Kelihatan seorang anak gadis yang masih lengkap berpakaian sekolah berdiri tegak di bawah cahaya lampu jalan itu.Sesekali kedengaran dengusan amarah yang dari tadi dia tahan dalam hati terlepas keluar dari dalam mulutnya.
Sakit hati mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab kawan-kawannya yang sengaja membiar dia tidur dalam panggung wayang.Mujur ada perkerja di situ tolong kejutkan dia bangun.
Sudahlah dia kena menunggu bas berejam untuk balik.Sekarang dia terpaksa pula mengadap jalanraya yang gelap gelita di hadapannya.Pandangan di buang ke langit.Cuaca kelihatan agak mendung malam ni.
Sebelum hujan lebih baik dia bergerak cepat balik ke rumah.Sekejap lagi kena hadap singa betina pula dekat rumah tu.Arghh,ni semua bala!
Semakin kuat dia merungut dalam hati semakin laju langkah kakinya berjalan meredah kegelapan malam itu.Tidak sedikit pon dia menoleh ke kiri dan ke kanannya.Tegak sahaja kepala mengadap ke depan.Tiba-tiba....
Prak!
Bunyi seperti ranting kayu patah di pijak oleh seseorang.Aurora terhenti langkah.Entah kenapa hati mula berasa tidak tenteram.Dalam takut-takut dia cuba menoleh ke arah semak samun itu.
"Aduh,hantu ke tu?Janganlah muncul depan aku.Aku tak kacau kau.Kau jangan lah kacau aku.Aku cuma nak balik je," kata Aurora,perlahan.Dia dapat rasa bulu romanya naik meremang.
Tanpa berlengah,Aurora menyambung kembali langkahnya.Kali ini lebih laju dari yang tadi.Ah,lantaklah hantu ke perogol ke penyamun ke asalkan jangan ganggu dia dah.
Prak!
Prak!
"Ish!Dia bunyi lagi.Tapi kenapa aku dengar bunyi tapak kasut ni?Jangan-jangan....Aduh,masin mulut kau Aurora.Bodoh betul kau ni,Aurora Vanessa," sempat Aurora maki dirinya sendiri.Tangan turut mencepuk mulutnya sendiri.
Dengan gelaran sebagai dewi olahragawati sekolah Aurora tidak menunggu lama untuk memecut laju.Dia juga sudah nampak bumbung rumahnya.Dan ketika itu...
"Arghhhhh!" Aurora mengerang kesakitan,dia tersembam atas jalan tar itu akibat di rempuh dari sisi tepi badannya.
Aurora pantas memandang kelibat yang berani merempuhnya tadi.Elok je kelibat tu duduk mencangkung di tepinya.Topeng yang dipakai itu membuat Aurora berasa gerun.
Aurora tahu itu manusia bukan hantu.Takkan hantu pakai kasut converse.Sempat dia menjeling sekilas pada kasut converse yang tersarung kemas di kaki susuk tubuh itu.
"Kau siapa?" tanya Aurora,
Diam.
"Aku tanya kau siapa?Kau nak apa dari aku?Jangan kacau aku.Aku nak balik!" tanya Aurora lagi,kalini lebih keras.
Sunyi sepi.
Aurora cuba mengesot jauh sedikit dari lelaki bertopeng itu.Lelaki itu hanya mematungkan diri di tempatnya.Dengan keberanian yang masih bersisa dia cuba untuk melarikan diri tetapi gagal.
Rambutnya di tarik kasar oleh lelaki itu kedalam semak samun yang meninggi itu.Aurora cuba meloloskan diri.Sakit di kulit kepala membuat airmata Aurora bergenang.
"Tolong,jangan apa-apakan saya.Saya masih bersekolah lagi.Tolonglah lepaskan saya.Anggap la saya sebagai anak pakcik atau adik abang tapi tolong jangan apa-apakan saya.Pleasee,saya merayu," Aurora cuba merayu.Dia tidak rela dirinya di apa-apakan oleh lelaki itu.
Tubuh Aurora di humban kasar ke tanah.Aurora terkedu.Nampaknya rayuan yang dibuat tidak dapat melembutkan hati lelaki itu.Aurora cuba merayu dalam keadaan melutut pulak.
YOU ARE READING
LEON : MY SWEET PHSYCO ( LITTLE SWEET REVENGE )
Ação(SEDANG MENGEDIT STORY) SINOPSIS CERITA KERANA DENDAM KESUMATNYA LEONEL EDRIC SEORANG JEJAKA KAYA DAN BERKUASA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN AURORA VANESSA DAN GADIS ITU SETUJU BERKAHWIN DENGANNYA.DISEBABKAN PERKAHWINAN ITU DIA DIBENCI KAKAK YANG SELAMA...