TIBA sahaja di depan bilik yang dimaksudkan oleh Alia tadi, Nabila terus memulas tombol tersebut "Macam mana kea..." Terkunci mulut Nabila apabila mendapati budak lelaki yang dia cari tidak keseorangan di dalam bilik itu.
"Err encik ni siapa ya?"
Lelaki yang berada di sisi katil budak lelaki itu hanya memandang Nabila sekilas sebelum menjawab "His father. Is there any problem miss?"
Dahi Nabila berlapis, ayah budak lelaki ni? Yang depan dia tadi, hantu?
"Tapi... bukan ke ayah budak ni sud..." Mulut Nabila terus terkunci apabila mata lelaki itu memberikan pandangan membunuh kepadanya.
Kalau pandangan lelaki itu ditukar sebagai sebilah pisau, nescaya dirinya sudah tidak bernyawa.
Lelaki itu bangun daripada duduknya "If I'm not mistaken, a doctor must not interfere in the patient's affair, isn't? Jadi kau nak aku failkan report ke?" Nabila memandang lelaki itu dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Walaupun ini kali pertama pertemuan mereka, Nabila sudahpun memendam perasaaan benci terhadap lelaki itu.
Dasar lelaki semua sama.
"Dah siap?" soal lelaki itu.
"Huh?" Nabila memandang lelaki itu, ternyata lelaki itu bukan bercakap dengannya akan tetapi dengan budak lelaki tadi.
Budak lelaki itu mengangguk kepalanya sebelum perlahan-lahan menuruni katil pesakit.
"Eah nak pergi mana ni dik?" Kalut Nabila menyoal apabila melihatnya.
"Rumah." Sepatah lelaki yang bersama budak lelaki itu menjawab.
"Tapi dia kena dirawat dan kena stay dekat hospital untuk dapatklan rawatan yang lebih lanjut encik." Nabila mendepakan tangannya, menghalang dua figura itu daripada meninggalkan bilik tersebut.
"Are you gone mad, Miss Doctor?" Nabila sudah tidak kisah dipanggil gila sekalipun, budak lelaki itu kena stay dekat sini, noktah!
Lelaki itu mengetap giginya, geram dengan Nabila mungkin "Step aside, Miss Doctor. I don't want to use violence since you are woman."
Tapi Nabila masih berdegil "No! that's kid must stay here. Just follow my instruction, Mister Rock Head."
Lelaki itu meraup wajahnya "Oh God! This stubborn little girl. Listen here..." Lelaki itu membuka langkah mendekati Nabila sebelum wajahnya menunduk "I want..." kata-kata lelaki itu terhenti apabila terhenti saat Nabila mengangkat wajahnya menentang wajah lelaki itu.
'Oh shit.'
Lelaki itu mendengus, sebelum kembali ke kerusi yang dia duduki sebentar tadi "Asyraff, unpack your things. We will stay here until this little kitty satisfied!" rahang Nabila terjatuh apabila melihat budak lelaki itu mendaki katil pesakit sebelum berbaring kembali seperti tiada benda yang berlaku sebentar tadi.
"Puas?" soal lelaki itu.
Nabila tayang senyuman kemenangan "It would be better if you listen my words earlier."
Dan lelaki itu hanya tersenyum sinis "Kalau benda ni tak terjadi, I would not recognise you my... little kitty..." Nabila hanya dengar tidak dengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Yang dia tahu sekarang budak lelaki yang bernama Asyraff itu akan stay sehingga dapat rawatan yang cukup.