𝖧𝖠𝖣𝖨𝖣𝖱𝖤𝖠 | 06

14.4K 927 37
                                    

"MAMA!" jerit Drea di dalam tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAMA!" jerit Drea di dalam tidurnya. Bebola mata gadis itu membesar tatkala menyedari semua tadi hanyalah mimpinya semata-mata. Drea bingkas turun dari katil dan keluar mencari Fyra. Drea beegerak mengetuk pintu bilik Fyra berkali-kali sambil tangan tidak berhenti memusingkan tombol pintu tetapi tidak dapat dibuka kerana Fyra menguncinya dari dalam.

"Kenapa, Drea?" soal Fyra. Mata digosok perlahan untuk melihat wajah Drea di depan pintu biliknya.

"M... Mama aku..."

"... aku mimpi dia kemalangan jalan raya,"

"Bawa aku balik, Fyra. Aku nak jumpa dia." Pinta Drea. Tangan Fyra digenggam bagi menghilangkan rasa gemuruh dan takut di dalam hatinya.

Mereka menaiki motosikal milik Fyra dan bergerak laju menuju ke rumah Datin Liela. Sesampai di traffic light, bebola mata Drea seakan-akan tertumpu pada tepi jalan raya. Dilihat ramai orang yang sedang berkumpul di tepi sana.

Hati Drea berdebar-debar tatkala melihat datangnya sebuah ambulans. Ambulans itu datang semakin dekat ke tempat kejadian.

Nafas Drea mulai tidak teratur dan jantungnya berdegup dengan laju. "A... Aku nak keluar sekejap," ujar Drea turun dari motosikal Fyra. Fyra hanya memerhati gerak-geri sahabatnya yang sedang mendekati tepi jalan raya.

Disaat Drea mendekati tempat yang menjadi tumpuan ramai orang itu, hati gadis itu semakin berdebar-debar dan dia cuba menolak orang yang menghalang penglihatannya. Bebola matanya mengecil cuba meneliti wajah mayat yang sedang dikerumuni oleh orang ramai.

"Mama..." panggil Drea saat bebola matanya tertangkap pada wajah mayat wanita tua itu. Tanpa disedari, air matanya mulai menitis dengan perlahan tatkala melihat darah yang mempenuhi wajah arwah mamanya.

"Mama..." panggil Drea lagi. Digoncangkan tubuh Datin Liela yang sudah dibasahi dengan darah akibat dilanggar lori semasa di dalam perjalanan.

"Cik, minta tolong beralih ke tepi. Kami perlu bawa mayat ini ke hospital untuk siasatan yang lanjut." Ujar seorang lelaki dan ada juga beberapa lelaki yang lain menolong untuk mengangkat mayat Datin Liela naik ke dalam Ambulans.

Drea tertunduk memandang tanah. Sungguh, dia kecewa. Dia kecewa kerana tidak dapat meluangkan masa bahkan tidak dapat meminta maaf dengan Mamanya buat kali yang terakhir.

Ya Allah... dia berdosa. Dia berdosa kerana lari dari rumah dan memberi amaran supaya Mamanya tidak mencarinya. Rasa bersalah mulai menghantui diri Drea. Perlahan-lahan jari-jemari Drea naik mengelap air mata yang tidak berhenti mengalir di pipi.

┉┈┈┉ •◦❉◦• ┉┈┈┉

"DREA..." panggil Fyra lembut. Pintu bilik Drea diketuk perlahan sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik sahabatnya itu. Dulang yang berisi air suam dan bubur dibawa dengan berhati-hati. Fyra menapak kaki ke arah katil Drea sebelum melabuh punggung di sebelah sahabatnya. Dulang pula diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

AL-HADI©️Where stories live. Discover now