Walaupun suka, dia sebolehnya mengelak dari bertemu dengan Andrean Lucas. Pasal hati dia jadi tak sihat bila tenung ke dasar mata tu. Tapi, mama ni macam nak dekat-dekatkan dia dengan Andrean pula.
Suruh panggil ajak makan pulak dah! Macamlah Andrean tu nak makan sekali. Hampir sebulan dia duduk dekat rumah ni, sekali pun mereka tak pernah makan bersama.
"Pergi panggil dia." Mama bersuara lagi. Tria dah cebik bibir. Terus kecut perut Tria. Teragak-agak nak pergi. Tapi, terpaksa juga. Mana dia berani melawan cakap mama. Langkah kaki terus diatur.
"Dia dekat bilik gym."
Ya. Dan sekarang dia ada depan gym. Tengah curi-curi pandang Andrean angkat berat. Timbul segala biceps, sixpack. Boleh buat jantungnya terhenti.
Gigit jemari, Tria tak berani bersuara. Nak ajak makan? Nak pandang pun dia takut. Liur ditelan. Dia berkira-kira nak panggil. Tapi...
Ah! Malaslah! Dia pusing semula tubuh.
'Mama ada benda nak bincang dengan dia. Penting.'
Kaki terpasak ke bumi. Dia teringat kembali ayat mama. Hati jadi serba salah. Kang kalau tak panggil, dia kena maki. Kalau masuk bilik gym, dia kena bunuh. Fikir punya fikir.. dia masuk gym.
Bertaut pandang dengan mata Andrean, spontan jantung terhenti sekejap. Automatik dia pusing tubuh.
"Mama panggil nak bincang something. Katanya penting." Lepas dia cakap macam tu, dia buka langkah.
Tapi, tubuhnya tiba-tiba terbang ke udara. Mendadak dia menjerit. Andrean dah cempung tubuh dia. Sama seperti semalam.
Lalu dia turun, dia naik, dia turun. Buat squad dengan jadikan tubuh dia sebagai beban. What the???
Belum sempat dia mengamuk. Dan-dan tubuh dia dilempar ke lantai. Setelah digunakan sebagai 'beban' gym! Sama jugak seperti semalam! Andrean lempar dia macam barang.
"Don't come near me! Understand?" Amaran sinis. Bibir senget.
"You ingat I suka ke jumpa you? Kalau bukan sebab mama, I tak hinginlah jum..." serta merta bicara mati.
"Did you talk to me?"
I'm dead meat. Mampus aku! Gulp! Dia telan air liur. Andrean mara, Tria berundur. Guna tangan dan kaki. Dan-dan Andrean duduk mencangkung depan dia. Dengan kedua-dua belah tangan atas paha. Renungan tajam tepat ke dasar mata.
"Sejak kau ada dalam rumah ni, aku rasa serabut. Mood aku sentiasa marah. Aku rasa macam nak bunuh orang. Darah amarah tu membuak-buak nak bunuh orang."
Gulp. Tria berundur lagi. Spontan Andrean pegang kaki dia. Terus membulat kelopak mata. Jantung terus berdegup kencang. Dengan orang macam ni ke kau jatuh cinta, Tria? Really? Dia soal diri sendiri.
"So, pastikan aku tak nampak kau dalam rumah ni. Faham?"
Laju Tria angguk sambil pejam mata. Dia pejam mata sampai Andrean keluar bilik. Bilik pintu tertutup rapat, barulah dia buka mata. Malangnya, Andrean masih ada depan mata! Dia siap tutup pintu bilik lagi.
Automatik Tria berdiri tegak. Terkejut.
"Apa you buat ni, Andrean??" Soal dia cuak bila si abang dah tutup pintu bilik. Namun, wajah Andrean tenang yang dibalut sinis.
Reaksi yang paling dia tak suka. Bibir itu turut senget. Andrean pusing tubuh, buka pintu dan dia terus berlalu keluar.
Sesaat, Tria ternganga. Andrean saja nak takutkan dia? Really?
Bibir diketap geram. Tangan mengepal penumbuk. Ingin saja dia layang ke wajah mafia tu. Dasar menyakitkan hati! Tapi tulah... kalau tumbukan ni melayang. Mesti perut dia kena robek. Tak naklah!
YOU ARE READING
Andrean Lucas : The Heartless Mafia
RomanceAndrea Lucas. No emotion. No affection. Unfriendly. Unsympathetic. The heartless Mafia. Auranya lebih kejam. Diam dia, misteri. Tiada siapa mampu meneka emosinya. "Do you think I'm easy person?" Lucas Adrea Awalnya, dia tak mahu masuk campur. Kisah...