"Dhia Arisyah."
Nama itu mula tergiang-giang di fikirannya sejak semalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa tapi hatinya berdetak kuat ingin mengetahui siapa pemilik sebaris nama Dhia Arisyah itu.
Tubuhnya berdiri tegak di hadapan dinding kaca pejabatnya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam seluar. Matanya tajam merenung ke arah bangunan bangunan yang sedang berdiri gah di hadapannya.
Walaupun pandangannya nampak kosong tapi persoalan di fikirannya tetap berputar
"Quién eres tú, Dhia Arisyah? (Who are you, Dhia Arisyah?)" Bisiknya perlahan
Tok!
Tok!
Lamunan Farhan terhenti sebaik sahaja pintu pejabatnya diketuk dari luar. Dia segera menoleh ke arah pintu itu serentak nafasnya dihelakan perlahan. Kakinya terus melangkah ke arah meja kerjanya sambil tangan melipat lengan baju kemeja putihnya hingga ke siku.
"Come"
Pintu dibuka dari luar. Susuk tubuh yang dinantinya sejak dari tadi melangkah masuk dan terus menghenyakkan punggungnya di hadapan Farhan.
"Why you ask me for coming?" Tanpa banyak soal, Haider terus mengajukan soalan kepada kawannya merangkap bossnya itu.
"What time is it now, Haider? Ti chiedo di incontrarmi alle 8 del mattino, giusto? (I ask you to meet me at 8am, right?)" Suara Farhan kedengaran sedikit keras sambil merenung tajam ke arah kawannya itu.
Dia paling tidak suka orang yang tidak tepati masa. Baginya masa itu terlalu berharga untuk dibuang dengan sia-sia.
Haider terus mengangkat kedua belah tangannya, mengaku salah sebaik sahaja melihat riak wajah Farhan yang serius itu. Dia kenal sangat dengan Farhan Mikhail. Dan dia tidak akan sesekali berani mengejutkan Mr.Alpha didepannya ini.
"Sorry, my bad. Aku terlajak bangun. Lagipun semalam aku tidur lewat, Ada masalah sikit dekat Port kita. So, anything I can help you, Sir?" Jelas Haider.
"Aku tak nak tahu semua itu buat masa sekarang ini. Right now, I want you to find out who is Dhia Arisyah" Arah Farhan. Masih lagi dengan suara yang serius.
Dahi Haidersedikit berkerut.
"Who?"
Farhan berdecit perlahan sambil rahangnya diketap kuat.
Ada juga yang nak kena makan terajangnya pagi ini.
"I don't want to repeat it. You hear me, Haider" Dia menahan sabar dengan makhluk bermata kelabu di hadapannya itu.
Haider tersengih. Dia sengaja ingin melihat reaksi kawannya itu. Asyik serius memanjang sahaja, mana seronok.
Tapi bila melibatkan kerja, seorang yang bernama Farhan Mikhail tidak akan pernah mengukir senyuman.
Senyumannya terlalu mahal untuk dipertontonkan oleh orang. Farhan merupakan klon daddynya, Farhat Luthfan.
"Fine, I will do it. Tapi kenapa kau nak aku cari maklumat pasal dia? Anything happend?" Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran kawannya itu.
"Ti do fino a stasera. quindi non sprecare il tuo tempo. (I give you until tonight. So don't waste your time.)" Farhan bersuara sambil matanya tertumpu pada dokumen yang berselerak di atas mejanya.
Haider mengeluh. Susah betul bila ada kawan yang tiada perasaan ini.
"Alright. See you tonight." Haider terus bangun dari duduknya. Dia tahu, there's no time to play now.
YOU ARE READING
MR FARHAN MIKHAIL WIFE
ChickLitTengku Farhan Mikhail- He ruthless but he's caring and arrogant but sweet. Merupakan seorang Ceo dan pewaris utama kepada syarikat terulung di seluruh negara, The Luthfan Group Dhia Arisya- Seorang gadis yang penuh kelembutan dan polos. Menjadi anak...