Bab 4

823 31 0
                                    

Selesai shopping, mama hantar dia balik rumah dan mama keluar semula dengan papa. Ada kerja katanya. Tria keluar kereta dengan senyuman lebar. Berjalan ke pintu utama dengan menyanyi kecil. Tangan penuh beg shopping. Macam-macam barang mama belanja sampai dia naik segan. Bimbang nanti orang cakap ambil kesempatan.

Sedang melangkah, tiba-tiba kaki terpasak ke bumi. Jantung dihempas debaran maha hebat. Mata terbeliak luas dengan nafas terasa semput. Dari jauh, dia nampak Andrean, Ayyash, dan juga dua tiga lelaki sedang bersembang di tepi kereta. Andrean menyandar santai di kereta G-wagon miliknya dengan kedua-dua belah tangan dalam kocek seluar.

Ayyash pula berdiri depan Andrean. Dan dua lelaki asing, berdiri kiri serta kanan Andrean. Semuanya berbaju hitam. Seperti aura mereka.

Liur ditelan. Hati mula gelisah. Dia tak kisah sangat kalau mereka bersembang dekat parkir. Masalah sekarang ni, mereka menghalang laluan. Bersembang tengah-tengah alam sampai dia tak tahu nak masuk rumah ikut mana.

Tambahan lagi, semua lelaki itu sedang merenungnya tajam. Seolah-olah dia ada buat salah besar. Tarik nafas dalam-dalam, Tria hembus panjang. Takkan dia nak berdiri tegak sampai mama balik? Cekalkan hati, Tria atur langkah dengan tenang.

Acah tenang sebetulnya. Padahal setiap langkah yang dia atur, terasa nyawa seakan direntap. Jantung macam nak tercabut.

"Who is she?"

Dia dengar ada orang bersuara saat dia melintasi. Yang pastinya bukan Andrean. Semakin cepat Tria atur langkah. Rasa nak berlari masuk ke dalam rumah. Tapi, kaki seakan ada bongkah. Berat gila!

"Who are you?" Dan-dan ada orang menghalang langkahnya. Tubuh tegap berdiri depan muka. Langkah kaki terhenti.

Tria membisu. Pandang Andrean sekilas, si abang angkat hanya senyum sinis.

"I'm talking to you, girl." Si lelaki muka bengis menyoal lagi.

Tria tak membalas. Dia bergerak ke kiri, kemudian berlalu. Tak semena lengannya ditarik. Dan dia merentap kasar.

"Don't touch me!" Jerkah dia kuat. Siap jemari naik menunding lagi. Bagi warning dekat 'budak' Andrean. Mungkin tu gelarannya. Atau bodyguard.

Bertaut pandang dengan Andrea, Tria menjeling tajam. Entah dari mana dia dapat keberanian, dia pun tak tahu. Mungkin sebab mama takde, jadi dia harus pertahankan diri sendiri. Siapa tahu kalau mereka semua ni ada niat tak baik?

"I tak kacau personal life you, jadi bagitahu budak you.. jangan sentuh I sesuka hati."

Hambek kau! Dia siap warning Andrean lagi. Pertama kali selama dia hidup dekat rumah ni. Mungkin sebab terlalu takut, dia jadi berani.

"Go." Sepatah arahan dari Andrean.

"Boss.."

"Let her go." Arah Andrean pada budaknya. Automatik si lelaki berundur. Bagi laluan seperti yang diarahkan.

Tria senyum sinis. Dia berlari masuk ke dalam rumah dan terus panjat tangga. Masuk bilik, dia kunci pintu serapatnya. Tangan naik menyentuh dada.

Fuh! Nasib baik! Tubuh jatuh melorot, dia duduk bersila. Lepaskan rasa gemuruh. Gila! Terasa seperti duduk dalam medan perang setiap kali jumpa Andrean.

Terasa buat sejuta kesalahan walaupun tak pernah buat salah. Rasanya, lama-lama dia akan mati terkena serangan jantung.

Tak perlu bunuh. Dia sendiri terbunuh dengan aura mereka. Macam penyangak! Tapi, memang penyangak pun. Penyangak versi handsome dan kemas. Bingkas bangun, kaki di atur ke balkoni. Dia mengintai mereka dari atas.

Sekali, Andrean mendongak. Automatic pandangan mereka bertaut. Terus kejung tubuh Tria. Nadi berhenti sesaat. Cepat-cepat dia berlari masuk semula ke dalam bilik. Takut nanti Andrean cakap dia mengintip. Tak pasal nyawa dia melayang sekejap lagi.

Tubuh dihempas ke tilam. Dia baring sambil main phone. Gallery dia bukak lalu bibir tersenyum manis. Gambar curi Andrean dia tilik lama. Si abang sedang duduk di kerusi sambil minum air. Santai bertshirt hitam serta jeans. Auuu, handsome!

Tria zoom gambar tu, dia tilik urat yang mekar menjalar ke lengan si abang. Lagi kacak! Rasa nak pecah dada tengok.

Andrean memang handsome. Tersangat handsome sampai tulang rusuk dia bergetar. Over, kan? Tapi tulah kenyataan.

'I think, I fall in love.' Bibir mendesis perlahan sambil senyum lebar.

Dia pusing tubuh, mengiring ke kiri. Telefon di bawa ke dada lalu dia dakap erat. Kalau Andrean tu kerja elok, dah lama dia goda. Malangnya, Andrean tu tak punya perasaan. Nak masuk dekat pun dia takut.

Bangun bersila, nafas terhela panjang. Handphone dia lempar ke tilam. Tangan naik mengurut leher. Tiba-tiba dia rasa dahaga. Tapi, takut nak keluar. Terserempak dengan geng Andrean, mahu dia terkena serangan jantung.

Melompat turun dari katil, Tria curi pandang di balkoni. Kereta si abang dah takde. Begitu juga dengan kawan-kawan dia.

'Oh yeah!" Tria bersorak riang. Dia keluar bilik. Bibir menyanyi kecil melangkah ke dapur. Bila Andrean takde, rumah ni ibarat syurga buatnya anak yatim piatu. Dia boleh buat apa saja. Dia boleh duduk di mana saja yang dia inginkan.

Menyanyi kecil, Tria goyangkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Tekan button coway, dia teguk air dengan rakus. Kemudian, dia tekan sekali lagi. Yang ni, dia nak bawa keluar ke ruang tamu. Menjengket, dia ambil biskut dalam cabinet. Dahi berkerut sambil gigit lidah. Tak sampailah pulak.

Bukan salah cabinet yang tinggi. Salah dia yang pendek. Sudahnya, Tria panjat cabinet dapur melamine untuk ambil biskut dalam cabinet dekat atas. Dia berdiri tegak sambil pilih-pilih makanan.

Nampak biskut bermacam jenis, tiba-tiba perut jadi lapar. Dia jadi tamak. Dia angkut setiap satu biskut yang ada ke dalam pelukan.

"Wow! Really?"

Dan saat itu dia dengar suara garau menyapa. Spontan Tria menoleh. Mata terus membulat dan kaki tersalah landing dek kerana terkejut.

"Aaaahhhhh.." Bibir menjerit lantang, biskut semua sudah terbang ke udara bersama dirinya. Bezanya, dia disambut dan biskut menghempas lantai.

Tangan dia kemas pegang leher seseorang. Automatik mata terbeliak luas. Pantas dia melepaskan pegangannya.

"Andrean.."

"Kau memang suka cari pasal, kan? Who are you, girl?" Suara sedingin salju. Menyoal Tria yang tengah kejung dalam dukungannya.

Liur ditelan berkali-kali. Ingin saja dia nak melompat turun, malangnya cengkaman Andrean begitu kemas. Saling merenung, degupan jantung mula tak sekata. Tambahan lagi, dia nampak urat yang timbul di lengan Andrean.

Lagilah tak keruan dibuatnya. Macam sweet.. tapi sedang membunuh hatinya.

"Tria?"

Buk! Andrean terus melepaskan tubuhnya ke lantai bila suara mama menjamah pandangan.

"Aaaaah..." Bibir mengaduh sakit. Tangan gosok bontot. Rasa sengal. Bukan rendah ye Andrean baling dia ke lantai. Bebola mata naik mendongak, tajam merenung si abang.

Dan Andrean balas dengan senyuman sinis. Kemudian, terus keluar.

"Are you okay?" Mama menerpa ke arahnya. Berkerut dahi mama tengok dia atas dukung Andrean dan juga di lantai.

"Okay."

"Kenapa Andrean dukung Tria?" Soalan mama buat hatinya tak senang duduk sesaat.

"Tadi Tria panjat cabinet. Tersalah landing, Andrean sambut." Senada. Bibir senyum kelat. Wajah membahang. Lagi malu kantoi dengan mama.

"Oh.. okay tak ni?"

"Okay je." Angguk. Mama bantu dia bingkas bangun. Bertaut pandang, cepat-cepat Tria larikan pandangan.

Segan! Entah apa yang mama fikir sekarang ni.

Andrean Lucas : The Heartless MafiaWhere stories live. Discover now