27

0 0 0
                                    

" Kita melakukan dosa, berbelas-belas, berpuluh-puluh tahun tetapi taubat hanya sekali. Kita masih bertanya, kenapa kita tidak tenang? Itulah kesilapannya, hati yang berkarat perlu terus dicuci. Baju yang kotor diberus berulang-ulang kali, begitu juga hati, perlu sentiasa diberus dengan istighfar dan solat taubat. "

Buatlah solat taubat walaupun air matamu tidak keluar. Hati itu perlu dilembutkan. Apabila hati lembut bukan sahaja ketika solat taubat tetapi mendengar ayat suci al-Quran tentang azab Allah pun akan menitis kerana takut. Mendengar tentang Syurga pun akan menitis kerana merindui. Jika nak berubah, berusahalah, jangan mencipta alasan. Allah menilai setiap usaha kita❤️.

Reminder Islamic Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang