Bab 2

286 15 3
                                    

Denz melirik cermin pandang belakang melihat wajah kosong Aurora.Sejak balik dari hospital tadi,wajah wanita itu kelihatan berserabut.

"Pandang depan Denz.Kalau awak asyik pandang saya je,kang kita pulak yang ganti papa dekat hospital tu.Atau paling teruk pon kita sama-sama duduk bawah tanah nanti.Awak tak perlu risau pasal saya.Saya okay je," kata Aurora,senyum hambar pada Denz.

Denz senyum kecil.Mata di fokuskan kembali pada jalanraya.Mereka sekarang dalam perjalanan pulang ke villa keluarga Aurora.

Aurora pening memikirkan keadaan yang sedang menimpa keluarganya saat ini.Dia khuatir melihat keadaan papanya yang masih belom sihat sepenuhnya.Dia tahu papanya sedang bingung memikirkan cara untuk membayar semua beban hutang itu.

Aurora mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya.Laju tangannya menekan skrin telefon yang menyala itu.Telefon di bawa ke telinga.Talian bersambung

"Hello,Ian.Where are you?"

"Baby,ni you ke?Oh God,you dah balik Malaysia ke?I...i baru nak keluar jumpa klien,baby,"

"Ya,i dah balik Malaysia pagi tadi.You boleh tak tunda perjumpaan tu?I nak jumpa you sekarang.I ada hal penting nak cakap dengan you,"

"Err,sekarang?Sekarang tak boleh lah baby.I buzy sikit ni,"

"Hmm,takpelah kalau macam tu.Esok lah ye?"

"Err,esok?I tak janji.Kalau i tak buzy,kita jumpa.Okaylah baby i kena pergi dulu ya.Apa-apa i call you,"

"Oka.....,"

Tutttt.Panggilan dimatikan.

Aurora memandang skrin telefon yang sudah malap itu.Perasaan curiga mula menyelinap ke dalam hati.Namun dengan pantas dia menepis perasaan itu dari bersarang.Dia percayakan Rayyan.Sudah 2 tahun mereka berdua mengikat tali pertunangan.

"Cik Aurora tahu bila cik Stella balik ke Malaysia?"

"Saya tak tahu,Denz.Last saya skype dengan kakak 3 hari yang lalu.Lepastu saya dah tak ada terima khabar berita dari dia.Saya ada email and call tapi kakak tak jawab.Saya risau juga ni," beritahu Aurora,masih terngiang tangisan Stella di tepi halwa telinganya.

Aurora memandang Denz yang kelihatan gelisah semacam itu.Acap kali juga anak mata lelaki itu melirik ke cermin sisi dan cermin pandang belakang.Aurora kehairanan.

"Cik Aurora,pakai seatbelt,"

"Kenapa,Denz?"

"Saya rasa ada orang ikut kita,"

"What?!"

Terkejut.Aurora pantas menoleh ke belakang.Dia melihat ada sebuah kereta berwarna hitam sedang mengekori rapat kereta mereka.Dia tidak pernah nampak kereta itu.Siapa mereka?

Kereta bergerak semakin laju membelah jalanraya yang agak banyak dengan pelbagai jenis kenderaan itu.Satu demi per satu kenderaan atas jalanraya itu di pancung Denz.

Aurora dapat rasa satu badannya sedang mengigil hebat saat ini.Dada juga terasa sempit untuk bernafas.Peluh dingin juga menghiasi ruang dahi Aurora.

LEON : MY SWEET PHSYCO ( LITTLE SWEET REVENGE )Where stories live. Discover now