMAH AKU !" terus rafael menyarung selipar dan berlari pulang kerumahnya.
izan berdiri dan berjalan keluar, diikuti dengan akhtar
"asal kau jual cookies lak ni ? sengket sangat ke kau ?" soal izan pelik
"tak.. hm. aku tolong aneem" ucapnya segan
akhtar tersenyum lebar
"bukan main sekarang nak tolong aneem !" akhtar menepuk bahu fawwad kuat
"eh sakit babi ! nak beli ke taknak ? kalau taknak sudah !" marah fawwad
"yelah yelah, aku beli dua" ucap akhtar
"satu aku satu kau eh akhtar ?" soal izan sambil tersenyum
"kau beli sendiri lah ! ini untuk aku dengan aspa !" akhtar menyeluk poketnya lalu menghulurkan not RM5 kepada fawwad
"keep the change" ucapnya sebelum masuk semula kedalam rumah
"keep the change kepala bapak kau ! satu RM5 anjay !"
tapi ianya tidak kedengaran oleh akhtar. disebabkan izan adalah seorang kembar yang baik, jadi dia pun bantulah bayarkan untuk akhtar sekali
"aku ambil tiga lah. campur akhtar punya tadi satu , so total RM20 lah ya ?"
fawwad hanya mengangguk
izan mengeluarkan walletnya lalu menghulurkan kad
"paywave" ucapnya ringkas
fawwad menarik nafas dalam.
"KAU INGAT INI MALL KE NAK BAYAR PAKAI KAD ?!" marah fawwad
"oh , tak boleh ke ? pakai cheque boleh ?"
"kau nak kena tampar ke nak kena terajang ?" soal fawwad
"alah takyah aa nekan nekan. zaman sekarang mana ada orang pakai cash lagi !" ucap izan , cuba untuk menenangkan fawwad yang sudah naik angin
"qr jelah kalau macam tu !"
"oh , okay okay. meh sini qr" izan memasukkan semula walletnya kedalam poket dan mengeluarkan phone
qr yang terpapar di telefon fawwad diimbas.
"okay dah" izan menunjukkan bukti pembayarannya kepada fawwad
"izan. RM20 ada berapa sifar eh ?" soal fawwad
"sifir dua ada 20"
"SIFAR BODO, SIFAR ! BUKAN SIFIR !"
"OOOOO. ahh.. satu ?"
fawwad menarik nafas dalam.
"anggap halal jelah eh, zan ? aku malas nak bagi baki kat kau" fawwad terus berjalan meninggalkan izan
izan melihat telefon bimbitnya.
RM200.00
"FAWWAD ! GIVE ME THE CHANGE !"
***
aneem melihat bakul yang dibawa fawwad untuk menjaja cookies buatannya
kosong
"habis ? laku ke cookies aku tu ?" soalnya teruja
fawwad hanya mengangguk
"tengoklah, ini fawwad ma ! mana pernah business tak laku ? kain buruk kalau suruh fawwad yang jual pun boleh jalan lah !" ucapnya bangga
aneem menepuk tangannya
"aku dah transfer semua hasil jualan kat kau" ucap fawwad
aneem hanya mengangguk
"kita bahagi dua lah ?" soal aneem
fawwad menggelengkan kepalanya
"takyah. aku ikhlas tolong kau"
aneem melihat wajah fawwad yang berpeluh kerana berjalan kesetiap rumah dibawah panas terik semata mata untuk menjual cookiesnya
"kalau macam tu, aku belanja aiskrim. nak ?" pujuk aneem
"okay. aku nak baskin robbin"
"ish aiskrim dua ringgit je dahlah !"
***
"thank you mr. harraz for the cookies !" ucap personal assistantnya, fazura
"yeah. ada banyak lagi tu dalam bakul. bagi kat semua orang dalam office ni" ucap fawwad sambil menjuih bibirnya kearah sebakul cookies yang terletak diatas meja
sebenarnya waktu dia jual semalam tu takde siapa pun yang buka pintu, kecuali rumah izan dan akhtar. itu pun sebab dia ugut nak terajang pagar rumah.
dan sebab dia kesian kat aneem yang dah susah payah bake cookies tu, dia pun beli lah semuanya.
"oh ya. before you edar cookies tu, make sure cakap dengan dorang kalau dorang interested nak beli, do contact the number kat packaging tu" ucapnya lagi sambil menyelak folder syarikat
fazura membelek cookies tersebut sambil tersenyum
"mr. harraz punya girlfriend ke ?" soalnya
fawwad tersedak air liur sendiri
"huh ? girlfriend ? mana ada.. one of my kenalan je" nafi fawwad
fazura hanya mengangguk sebelum keluar dari bilik fawwad untuk mengedarkan cookies tersebut
dan saat fawwad keseorangan di ruangan itu, dia mula mempersoalkan dirinya
"shit.. aku ada perasaan ke kat dia ? aku dah straight ke ??"
ANDA SEDANG MEMBACA
straightening
Fanfictionmuhammad adam firzan yang lebih gemar dipanggil izan adalah anak ceo atau anak pewaris syarikat yang ternama. dia telah jatuh hati dengan jejaka yang bernama muhammad harraz fawwad, yang juga jirannya fawwad juga merasai perkara yang sama terhadap...
