'Senang je kalau kau nak cam Andrean Lucas. Kalau dia ada berdekatan, kau akan rasa bulu roma kau berdiri tegak. Rasa seram. Sejuk tiba-tiba walaupun cuaca tengah panas. Jantung kau berdegup kencang. Dada kau tak tenteram. Hati kau gelisah.'
Tria ingat kata-kata Nada. Dan semua itu sedang berlaku pada dirinya. Tiba-tiba bulu roma berdiri tegak. Dia rasa seram sejuk. Tengah enak santai di gazebo, tiba-tiba jantung berdegup kencang. Spontan kepala meliar ke sekeliling.
Cuba ushar orang. Tapi, kosong je rumah. Tak ada sesiapa. Mahligai agam ini kosong. Tarik nafas, hela panjang. Tria bingkas bangun dan atur langkah ke dalam rumah. Saat yang sama, dia mencari kelibat mama. Tapi, tak kelihatan.
Berdiri di tengah ruang tamu, kepala dongak ke tingkat atas. Di mana, bilik Andrean Lucas terletak. Mama dah pesan jangan masuk dalam bilik tu. Tapi harini, hati dia tergerak nak tinjau bilik itu.
Tak sedar, kaki mula menapak ke tingkat atas. Perlahan-lahan melangkah ke bilik paling hujung. Dan-dan dada dia dihempas debaran maha hebat. Semakin dekat, semakin kuat jantung berdegup. Seakan ada ribut yang menghempas alam.
Sekilas, dahi dia berkerut. Pintu bilik terbuka sedikit. Sedangkan selama ini, terkunci rapat. Berani kan diri, Tria cuba mengintai. Sebetulnya, dia takut. Tapi hati meronta ingin tahu apa yang ada dalam bilik tu. Sebab tu dia tetap degil walaupun dah dilarang.
Kepala didekatkan ke pintu, dia cuba mengintai. Bulat mata dia saat melihat sekujur tubuh sasa sedang berdiri tegak. Kalut simpan sesuatu. Dia tak nampak sangat sebab gelap. Si lelaki pun sama, pakai all black sampai dia tak boleh nak duga siapa.
Cuma dari bentuk badan tu, tinggi dan sasa. Kalau nak jadi model tu, lepaslah. Dari belakang pun dah kacak. Belum lagi tengok depan-depan. Tria berbicara sendiri. Bibir mengulum senyum.
Tengah kalut simpan 'barang', hati rasa sesuatu. Tangkas Andrean berlari ke pintu dan cengkam leher seseorang.
"Aaaaaahh.." Suara perempuan menjerit, tubuh ditolak rapat ke dinding.
"Who are you?!" Kuat suara Andrean menjerkah, begitu juga cengkamannya.
"Sa..sa..sakit. Can't breath." Lengannya ditampar berkali-kali. Si gadis pucat lesi, cari nafas.
"Who are you?!"
"A..a..adik you. Adik angkat you." Tersekat-sekat suara Tria.
"Nonsense! Bila masa aku ada.."
"Andrean Lucas!!!" Saat itu juga namanya diseru lalu tubuhnya ditolak kuat. Terlepas cengkamannya.
"Mama?!"
"Kau ni gila ke? Nak bunuh orang ke?"
Terpempan Andrean tengok mama memeluk si gadis yang cuba ceroboh masuk biliknya.
"Who's that girl, mama?!"
"Adik kau!"
"Sejak bila Andrean ada adik?"
"Anak angkat mama. Tria. Her name is Tria. Your adopted sister."
"The heck? Berangkat-angkat bagai? Tak cukup lagi Andrean jadi anak mama?" Nafas dihela kasar. Andrean mendengus kuat.
"Kalau Andrean sentuh dia, siap! This is warning."
Terkedu Tria. Suara mama lagi nyaring berbanding lelaki depan mata. Dan si lelaki garang sedang kalah dengan ugutan mama.
"Get out." Menjerkah.
Terangkat bahu Tria.
"Get out of my room! Sekali lagi anak angkat mama ni masuk dalam bilik Andrean, dia keluar bilik tanpa bernyawa!" Mengugut. Suara sekuat halilintar.
Gulp! Tria teguk liur. Tanpa bernyawa? Takkan kut?
"Get out!"
Laju Tria bukak langkah berlari keluar. Pucat lesi muka. Dia masih sayangkan nyawa sendiri.
"Jangan masuk bilik dia lagi." Pesan mama padanya pulak.
Kering tekak Tria. Dada berdebar kencang. Aura Andrean lain macam. No emotion. No affection. Unfriendly. Unsympathetic.
"She's what?" Suara Andrean kuat menyapa. Papa hanya tayang wajah bersahaja.
"Anak angkat mama."
"Tak cukup dengan Andrean sorang ke?"
"You know mama.. perempuan tu macam.." jeda. Papa nampak serba salah.
"You know.. arwah adik."
Andrean mendengus kuat. Dia keluar bilik. Nampak je si gadis di anak tangga, dia terus mendekati lalu merentap tangan si gadis.
"Aaah.." Tria menjerit. Serentak tubuhnya ditolak ke palang tangga. Wajahnya dicengkam, pusing kiri kanan.
Membulat kelopak mata bila tengok Andrean. Terus kecut perut dia.
"Aku tak tahu apa niat kau masuk dalam rumah ni. Tapi, kalau aku tahu kau spy, kau akan mati ditangan aku!" Mengugut.
Menggigil bibir Tria. Tak berani dia nak tolak tubuh mafia itu. Dan si mafia, jauh lebih sasa.
"Dan kau takkan pernah jadi adik aku!" Menjerkah. Muka dia ditonyoh.
"Never!" Sepatah. Andrean berlalu dengan renungan tajam. Automatik lututnya lembik. Tria jatuh terjelepok di anak tangga dengan tangan serta bibir menggigil halus.
YOU ARE READING
Andrean Lucas : The Heartless Mafia
RomanceAndrea Lucas. No emotion. No affection. Unfriendly. Unsympathetic. The heartless Mafia. Auranya lebih kejam. Diam dia, misteri. Tiada siapa mampu meneka emosinya. "Do you think I'm easy person?" Lucas Adrea Awalnya, dia tak mahu masuk campur. Kisah...