Tas. 3

3 2 0
                                    


"Pengantin lelaki cuba rapatkan sikit badan ke dada pengantin perempuan," pinta jurugambar kepada Ayyash Aulian. Tika ini,mereka telah meninggalkan majlis bersanding untuk sesi sua foto selepas sesi makan-makan.

Ayyash melihat kearah pandangan maut yang diberikan oleh Alora Aayana"Kau jangan nak rapat lebih-lebih eh,aku siku kau sat gi," Alora mengetap giginya agar suaranya hanya dapat didengari oleh Ayyash Aulian sahaja.

"Kalau saya tak mau?" Ayyash menjongketkan keningnya.

"Kau jangan nak mengada-ngada,jangan bagi aku buat hal dekat sini. Aku nak gambar aku nampak cantik,"

"Tapi kalau gambar saya yang tak cantik pula?" Ayyash mula menyoal isterinya.

"Mampus pi kat kau la! Kau fikir aku kisah? Kau nak mampus kat sini sekarang juga pun tak pe,aku boleh tolong permudahkan urusan malaikat maut cabut nyawa kau," Alora memandang sinis kepada suaminya.

"𝐈𝐬 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐨𝐤𝐚𝐲? 𝐈𝐬 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐚𝐧𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐛𝐥𝐞𝐦𝐬?" Setelah sekian lama jurugambar itu memerhatikan kelakuan pelik sepasang raja sahari itu akhirnya menegur.

Mereka menoleh ke arah jurugambar lelaki itu,"𝐍𝐨,𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐬 𝐟𝐢𝐧𝐞. 𝐌𝐲 𝐰𝐢𝐟𝐞 sakit kaki sebab pakai kasut tumit tinggi lama sangat," Ayyash mula menutupi kelakuan buruk pasangannya. Tidak semena-menanya,Alora turut memeluk erat pinggang Ayyash bagi menambahkan lagi tektik kotor mereka.

"Kalau nak menipu sekalipun, biar kerja tu kasi 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐧,Alora Aayana." Alora memandang pelik kearah Ayyash yang baru sahaja berbisik ke telinganya.

Apa maksud lelaki didepannya ini? Bila dia melihat seluruh tubuh badannya,tahulah dia bahawa dia sedang memegang perut dan bukannya memegang kakinya. Adeh!

"Kenapa muka merah-merah ni? Nak cendol?" Semakin galak Ayyash mengenakan Alora Aayana. Sepantas kilat 'ketam' milik Alora selamat mendarat ke pinggang suaminya.

Jurugambar itu sempat mengambil gambar Ayyash Aulian yang sedang ketawa bersama Alora Aayana yang sudah cemberut mukanya.

...

"Esok kita balik rumah," ujar Ayyash Aulian setelah beberapa jam mereka sudah berada dirumah keluarga Ayyash.

"Balik mana? Rumah umi? Tu bilik aku dan tu rumah mak aku bukan rumah kau," Alora menunding jari ke arah Ayyash yang sedang menyusun bajunya ke dalam bagasi pakaian.

"Rumah mak mentua saya,"

"Aku tak iktirafkan kau sebagai menantu mak aku,"

"Tapi Allah dah iktirafkan kedudukan saya di sisi awak dan Allah dah iktirafkan saya terlebih dahulu sebelum awak layak nak iktirafkan saya sebagai menantu mak awak. Sejak azali takdir saya dah memang disini bersama awak," ayat terakhir hanya diucapkan secara perlahan. Dia tidak mahu pergaduhan bagai kucing dan anjing berlaku diantara mereka.

"𝐖𝐨𝐰! 𝐒𝐢𝐧𝐜𝐞 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮'𝐯𝐞 𝐛𝐞𝐜𝐨𝐦𝐞 𝐚 𝐦𝐮𝐟𝐭𝐢?" Alora menghadiahkan senyuman sinis.

"Sejak saya bergelar suami kepada Alora Aayana binti Azmi!" Nada Ayyash Aulian menjadi tegas secara tiba-tiba.

"Dengan ini,saya haramkan awak keluar rumah tanpa keizinan saya kecuali di halaman rumah,saya haramkan awak tinggikan suara awak kepada saya SEBAB saya suami kepada Alora Aayana,saya haramkan awak berbual kosong dengan lelaki yang bukan mahram tanpa sebab yang kukuh dan SAYA HARAMKAN awak berkelakuan macam manusia yang tidak mempunyai agama seperti sekarang!" rahang Ayyash Aulian sudah naik turun.

"Kau fikir kau sape nak arah-arahkan aku!" Tidak semena-mena Alora Aayana menjadi berang.

"Ulang balik ayat awak tu. Kau fikir aku sape? Saya ni suami awak. Tak boleh ke awak hormat saya walaupun kita tak pernah jatuh cinta, tak boleh ke awak buat macam tu?" suara Ayyash Aulian sudah kembali kendur.

"Kau tahu tak kenapa aku tak boleh nak hormat kau? Sebab kau tak pernah ada dalam hidup aku!"

"Belajar. Belajar mencintai saya walaupun sukar,belajar menerima takdir. Walaupun saya tak terpahat dalam hati awak tapi,belajar menerima dan awak akan nampak hasilnya."

"Aku tetap tak akan terima kau dalam hidup aku,Ayyash Aulian!" Suara Alora Aayana memenuhi ruangan bilik tidur Ayyash.

"Paksa mahupun rela awak tetap kena ikut saya. Muktamad!" Ayyash lekas keluar dari bilik itu kerana dia sudah tidak mahu berbalah dengan isterinya akan hal yang remeh-temeh.

Nasib dirinya apabila saat ini,semua ahli keluarganya tiada dirumah atas urusan. Nasib sudah dikandung badan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Ayyash AulianWhere stories live. Discover now