𝖧𝖠𝖣𝖨𝖣𝖱𝖤𝖠 | 01

38.9K 1.3K 73
                                    

        Jam sudah menunjukkan pukul 12 tepat malam dan Drea masih belum pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        Jam sudah menunjukkan pukul 12 tepat malam dan Drea masih belum pulang ke rumah. Jari-jemari mula naik membutangkan semula butang bajunya yang terbuka sedikit akibat berlawan dengan seorang lelaki asing tadi. Drea membetulkan rambutnya yang terlihat serabai sebelum dia menghela nafas.

"Lepaslah!" bentak Drea dengan kuat. Tanpa menunggu, dia tumbuk dada lelaki asing itu berkali-kali. Tetapi tidak dengan lelaki itu, dia langsung tidak mengendahkan dadanya yang sedang ditumbuk Drea. Drea kemudiannya menggepal penumbuknya semula lalu dia halakan penumbuk itu ke arah lelaki di depannya bagi menakut-takutkannya.

"Aku nak kau." Lelaki itu membalas.

Mendengar balasan daripada lelaki itu, Drea ukir senyum sinis. "Beri aku duit dulu," jawab Drea sangat mudah. Tangannya masih menggepal penumbuk serta masih dihalakan ke arah lelaki asing itu. Dadanya naik turun manakala nafasnya pula terengah-engah kerana penat menumbuk.

"Okey..."

Lelaki itu tersenyum senget sebelum dia mengeluarkan beberapa keping not 10 dari dalam kocek seluarnya. Lelaki itu mengorak langkah mendekati figura Drea yang masih menggepal penumbuk. Beberapa keping not 10 yang dikeluarkannya tadi dihulur kepada Drea membuat gadis itu tersenyum bahagia setelah mendapat duit.

"Sekarang..." Lelaki itu mendekati Drea. Tanpa apa-apa, tubuh Drea ditolak kasar membuatkan tubuh Drea terbaring di atas sofa. Lelaki itu menindih tubuh Drea dengan laju. Baru sahaja jemari lelaki itu bergerak mahu menyentuh pipi Drea, tetapi Drea terlebih dulu menumbuk wajah lelaki itu.

BUK!

"Bodoh!" Bibir Drea naik mengukir senyuman sinis tatkala dia sempat juga menendang alat sulit lelaki itu. Tak buang masa, Drea terus bertindak keluar dari dalam kelab malam dan meninggalkan lelaki asing yang masih terbaring di atas lantai selepas menerima tendangan di bahagian sulitnya.

AL-HADI©️Where stories live. Discover now