Kejadian pancake hangit zaman sekolah menengah...
🥞
Aku rasa festival riuh dengan suara aku je daripada tadi. Festival apa? Hari kantin. Aku jual apa? Pancake.
Riuh kenapa? Riuh sebab aku sebenarnya tak pandai masak benda alah ni! Aku sebenarnya patutnya sesungguhnya jadi jurujual sahaja. Lepastu kawan aku yang ikut menjual sekali ni sakit perut pula. Dia tinggalnya aku berseorangan dekat booth ni. Memang kalut lah aku.
"Aku nak buat apeni? Aduh...". Riuh aku gelabah sorang-sorang. Nasib baik lah pelanggan tak muncul lagi. Mungkin sebab masih awal kut. Aku harap kawan aku tu tak lama sangat lah membuang. Karang aku yang buang kedai dia ni karang.
"Sofeah".
Okay.
Cop.
Aku tarik balik kata-kata aku tadi.
Ada pelanggan lah gila!!! Aku sumpah tak tahu nak buat apa. Jadi aku hanya bergerak ke sana ke mari sampai lah pelanggan itu memanggil nama aku sekali lagi.
"Sofeah?".
Eh jap, dia panggil nama aku? Dia kenal aku ke?
Bila aku angkat aje muka aku melihat wajah si pelanggan...
"Sh-shahmi?".
Dia angguk sekali.
Lah, boyfriend aku rupanya...
Hm...
Dia angguk sekali.
MAT LAGI LAH PANIK!
"Shahmi buat apa dekat sini?". Aku tanya sambil garu-garu aku punya kepala yang berlapik tudung itu.
Untuk menjawab soalan aku tu, dia tunjuk not lima ringgit di tangannya dan gambar pancake ber-toping strawberi + coklat yang ada di banner booth kami itu.
"N-nak pancake?". Mak ai, sampai tergagap-gagap aku dibuatnya. Takut punya pasal lah ni? Aku ni bukan reti pun buat benda ni. Macam mana kalau tak sedap lepastu terus dia putus dengan aku nanti sebab aku tak pandai masak?
Okay, aku overthinking.
Shahmi angguk lagi.
"Tunggu kawan saya sekejap, boleh?".
"Kenapa?". Shahmi menaikkan sebelah daripada keningnya. Wajah kepelikan. Wajah yang macam nak kata, 'kenapa nak tunggu kawan kau pula?'.
"Erk...".
"Saya nak Sofeah yang buatkan". Okay, aku takut dengan Shahmi ni. Ni ayat paling panjang yang pernah dia tuturkan minggu ni. Dia sengaja habiskan kuota perkataannya. Bermakna dia betul-betul serius.
"Sekarang?". Aku tanya lagi dalam keraguan dan Shahmi mengangguk.
Gulp!
Mak! Ayesha takut!!!
Aku pun berlagak tenang sebelum perlahan-lahan aku sendukan sesenduk adunan pancake lalu diletakkan ke atas kuali leper yang sudah panas itu.
YOU ARE READING
Little Precious Love ||©
Romancewriting this simple short story because im bored. inspired by the my fav short story authors @suyaplums and @oddish on wp <3 🌟 Shahmi Haqiem, si introvert. Blur. Act of service type of person. Handsome. Soft spoken. Shahmi Haqiem peminat aku sejak...