BAB 30

11.8K 533 8
                                    

FARHAN duduk menghadap Lucas. Tangannya disilang ke dada. Bersedia untuk mendengar laporan dari orang upahannya itu.

"Kau dah dapat belum lelaki tu?" Lucas angguk.

"Dah..sikit lagi nak dapat tapi terlepas pulak."

"Jangan jadi bodoh boleh tak? Takkan sorang pun kau tak boleh nak handle?" Farhan mendengus kasar. Lucas beriak tenang.

"Aku nak kau settle kan dia malam ni jugak, kalau tidak satu sen pun kau takkan dapat dari aku. Muka macam gangster tapi kerja cincai!" Maki Farhan. Lucas terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Farhan.

Lucas keluar dari tempat pertemuannya dengan Farhan sambil meludah jijik. Dia terpaksa berlakon baik di hadapan Farhan disebabkan Luke. Keretanya dipandu laju menuju ke suatu tempat yang selalu dikunjungnya setiap malam. Di situ lah dia menghilangkan stress dan bergembira sehingga ke pagi.

"Dah berapa botol kau habis ni?" Tegur seorang perempuan.

"Kau siapa? Asal sibuk hal aku? Suka hati aku la nak minum sampai mampus ke apa!" Lucas meneruskan tegukannya. Perempuan itu cuma memerhatikannya sambil menjeling tajam.

"Aku tak kesah pun kau nak minum sampai mampus sekalipun, cuma aku allergic tengok lelaki kaki botol macam kau." Perli perempuan itu sinis. Lucas berpaling ke arah perempuan itu sambil tertawa.

"Kau ni kan, sebijik macam girlfriend abang aku, tapi kau ni versi hot sikit la dari perempuan tu, dia tu nerd sikit tapi garang tu sama macam kau. Auchh tacoddd." Dia sambung mentertawakan wanita itu.

"Aku tak tau kau cakap pasal siapa, tapi boleh tak kau stop minum, pergilah balik tidur, ni bukan tempat kau." Lucas mendekati perempuan itu sambil tersenyum nakal. Rambut ikal mayang perempuan itu dicium penuh ghairah.

"Kau siapa nak ajar aku? Kau kalau nak berlagak alim, kau tu yang pergi balik. Anak dara macam kau malam-malam dekat tempat macam ni? Ke kau dah takde dara?" Spontan tangan perempuan itu melayang ke muka Lucas. Senyap seketika suasana di tempat tersebut. Semua mata sedang memandang ke arah mereka.

"Alice..sudah la tu, tak guna gaduh dengan orang mabuk dekat sini. Jom!" Perempuan itu ditarik oleh seorang lelaki. Lucas memegang pipinya yang masih terasa kebas akibat tamparan perempuan tadi.

ELVINA mendekati Darren yang sedang bersantai sambil menonton movie di tv. Kepalanya di sandar kan pada dada bidang Darren. Sengaja mahu bermanja dengan suaminya. Lengan Darren di peluk erat.

"Sayang okay tak ni? Bukan tadi kata nak tidur ke?" Tanya Darren pelik.

"Kenapa? Tak boleh ke saya nak bermanja dengan suami sendiri?" Aku mendongak memandang wajah kacak suamiku.

"Tak lah sayang, mestilah boleh." Darren membalas pandanganku dengan mencium dahiku.

"Awak.." Suaraku dilentok manja.

"Hmmm? Kenapa sayang?"

"Saya nak...hmm..takde apalah."

"Kenapa sayang? Cakap jelah sayang nak apa? Sayang lapar ke?"

"Tak. Saya tak lapar pun. Saya nak tanya, awak lama lagi ke nak tengok tv ni? Jangan sampai saya jeles dengan tv." Darren ketawa lepas. Boleh pulak dia gelakkan kita.

"Takdelah sayang, abang bukan nak sangat pun tengok ni. Saja nak hilangkan bosan."

"Awak bosan ke dengan saya?" Tiba-tiba aku rasa sensitif.

"Eh tak sayang, mana ada abang bosan dengan sayang." Rasa macam nak menangis pun ada.

"Tak pelah. Kalau awak bosan dengan saya, pergilah tengok bola tu sampai lebam, saya nak tidur." Aku angkat kaki menuju ke bilik.

𝘽𝙚 𝙈𝙮 𝙏𝙚𝙨𝙤𝙧𝙤  Where stories live. Discover now