Surat khabar yang berada di tangan di campak ke atas meja.Terasa membara dalam hati saat membaca tajuk berita yang di tulis oleh wartawan gosip tidak bertanggungjawab itu.
Sudahlah jelas terpampang wajah anak menantu di surat khabar itu.Tajuk pula mengundang fitnah orang ramai.Ini bukan sahaja boleh jatuhkan maruah keluarga malah bisnessnya juga.
"Puas hati kamu berdua?Puas?Tengok apa kesan dari perbuatan tak senonoh kamu berdua.Tengok lah!Tak malu ke wajah kamu berdua jelas terpampang dekat surat khabar tu?Sekarang semua orang dah tahu yang anak lelaki Dato Hamidi kahwin sebab kena tangkap basah dekat hotel.Mereka tuduh kamu sengaja buat macam tu sebab nak larikan diri dari meneruskan perkahwinan dengan Aurora kerana masalah yang sedang melanda keluarga dia saat ini.Abi tak kira Rayyan abi nak kamu selesaikan semua masalah ni.Jangan di sebab kontroversi kamu,bisness dan maruah abi tercalar.Cari wartawan yang keluarkan artikel ni dan suruh dia bersihkan nama kamu dan keluarga kita,faham!" bentak Dato Hamidi,
"Faham abi.Rayyan janji akan selesaikan semua masalah ini.Abi jangan risau ye.Tapi sekarang ni Rayyan nak fokuskan dekat umi dulu.Boleh ye abi?" pinta Rayyan,meraup wajah yang jelas kelihatan kusut itu.
"Hmm!" jawab Dato Hamidi,acuh tak acuh.Berlalu pergi meninggalkan Rayyan dan Jasmine di ruang menunggu untuk keluarga pesakit itu.
"Ini semua salah Aurora!" kata Jasmine tiba-tiba,
"Apa maksud you ni,Jas?Bukan salah Aurora tapi salah kita.Kita penyebab masalah ini berlaku," bela Rayyan,memandang wajah Jasmine tidak puas hati.
Berdesing telinga Jasmine mendengarnya.Rayyan yang sedang buat muka itu ditatap tajam.Perasaan cemburu mula menguasai hati kecilnya.
"Kenapa you bela sangat perempuan tu?Masih rasa sayang dekat dia?Nak kembali pada dia?Fine!Ceraikan i now!" jerkah Jasmine,
Rayyan bangun dari tempat duduk.Muka Jasmine yang kemerahan kerana marah itu di kerling tajam.
"Jangan melampau Jasmine.You ingat perkahwinan ni satu benda yang you boleh buat main-main ke?Ingat ni macam kahwin pondok-pondok zaman dulu?Sia-sia je you amik i dari Aurora kalau you nak i kembali pada dia.Sia-sia,Jas.But the way,kalau i nak kembali pada Aurora sekalipon i tak perlu sampai kena ceraikan you.You lupa ke lelaki kan boleh kahwin 4.So i ada lagi 3 kuota," sarkastik Rayyan,sengaja mahu melihat reaksi Jasmine.
Bergenang airmata Jasmine saat Rayyan berkata begitu.Terasa pedih yang begitu mendalam dalam sanubarinya.Dia mengalih pandangan saat dia merasa dirinya di tenung Rayyan.Ada keluhan kecil keluar dari mulut Rayyan.
"Jas,i memang sayangkan Aurora tapi i sayang dia hanya sekadar kawan.Tidak lebih dari itu.Sayang i pada you lebih besar dan mendalam.I bela Aurora bukan sebab i masih cintakan dia tapi i nak you sedar yang masalah ni datang dari kita berdua bukan dari Aurora mahupon dari orang lain.Perbuatan kita dah lukakan hati semua orang.Hati Aurora hati parent kita.You sedar tak tentang tu?"
Jasmine membisukan diri.Kepala turut ditundukkan kebawah memandang lantai hospital.Hanya sesekali dia mengelap airmata yang masih mengalir di pipi mengunakan jari.
Rayyan memegang kedua pipi Jasmine memaksa wanita itu mendongak memandang wajah tampannya.Lama dia merenung anak mata berwarna hitam pekat milik wanita itu.
"Betul you nak i ceraikan you?You dah fikir masak-masak dengan keputusan you tadi?" soal Rayyan merenung redup anak mata Jasmine.
Jasmine terkedu.Jelas sekali dia sebenarnya tidak berniat mahu meminta cerai dari lelaki itu.Perkataan itu meluncur keluar kerana mengikut perasaan amarah dan cemburu buta.Jasmine mengeleng kepala.
"I'm sorry,Ian.I tak patut ikut perasaan i.I terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya seorang isteri ungkapkan dalam perasaan marah.I minta maaf sangat-sangat,"
"I dah maafkan you,sayang.Lain kali jangan buat lagi ya.Jangan ikut emosi yang hanya datang sesaat itu.Kelak kita berdua yang akan rasa menyesal,"
Jasmine mengangguk faham.Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi perkataan itu.Tiba-tiba dia terfikirkan Aurora.Perasaan bersalah datang kembali.
