33

1K 65 2
                                    

Kisah nya, Shahmi keluar tadi sebab nak pergi main futsal dengan kawan-kawan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kisah nya, Shahmi keluar tadi sebab nak pergi main futsal dengan kawan-kawan dia. Release tension lah katakan selepas seharian penat bekerja.

Dia dah ajak aku mula-mula, lepastu aku malas ikut. Dia juga dah pesan supaya jangan ganggu dia. Ceh! Tapi aku ganggu juga MUAHAHAHHAHAHA! Jahat kan aku?

Sebenarnya, aku bosan dan lapar je. Bosan sebab takde dia. Biasanya aku ikut je dia pergi mana-mana, harini terasa malas lah pulak. Natijahnya, aku tengah bosan dan TERbuat perangai hihi.

Nampak tak 'K' tu? Maknanya, dia dah pasrah dengan isteri dia yang annoying dan grumpy ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nampak tak 'K' tu? Maknanya, dia dah pasrah dengan isteri dia yang annoying dan grumpy ni. Kesian Shahmi kan? Tulah, siapa suruh kahwin dengan aku. Heh.


15 minit kemudian,

"Nah". Dia hulur sebuah plastik berisikan barang-barang yang aku pesan tadi. Lengkap semuanya.

Aku tengok dia atas bawah, atas bawah sebelum ambil plastik tu daripada tangan dia.

MashaAllah, handsome gila suami kitaaa! Dia pakai jersey pink futsal dia tu. Lepastu dekat belakang tu ada nama dia, 'Shahmi'. Dipadankan pula dengan seluar trek panjang bewarna hitam. Jersey pink tu menyerlahkan lagi warna kulit dia yang sudah sedia ada putih tu.

Dia yang pelik tengok aku, tengok dia macam tu, terus angkat kening. Ha, itu maksudnya, 'kenapa?'.

"Terima kasihhh! Dah, pergi lah main futsal balik".

Bukannya, nak keluar rumah, sebaliknya dia baringkan kepala dia ke atas riba aku sambil menutup mata. Sebelah tangannya diletakkan ke atas dahi.

"Cancel".

"Kenapa?".

Lepastu dia buka telefon dia dan tunjuk conversation kitorang tadi.

"Ala... Saya main-main je. Shahmi marah ke?".

Dia geleng sekali.

"Hmm kalau macam tu, Shahmi sayang saya tak?".

Dia angguk sekali.

Kalau tak sayang, takdenya dia sanggup balik nak layan karenah biawak hidup kau ni, Sofeah!

"Banyak mana?".

Diam.

"Eee, jawab laaa".

Dia geleng.

Heh! Malas nak buka mulut lah tu!

"Malas kawan dengan Shahmi--".

"Cuba diam sekejap, Sofeah. Saya nak tidur. Boleh?". Dia bertanya perlahan.

"Oh eh? Maaf bang jago...".

"Dodoi kan".

Mengada!

Dan malam tu, dia akhirnya duduk dekat rumah je. Teman aku. Tengok movie dan makan aiskrim! Hehehehe....

.

Nah, untuk sesiapa yang rindukan Shahmi & Sofeah.

Little Precious Love ||© Where stories live. Discover now