𝖧𝖠𝖣𝖨𝖣𝖱𝖤𝖠 | 17

11.4K 844 21
                                    

AKTIVITI ke-2 yang bakal Hadi, Drea dan Syahida lakukan setelah selesai menunggang unta ialah menaiki Quad Bike, iaitu sejenis motosikal yang berempat roda besar dan ianya ditunggangi oleh orang ramai untuk berseronok atau berlumba bersama rakan a...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKTIVITI ke-2 yang bakal Hadi, Drea dan Syahida lakukan setelah selesai menunggang unta ialah menaiki Quad Bike, iaitu sejenis motosikal yang berempat roda besar dan ianya ditunggangi oleh orang ramai untuk berseronok atau berlumba bersama rakan atau ahli keluarga. Hadi mengeluarkan dompetnya dari dalam kocek seluar sebelum dikeluarkan beberapa keping not lalu dihulurkan kepada seorang lelaki yang bertugas untuk mereka bertiga menyewa dua buah Quad Bike.

"Abang, kenapa dua saja?" soal Syahida seraya mengerakkan lengan kanan Hadi yang sedang berurusan dengan petugas lelaki atau lebih dikenali sebagai pemilik kepada Quad Bike yang berada di situ.

"Dua sajalah. Satu untuk Kak El, satu lagi untuk kita berdua." Ujar Hadi memaut bahu adik perempuannya. Mendengarkan penjelasan daripada abangnya, Syahida menganggukkan kepala sebelum dia memutuskan pautan lengan abangnya di bahunya.

"Borak apa tu?" sampuk Drea tiba-tiba.

"Tak ada apalah. Nah, saya dah sewakan siap-siap untuk awak. Tinggal nak masukkan kunci aje," beritahu Hadi. Kunci Quad Bike yang disewa khas untuk Drea dihulur kepada gadis itu. Langkah Hadi dan Syahida pula diatur lalu dua beradik itu berjalan ke arah sebuah lagi Quad Bike yang disewa untuk mereka pula.

"Terima kasih, Al."

"Awak relaks aje tau. Bawa Quad Bike macam awak bawa motosikal." Pesan Hadi yang jauh beberapa meter dari Drea. Gadis itu hanya mengangguk tanda dia mendengar akan pesanan pendek Hadi. Kunci yang diberi oleh Hadi dimasukkan ke tempatnya sebelum enjin Quad Bike miliknya dihidupkan.

Drea mencuba untuk mengawal pergerakan Quad Bike itu pada mulanya, tetapi ianya agak susah untuk mengawal kerana mereka berada di kawasan padang pasir. Hadi pula hanya memerhati kelakuan Drea dari jauh sambil menekan enjin dan Quad Bike miliknya bergerak mendekati Drea. Perlahan-lahan Quad Bike miliknya bergerak merapati Quad Bike milik Drea.

"Boleh tak, ni?" soal Hadi apabila melihat Drea masih ragu-ragu.

"Boleh, tapi susahlah sikit..." Ujar Drea ingin mengalah. Kelopak mata dipejam sesaat untuk mengingat kembali cara dia membawa motosikal di Malaysia dahulu. Selang beberapa minit kemudian, barulah Drea membuka semula kelopak mata yang dipejam. Dipandang wajah Hadi dan Syahida yang sedang melihatnya.

"Slow-slow, okay? Saya dengan Sya gerak dulu. Kalau tak boleh, panggil saya." Drea angguk tanda faham. Dia rasa sebak tiba-tiba apabila mendengar kata-kata yang baru diucapkan oleh Hadi.

Dia teringat akan kedua orang tuanya yang sudah pergi meninggalkannya apabila mendengar kata-kata Hadi. Lelaki itu seolah-olah seperti papanya pada suatu ketika dahulu. Papa, yang selalu ada dengannya, yang akan bantu apabila dia susah. Papa yang selalu sayangkan dia... Dia rindu.

AL-HADI©️Where stories live. Discover now