Prolog

28 1 0
                                    

"CLEMIRA?" Matanya berkaca memandang Doktor Hashim.

"Maafkan saya, inspektor. DNA mereka sepadan." Bahu Inspektor Ilham digenggam kuat lalu ditepuk perlahan. Ada keluhan halus di bibirnya.

Inspektor Ilham terduduk lemah di situ. Kolam mata yang sudah bergenang melimpahkan air mata. Bahunya terhinggut-hinggut. Sesekali terdengar dia menarik hingus.

"Maafkan saya." Doktor Hashim menoleh pula pada Inspektor Hasni.

"Terima kasih, doktor." Inspektor Hasni berjabat tangan dengan Doktor Hashim sebelum doktor itu meninggalkan mereka.

"Ilham..." Dia duduk di sebelah Inspektor Ilham. Mulut terbuka, mahu memberi semangat. Namun lidah menjadi kelu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi dia sendiri merasa terpukul dengan berita itu.

"Ini barang-barang Cle yang dijumpai di tempat kejadian." Inspektor Hasni menghulurkan barang-barang yang telah disatukan di dalam plastik putih. Inspektor Ilham membawa barang-barang yang diserahkan itu ke dalam pelukan.

"Aku akan pergi menemui keluarga Cle..."

"Tak, biar aku sendiri yang beritahu mereka." Inspektor Ilham menyapu air mata. Rambutnya yang kusut dibetulkan semula. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan.

"Sampai ke lubang cacing aku akan cari pembunuh Cle. Pembunuh Cle perlu tahu, ada orang yang sedang berdendam dengan mereka." Giginya diketap kuat.

Novel Persis Oleh Ema DeesyiaqisWhere stories live. Discover now