"Sofeah".
"Hm".
"Dah makan?".
Tak, kalini aku tak merajuk. Cuma dia saja nak tanya. And yes, harini aku balik dengan dia. Pergi kolej tadi pun dengan dia. Sebab dia bermurah hati nak hantar. Heh.
BUT THE PROBLEM IS....!!!
Aku belum sempat makan! Tadi berlambak kerja belum siap, sampai tak sempat nak makan tengahari. Sarapan pun aku jamah roti bakar je tadi. Dan sekarang, dah masuk pukul 4 petang.
Nak tipu ke tak eh?
Tipu sunat en?
"Dah. Dah makan". Aku ni memang tak pandai menipu sejak azali lagi.
"Makan apa? Cuba bagitahu saya, Sofeah makan apa?". Tenang sahaja dia bertanya. Aku yakin 200% yang dia dah tahu aku menipu.
Aku diam.
"Saya--".
"Nak tipu saya lagi ke?". Dia jeling aku sekilas.
"Taknak...".
"Kita balik rumah umi sekarang". HUWAAA MESTI NANTI DIA MENGADU DEKAT UMI DIAAAA!
Kalau nak tahu, Shahmi ni anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Jadi, semua benda dia akan cerita dekat umi dan abi dia.
🦋
"Makan la Sha. Umi nampak, macam tak jamah pun nasi tu. Kenapa ni Sha? Umi masak tak sedap ke?". Lah umi ni. Kita ni terasa sebab Shahmi marahkan kita. Bukan sebab umi laaaa!
"Tak, umi. Umi masak sedap. Cuma Sha takde selera".
"Kenapa? Shahmi marahkan Sha ya?". Umi pula macam nujum pak belalang, bijak meneka.
Terus aku tertunduk. Maluuuu!
"Mi...". Meleret umi memanggil namanya.
Terus Shahmi angkat kepala.
"Explain".
"Dia tak makan daripada tengahari tadi. Mana Mi tak marah, umi?". Serius kedengaran. Bereaksi. Banyak perkataan. 100 markah untuk Shahmi Haqiem, suami saya!
"Tak perlu la marah sampai kawan tu tak selera makan". Abi menjeling di balik kaca matanya itu.
"Dah la, Sha makan ya nak? Penat umi masak sedap-sedap untuk Sha ni".
Nak tahu umi masak apa?
Umi masak ketam masak lemak, kegemaran aku.
🦋
"Salam". Aku hulur tangan lepas solat berjemaah bersama dia di rumah umi itu. Yang lain, pergi solat di masjid. Shahmi tak ikut sebab nak jaga aku yang tak larat ni.
Dia sambut huluran tangan aku.
Al Quran dicapainya dan terus dia buka muka surat di mana terletaknya Surah Yusuf.
Baru sahaja dia mula nak baca....
"Shahmi...".
Tapi dia palau aku!
"Shahmi... dengar la sini....".
Tetap dia palau aku!
"Saya nangis kang". Aku ugut dia.
"Apa?". Baru la dia respon.
"Saya minta maaf". Dengan tak semena-mena, aku peluk dia.
"Sofeah salah apa?". Soal dia tegas.
"Saya tak makan tengahari. Saya buat umi marahkan Shahmi. Saya tak jaga baby kita baik-baik". Semakin kemas pelukan ku kepadanya.
"Saya maafkan. Lain kali, jangan buat lagi. Kesian dekat Sofeah dan kesian dekat baby kita juga. Hm?".
"Okayyy. Shahmi dah tak marahkan saya?".
"I can't resist that. You're too cute for me to be angry at".
"Yayy! Sayang Shahmi!".
"Okay".
OKAY JE?! CEH!
YOU ARE READING
Little Precious Love ||©
Romancewriting this simple short story because im bored. inspired by the my fav short story authors @suyaplums and @oddish on wp <3 🌟 Shahmi Haqiem, si introvert. Blur. Act of service type of person. Handsome. Soft spoken. Shahmi Haqiem peminat aku sejak...