Adam x Hawa 2

3 0 0
                                    

Pagi itu macam biasa. Bangun pukul 6 lebih. Memandangkan kita berada di asrama dan juga merupakan seorang senior, meh lah kita tunjukkan contoh yang terbaik buat adik-adik ye.

Solat subuh ditunaikan. Selesai sahaja, Al - Quran diambil lalu Surah yassin dialunkan. Tenang..

Pukul 7, semuanya beres. Perut berkeroncong minta diisi. Cawan diambil lalu water dispenser dituju di aras ground.

Air milo dijadikan pilihan. Plastik biskut Tiger diambil berperisa coklat. Buat alas perut.

🌺🌺

"Akak.."

Hawa memalingkan wajahnya. Kelihatan Shahida memandang dirinya.

Hawa menaikkan keningnya menandakan apa.

"Akak taknak pergi cafe ke? Saya lapar lah". Sengihan kecil ditunjukkan. Hawa berfikir sejenak. Jam ditelefon ditilik.

Patutlah lapar, dah pukul 11 pagi rupanya. Hawa kemudian memandang wajah Shahida lalu dianggukkan.

"Jom lah siap-siap. Pergi cafe. Saya pun lapar ni".

Dengan hati riang mungkin, shahida pun berjalan kearah locker nya lalu bersiap. Hawa juga bersiap ala kadar. Malas nak tukar baju lengan panjang, cardigan kelabu diambil lalu disarungkan pada tubuh. Tudung dipakai lalu stokin juga dipakai. Ditilik semula, tutup aurat sudah semuanya.

Cafe mana nak pergi ni?
A? B? C? D?

Tengok lah dulu..

🌺🌺

"Akak selalunya pergi cafe mana? Yang best ? Portion banyak tapi harga berpatutan?". Soal shahida.

Hawa berfikir sejenak. Kalau A, nasi boleh tahan lah. Lauk pun okay sahaja. Cuma kena belek-belek ayam sikit sebab ada orang bagitahu ayam yang diorang goreng tuu mostly tak masak. Cafe B pulak, nasi sikit je. Lauk pun hmm bagi aku, kena minta lebih. Kalau tidak, sikit je lauk dia kasi.

Okay, cafe C. Nasi banyak wooo. Lauk dia suruh amik sendiri. Boleh pilih banyak mana nak ambil. Harga pun okay dengan portion lauk diambil. Cafe D, boleh lah jugak. Tapi sebab aku memang dah dikenali dengan akak-akak cafe D, jadi diorang akan bagi nasi lebih lah HAHAHAHHA.

okay done berangan.

"Cafe C lah?". Shahida angguk.

Sesampai sahaja disana, sudah ramai yang beratur untuk membeli nasi. Ya ampun, semua lapar ni nampak gayanya. Terus sahaja Hawa menarik lengan si Shahida lalu terus beratur. Lambat-lambat nanti kang lambat dapat nasi.

"Berapa harga nasi sebungkus kak?"

"Selalunya 4 ringgit je. Tak naik harga kut. Harga student je".

"Akak selalunya beli dekat cafe mana sebelum ni?".

"Selalunya beli cafe sini lah. Lagipun C dengan D kebanyakannya dah kenal orang. Jadi, boleh lah minta nak nasi lebih. Mudah". Shahida hanya mengangguk lalu dia memandang sekeliling cafe itu. Hawa pula meliarkan pandangannya mencari rakan sekelas dengan dia semasa sem 1 dan 2.

"Hawa.." bahu Hawa dicuit.

"Eh Awaa". Najwa atau lebih dikenali awaa menayangkan senyuman lebar.

"Saya lah ni baby. Baby apa khabar?". Hawa tergelak dengan soalan awaa.

Memang kami dikatakan rapat jugak. Masa kenal dulu, cakap sopan je weh. Bila dah kenal lama, mula lah keluar perkataan sayang, baby, kakwaa, adik Hawa. Benda tuu menjadi biasa buat Kami berdua.

Takdir Yang Sempurna || OGWhere stories live. Discover now