Chapter 1

4 0 0
                                    

Suasana di lapangan terbang yang dipenuhi dengan ramai pengunjung samada pelancong atau tempatan. Turut, disertai dengan dua orang jejaka yang berjaya menarik perhatian para wanita yang berada disekitar itu.

"Man...... too many eyes here." Kata lelaki yang rambutnya perang gelap itu dengan gaya yang ala-ala artis. Lelaki disebelahnya hanya menjulingkan mata ke atas melihat perangainya. "Jangan nak mengada sangat. Aku hempuk jugak kang." Katanya dengan ura-ura mahu memukul kepala lelaki itu.

"Hihihi jangan marah-marah. Kita baru sampaikan. Eh, by the way, diorang dah tahu ke kita dah sampai ni?" lelaki yang berambut hitam itu mengeluarkan telefon pintar miliknya. "Dah. Aku dah inform diorang awal-awal. Lagi pun malam ni event kan? So aku dah ingatkan diorang. Aku taknak nanti kelam-kabut." Panjang penerangannya.

"Adik kau yang lagi sorang tu?" lelaki itu hanya senyap sahaja. "Eh! Diorang dah sampai. Jom." Lalu mereka bereda.

.................................................................................................................................

Sementara itu, "Lil, malam ni kita kene gerak." Sambil menghulurkan barang. "Ha? Kata esok....." balasnya. "Tak jadi." Dan terus berlalu. "Halah-halah...." lalu bangun dengan malasnya.

.................................................................................................................................

Kediaman yang mewah itu dipenuhi dengan jemputan ke majlis yang diadakan. "You know, I and the master of this residence are close." Kata seorang wanita A dengan lagaknya. Sampuk satu suara, "Huh, me and the young master are good friends from the same university. Kau ada?" yang tidak mahu mengalah. Mereka bertentang mata dengan amarah.

Namun, selepas itu, mereka berpaling selepas mereka mendengar pengumunan. "Ladies and Gentlemens, please welcome Mr. Adrian Knight and his friend Mr. Ethan Harrington! Welcome back home!" dengan itu mereka keluar dari kereta dengan disambut dengan tepukkan sangat gemuruh. Adrian dan Ethan hanya senyum dan tunduk sedikit tanda hormat dan berlalu.

Sedang Adrian leka dengan tetamu, datang dua orang yang seiras. "Balik dah tak ingat adik sendiri ke?"tegur salah seorang kembar itu.

"Well, aku dah jumpa kau kat airport kan? Nak jumpa lagi buat apa?" selamba saja jawapan Adrian. "Cis! Menyesal aku jemput kau." Kata lagi sorang.

"HEY! Long time no see you guys!" kata Ethan dengan ceria. "Hey to you too." Jawab mereka dengan nada yang mengejek. Adrian hanya menghirau lalu bertanya. "Isaac, Iskan, mana adik?" dari tadi tidak nampak. "Tah. Dia kata ada hal pastu terus datang sini." Kata Iskan.

"Hal? Hal apa?" pelik Adrian. Dia yang dah lama tak balik tak nak tengok ke? Ada seorang lalu dihadapan dan berhenti. Adrian melihat gerangan tersebut. "Tadi bukan dia kata nak jumpa sini ke?" bisik gadis tersebut.

Adrian berdehem sedikit untuk menarik perhatian gadis dihadapannya ini. Gadis tersebut terus menoleh belakangnya dan melihat Adrian yang sedang memeluk tubuh. Gadis itu hanya memberi pandangan yang kosong.

"Well, well, well. What we got here?" Entah dari mana Ethan datang sebelah Adrian bersama kembar. "...I'm home." Hanya itu yang diperkatakan pada gadis itu. "I see you come home perfectly. Alhamdulillah." Dan senyap.

Kembar sudah gelisah apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk menghentikan keadaan tersebut. Ethan yang tidak memahami terus saja menanya "What your name, Love?" dengan suara yang sengaja digodakan. Isaac terus menyiku Ethan kerana tidak membaca situasi. "What?" dengan tidak bersalahnya.

Baru sahaja Adrian mahu membuka mulut, datang seorang lelaki. "Lil" dan mengangguk kepala kepada gadis tersebut. Gadis tersebut berlalu pergi. Ethan yang melihat gadis itu pergi, mendekati Adrian.

"Tough..... I like it. What's her name?" Adrian hanya menjawab dengan malas. "Miera" Ethan hanya angguk-angguk kepala "Miera..... just Miera?" "Miera Knight" "Ooooo" hanya itu sahaja yang dibalas oleh Ethan. Macam pernah kudengar nama ini. Dimana ya? Terus terkaku Ethan. Memandang Adrian dengar raut wajah yang terkejut. "Miera Knight?! Your sister?!"

Date: 21stWhere stories live. Discover now