Tengku Farid dan Puan Elena beriringan melangkah ke ruang makan. Tengku Farid melabuhkan punggung di hujung meja. Manakala Puan Elena duduk di sebelah kanannya. Semasa melintasi Faisyah, sempat lagi Puan Elena melabuhkan bibirnya ke ubun-ubun anak perempuannya itu.
Faisyah hanya tersengih. Suka diperlakukan seperti itu.
"Mummy cantik-cantik ni nak pergi mana?"
Tanya Faisyah sambil menguyah roti.
Serentak Farish dan Farhin turut memandang ke arah mummy nya.
Puan Elena hanya tersenyum. Tengku Farid pula hanya beriak selamba sambil menyisip kopi panas.
"Mummy nak ikut daddy pergi majlis perasmian tapak projek baru dekat singapura."
Dahi Farish berkerut. Terus matanya memandang ke arah Tengku Farid serentak dia bersuara.
"Habis meeting kita dengan pihak pelabur pagi nanti Along yang handle ke daddy?"
Tengku Farid mengerling sekilas pada anaknya itu lalu mengangguk.
"Ya. Daddy serahkan sepenuhnya pada dia. Lagipun dah sampai masanya Along uruskan apa yang patut. Lagipun daddy dan mummy pergi sana maybe dalam seminggu. So, please take of adik-adik. Daddy dah arahkan Along untuk balik sini. Teman kamu semua."
Belum sempat Farish bersuara, Faisyah memotong
"Hah?! Seminggu? Habis Faisyah nanti tinggal dengan siapa? Faisyah nak ikut mummy boleh tak?" Tangan Elena digoncangnya lembut.
Elena dan Farhat saling berpandangan.
"No! Daddy nak honeymoon dengan mummy tanpa gangguan. Apa masalah, Farish dan Farhin kan ada. Along pun balik sini nanti. Lagipun Faisyah ada kelaskan, so don't you dare to skip your class." Tengku Farid mula bersuara sedikit tegas.
Hanya dengan Faisyah sahaja dia perlu bersikap tegas. Kadang-kadang manja Faisyah itu buat dia terasa pening. Sama dengan perangai mummy nya.
Faisyah terus berubah riak bila mendengar suara tegas daddy nya.
Garang betul bapak titew ni. Omel Faisyah di hati.
Puan Elena hanya menggelengkan kepalanya tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Bila suaminya bersuara, dia tidak berani untuk bersuara.
Tengku Farid bangun dari duduknya selepas selesai bersarapan.
"Let's go sayang. Kita dah lewat ni. Daddy pergi dulu. Take care, my dear. Daddy love you" Terus pelipis Faisyah dikucupnya lembut sambil menarik tubuh anak daranya ke dalam pelukan.
Marah-marah pun sayang.
Dia terus berlalu meninggalkan isterinya dan anak-anaknya untuk membuat panggilan telefon.
"Farish, jaga adik-adik ya. Mummy pergi kejap je. Mummy sayang semua anak-anak mummy tau."
Terasa berat hati untuk dia meninggalkan anak-anaknya. Lagipun sudah lama Tengku Farid tidak membawanya pergi outstation. Kebanyakkan urusan suaminya hanya dalam negara sahaja.
"Mummy jaga diri. Farish tahu apa nak buat dengan dia orang berdua ni nanti." Balas Farish sambil tersenyum nakal.
Farhin dan Faisyah serentak berdecit. Tahu sangat perangai terlebih nakal Angah mereka itu.
Tanpa menunggu lama, Farhin terus menampar kuat kepala Angahnya dari belakang manakala Faisyah pula memijak kaki abang kembarnya.
"Fuck! Sakit la bodoh!" Farish ketap bibirnya kuat.
Tak guna punya adik!
Faisyah dan Farhin terus ber 'high five' sambil ketawa terbahak-bahak.
Puan Elena menoleh ke belakang apabila mendengar suara Farish membebel kuat. Dia menggelengkan kepalanya. Sudah terbiasa dengan riuh rendah mereka bertiga.
YOU ARE READING
MR FARHAN MIKHAIL WIFE
Literatura FemininaTengku Farhan Mikhail- He ruthless but he's caring and arrogant but sweet. Merupakan seorang Ceo dan pewaris utama kepada syarikat terulung di seluruh negara, The Luthfan Group Dhia Arisya- Seorang gadis yang penuh kelembutan dan polos. Menjadi anak...