"Ian,nanti kita pergi jumpa Aurora eh?I nak minta maaf pada dia.I dah lukakan hati dia dan persahabatan kami,"
"Bukan you tapi kita.I dengan you akan pergi jumpa dia dan mintak maaf sama-sama,okay.Tapi bukan sekarang.Bagi hati dia rasa sejuk dulu baru kita pergi jumpa dia,"
"Baik,Ian.I ikut je.Emm,Ian boleh i tanya sesuatu tak?"
"Apadia?"
"Kenapa you tak nak beritahu Aurora perkara yang sebenar semalam?"
"Biarlah,i taknak dia rasa malu.Sebab itu melibatkan aib dia.Cukuplah kita dan family dia sahaja yang tahu perkara ini," balas Rayyan senyum tawar pada Jasmine.
.............................
Gambar-gambar yang berselerak di atas meja kopi itu di ambil satu demi satu.Ternganga mulut Aurora melihat gambar dirinya bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan tidak senonoh.
Entah kenapa otaknya langsung tidak mengingati apa-apa soal lelaki itu mahupon kenapa dia boleh berkelakuan tidak senonoh seperti itu.Tapi yang pasti lelaki dalam gambar itu ada tatu di bahu kirinya.
"Kenapa mama rahsiakan tentang gambar ini dari pengetahuan Aurora?Kenapa ma?" tanya Aurora,dingin melihat wajah selamba Datin Helena itu.
"Kau patut tanya pada papa atau Rayyan.Sebab kalau ikutkan hati aku,memang aku dah lama pergi cari kau dekat sana dan ganyang kau,tahu?Buat malu keluarga je kau ni.Bayangkan gambar-gambar ni semua dapat kat wartawan,mana nak letak muka kami ni Aurora?!Kau dah sedap menyundal dekat sana kami pulak nak kena tanggung malu kau dekat sini!" sinis Datin Helena,melihat wajah beku Aurora.
"Jadi sebab gambar ni semua ke pertunangan Aurora dengan Ian putus?" soal Aurora lagi,ingin kepastian.
"Yela,kau ingat ada ke lelaki nak perempuan yang dah di tebuk tupai?Dengan tupai lain jenis pulak tu.Kalau aku jadi Ian pon aku taknak," senyuman mengejek menghiasi wajah Datin Helena,
"Oh ye,semua persiapan perkahwinan kau aku dah uruskan.Stella pon akan balik pada hari kau nikah.Ingat Aurora,nasib keluarga kita bergantung pada kau.Jangan buat tindakkan bodoh lagi!" tambah Datin Helena lagi,mengangkat punggung dari sofa empuk itu.
Aurora diam tidak membantah.Terlalu asyik melihat gambar yang digenggamnya.Dia memfokuskan penglihatan cuba membaca tulisan tatu pada bahu kiri lelaki itu.Namun gagal.
"Siapa lelaki ni?Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa bila tengok semua gambar-gambar ni?Apa yang berlaku sebenarnya!" gerutu Aurora,meramas rambut panjang berwarna coklat keperangan itu.
Tingtong!
Aurora bangun dari sofa.Dia berjalan pantas menuju ke pintu utama rumah.Terkaku dia melihat susuk tubuh seorang wanita yang kelihatan anggun dan berwajah kacukan itu.Wanita itu menghadiahkan senyuman manis padanya.
"Maaf,aunty ni siapa?Dan aunty cari siapa ya?" soal Aurora,masih terpana dengan kejelitaan wajah wanita separuh usia itu.Mungkin sebaya mamanya.
"Nama aunty Jane Barbara.Aunty cari Razak.Dia ada dekat rumah ke?"
"Oh,aunty kawan papa ke?Papa tak ada dekat rumah.Papa masih dekat hospital lagi.Kemungkinan esok baru papa boleh keluar dari wad,"
"Kamu Stella ke?"
"Bukan,saya Aurora," jawab Aurora senyum manis pada wanita itu.
"Aurora?" terbeliak biji mata Jane selepas mengetahui nama gadis muda di hadapannya.
Tanpa Aurora menduga,wanita itu bertindak memeluk tubuhnya tanpa sebarang amaran.Aurora tergamam sendiri.Namun tidak pula Aurora bertindak menolak tubuh wanita itu.
"Err,maafkan aunty,Aurora.Aunty peluk kamu tanpa izin.Mesti kamu terkejut kan?Maafkan aunty ya," ucap Jane,
"Macam ni ke rasa bila tubuh di peluk oleh seseorang bernama ibu?" gumam Aurora perlahan tapi masih dapat didengari Jane.
YOU ARE READING
LEON : MY SWEET PHSYCO ( LITTLE SWEET REVENGE )
Acción(SEDANG MENGEDIT STORY) SINOPSIS CERITA KERANA DENDAM KESUMATNYA LEONEL EDRIC SEORANG JEJAKA KAYA DAN BERKUASA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN AURORA VANESSA DAN GADIS ITU SETUJU BERKAHWIN DENGANNYA.DISEBABKAN PERKAHWINAN ITU DIA DIBENCI KAKAK YANG SELAMA...