𝖧𝖠𝖣𝖨𝖣𝖱𝖤𝖠 | 04

14.3K 1K 61
                                    

DREA menghamburkan tangisannya di sekitar tempat perhentian bas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DREA menghamburkan tangisannya di sekitar tempat perhentian bas. Dia mahu menenangkan hatinya yang sedang terluka. Fitnahan yang dijatuhkan kepadanya tadi membuat Datin Liela membencikan dirinya. Baru sahaja Drea berura-ura mahu beredar pergi dari tempat perhentian bas itu tetapi tiba-tiba ada seorang lelaki datang mendekati dan duduk di sebelahnya.

"Menangislah," ujar lelaki itu.

"... Menangislah sepuas hati, jikalau itu yang mampu membuatkan hati kau menjadi tenang." Sambung lelaki itu tanpa mengenalkan dirinya terlebih dahulu. Terbantut niat Drea yang sudah berura-ura mahu pergi dari situ apabila mendengar kata-kata lelaki asing yang entah datang dari mana, lalu duduk di sebelahnya.

"K... kau siapa?" soal Drea dalam keadaan tersedu-sedu. Dia cuba untuk mengintai wajah lelaki yang sedang duduk di sebelahnya itu tetapi tidak berjaya kerana lelaki itu memakai sebuah topi yang berwarna hitam. Wajah lelaki itu juga ditutupi dengan topi hitam tersebut.

"Aku hamba yang dikirimkan oleh Allah untuk tolong kau, bimbing kau dan juga selamatkan kau daripada segala kesedihan..." Jawab lelaki itu dengan nada suara tegas. Suara lelaki itu yang garau membuatkan Drea telan air liurnya sendiri kerana takut apabila mendengar suara lelaki itu. Tapi apabila difikiran semula, dahi Drea berkerut perlahan.

"Siapa nama kau?" soal Drea apabila menyedari bayangan lelaki asing itu perlahan-lahan menghilang dari pandangan matanya. Serta-merta itu, Drea pejamkan matanya lalu dibuka kembali apabila dia perasan yang lelaki itu tiada memberikan sebarang respon terhadap pertanyaannya.

Lelaki asing itu tidak menjawab pertanyaan Drea malah perlahan-lahan menghilang dari pandangan matanya. Lelaki asing itu seolah-olah hanya bayangan mata Drea kerana lelaki itu tiba-tiba menghilang. Drea menggelengkan kepalanya berkali-kali. Air mata yang masih tersisa di lap dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

×××

DREA menapak kaki ke dalam rumah dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang suara walaupun sedikit. Matanya tertangkap pada susuk Datin Liela yang sedang terbaring di atas sofa bersama bawah mata yang sedikit bengkak dan hitam. Pasti wanita tua itu baru sahaja lepas menangis... Semuanya disebabkan dia.

Drea tidak mahu membangunkan Datin Liela. Dengan pantas, dia menapak kaki ke arah tangga dan berjalan menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya. Telefon pintarnya yang berada di atas meja solek dicapai kemudian dibaca satu persatu mesej yang baru dihantar oleh Naufal. Kotak mesej milik nombor Naufal dibuka olehnya.

- Naufal
: Drea, aku minta maaf...
: Kita boleh berkawan macam dulu semula, bukan?

AL-HADI©️Where stories live. Discover now