𝖧𝖠𝖣𝖨𝖣𝖱𝖤𝖠 | 26

11.6K 811 22
                                    

HARI yang dinanti-nantikan sudah pun tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Pada hari ini, Hadi dan Drea bakal di akad nikahkan bersama. Majlis kahwin mereka berdua pula diadakan di rumah Puan Kiah secara kecil-kecilan sahaja, sesuai dengan permintaan Drea. Setelah selesai bersiap di dalam bilik persiapan, Drea mengorak langkah berjalan dari bilik persiapan ke ruang tamu. Melihat pengantin perempuan yang sudah keluar memunculkan diri, Tok Kadi membetulkan duduknya.

Hadi menyambut huluran tangan daripada Tok Kadi. Nafas ditarik sebelum dihembusnya dengan perlahan-lahan bagi menghilang rasa gugup di dalam diri. Melihat Hadi yang sedang gugup, Tok Kadi ketawa kecil sebelum lelaki tua itu mencapai mikrofon dengan menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanan lelaki tua itu sudah berada di dalam genggaman tangan Hadi.

"Hadi dah bersedia?" soal Tok Kadi kepada Hadi. Tanpa memikirkan apa-apa, Hadi menganggukkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Tok Kadi. Rasa gugup semakin menyerang diri Hadi. "Pengantin perempuan, okey?" soal Tok Kadi kepada Drea pula. Drea yang sedang duduk di atas pelamin lalu ditemani oleh Puan Kiah dan Syahida, menganggukkan kepalanya.

"Bismillah, kita mulakan," ujar Tok Kadi.

"Aku nikahkan dikau Muhammad Al-Hadi bin Hafeez Al-Haydi dengan Felora Drea binti Abdul Malik bersama mas kahwin sebanyak dua ratus ringgit tunai." Tok Kadi memulakan akad nikah. Hadi pejamkan matanya Tangan Tok Kadi yang berada di dalam genggamannya digenggam dengan semakin kuat. Nafasnya yang tidak teratur cuba diatur agar tidak terlihat terlalu gugup. Hadi hembus nafasnya.

"Aku Muhammad Al-Hadi bin Hafeez Al-Haydi terima nikahnya Felora Drea binti Abdul Malik bersama mas kahwin sebanyak dua ratus ringgit tunai." Ujar Hadi menerima akad nikah. Melihat senyuman manis yang terukir di bibir Tok Kadi, Hadi turut tersenyum manis. Matanya melirik ke arah Drea yang berada tidak terlalu jauh dengan jaraknya. Hadi dehem perlahan sebelum menoleh semula memandang Tok Kadi di hadapannya.

"Sah?"

"Sah." Saksi-saksi yang berada di sebelah kiri dan kanan Hadi membalas. Para tetamu yang turut berada di situ juga mengangguk sebelum mereka semua menyebut Alhamdulillah dan disambung dengan masing-masing menadah tangan untuk mendoakan pasangan yang baru selamat berkahwin iaitu Hadi dan Drea.

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ هٰذَا الْعَقْدَ عَقْدًا مُبَارَكًا مَعْصُوْمًا وَأَلْق بَيْنَهُمَا أُلْفَةً وَقَرَارًا دَائِمًا وَلَا تَجْعَلْ بَيْنَهُمَا فِرْقَةً وَفِرَارًا وَخِصَامًا وَاكْفِهِمَا مُؤْنَةَ الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ

Artinya : Ya Allah, jadikanlah akad ini sebagai ikatan yang diberkahi dan dilindungi, tanamkan di antara keduanya kerukunan dan ketetapan yang langgeng, jangan Engkau jadikan di antara keduanya perpecahan, perpisahan dan permusuhan, dan cukupi keduanya bekal hidup di dunia dan akhirat.

AL-HADI©️Where stories live. Discover now