Bab 2

878 33 0
                                    

Su Maria perhatikan leher si anak. Nampak merah, kesan jemari. Sekilas, dia hela nafas panjang. Dia belek wajah ketakutan Tria.

"Are you okay, sayang?"

Tria geleng kepala. Dia tak mampu menipu diri sendiri. Lepas kena cekik tadi, mana mungkin dia okay. Dia hampir mati, kut! Kalau bukan kerana mama, rasanya dia mati di tangan Andrean Lucas.

"Mama minta maaf."

'Tu ke cara sambut tetamu dalam rumah ni?'

Ingin saja dia nak bertanya benda tu, tapi tak terkeluar ayatnya. Bibirnya seakan kelu. Degupan jantung juga masih kuat menghentak dada. Liur ditelan kesat. Setiap kali dia ingat apa yang berlaku siang tadi, tak semena dia jadi panic.

Masih terasa kasarnya cengkaman Andrean di lehernya. Betapa sukarnya dia nak cari oksigen. Dada terasa semput. Pantas dia geleng kepala. Tak nak ingat apa yang dah terjadi.

"Jangan masuk bilik tu lagi. Jangan dekati dia kalau Tria nak selamat."

Tu nasihat ke, amaran? Liur ditelan lagi. Dia tersalah pilih keluarga angkat ke?

"Tria..." gugup. Tunduk, bermain dengan jemari sendiri. Dia cuba cari kekuatan. Dan-dan jemarinya digenggam oleh mama. Angkat kepala, mereka bertaut pandang.

"Tria tak nak tinggal dekat sini, mama." Senafas. Dia genggam semula jemari mamanya. Kepala tergeleng halus. Air mata mengalir ke pipi.

Su Maria nampak terkedu dan serba-salah. Nafas dia tarik dalam-dalam dan hembus panjang.

"Mama tak mampu nak lepaskan Tria. Mama dah anggap Tria macam anak sendiri." Renungannya tepat ke dasar mata si anak.

Suasana sepi seketika. Kelopak mata mama juga bergenang.

"Tria.." jeda. Liur ditelan. Macam mana dia nak cakap yang dia tak nak tinggal dengan abang angkat yang seperti malaikat maut. Setiap kali terserempak, dia rasa seperti nyawanya sedang ditarik dari badan.

Aura dia bukan aura biasa. Aura dia, aura membunuh. Mana dia sanggup!

"Jangan risau pasal Andrean. Mama akan uruskan. Cuma, Tria jangan masuk bilik dia je. Jangan dekati dia. So, takkan ada masalah."

"Mana mama kutip perempuam ni? Mama ni dah kenapa? Sesuka hati bawak orang asing masuk ke dalam rumah!"

Dan-dan saat itu suara garau itu bergema lagi. Nak tergolek jantung Tria dek terkejut. Pantas mereka monoleh ke arah tangga. Andrean... santai dalam kemeja hitam. Lengan baju disingsing hingga ke siku dengan butang atas terbuka luas. Menampakkan dadanya yang bidang.

Tria telan liur. Bukan kerana terkesima dengan badan Andrea. Tapi, renungan tajam yang bisa mematikan degupan jantungnya. Perlahan, dia menyorok di belakang mama.

"Dia adik kau. Bukannya orang asing."

"Siapa dia? Siapa adik beradik dia? Siapa mak bapak dia? Latar belakang dia? Umur dia? Mama dah cek semua tu? Atau mama cuma kutip tepi jalan dan bawak masuk rumah sebab teringin nak ada anak perempuan? Mama tahu tak, kerja mama tu membahayakan kita semua!" Jerkah Andrean Lucas.

Dia yang terasa seramnya. Mata terpejam rapat.

"Mama tahu apa yang mama buat."

"No! Mama tak tahu apa yang mama buat!" Suara si lelaki bergema lagi.

"Andrean.. kita dah bincang benda ni. Jangan maki mama macam tu." Papa menegur. Tria curi-curi pandang.

Si ayah angkat pun sama. Nampak garang jugak. Cuma, masih boleh berbincang.

"Mama tak tahu apa yang mama yang sedang lakukan. Kalaulah perempuan tu spy, hancur kita, papa! Dia tak boleh ada dekat rumah ni. Kalau mama nak sangat anak angkat, Andrean boleh carikan. Tapi, bukan perempuan ni." Jemari tepat ke wajahnya.

Gulp!

Sekali lagi Tria teguk air liur bila mana pandangan mereka bertaut. Sekejap cuma. Buru-buru dia larikan pandangan.

"Tria anak angkat mama. Muktamad. Tu keputusan mama." Bingkas bangun, dia tarik tangan Tria. Melintasi Andrean, kaki terasa lembik. Kemas dia pegang lengan mama.

Malangnya, lengannya direntap kasar, lalu Andrean merampas dia daripada mama. Sekelip mata, tubuhnya melekat pada dada bidang Andrea. Mata membulat luas.

"Andrean! Apa yang.."

"Shhh..." Dia bagi arahan dekat mama. Jemari melekat di bibir lalu Andrean tarik tangan Tria. Dia bawak keluar dari rumah.

"Andrean!" Kalut mama menghalang. Ingin mengejar, papa pegang lengan mama. Kepala tergeleng perlahan.

"Kalau jadi apa-apa dekat Tria macam mana?" Cuak. Muka pucat lesi.

"Don't worry. He'll never kill her."

"Dengan gaya macam tu, abang fikir Tria akan selamat ke?"

"She will safe. Don't worry too much."

"Anak dengan bapak, sama je! Brutal! Tak punya hati!"

Mama marah, papa masih tenang. Kedua-dua belah tangan dalam kocek seluar. Berlalu tanpa sebarang jawapan.

Tubuh dihempas ke dinding. Dahi berkerut menahan rasa perit saat berlaga dengan dinding.

"Who are you?" Sekali lagi Andrean cengkam kolar bajunya.

Tapi, kali ni dia berani melawan. Mata tajam milik Andrea, dia tatap penuh berani.

"Tria. Nama I, Tria. Seorang yatim piatu yang cuma dahagakan kasih sayang keluarga. Yatim piatu yang tak punya sesiapa yang ingin menumpang kasih mama you. I bukan spy. Takde sesiapa hantar I. I takde niat nak hancurkan keluarga you. Kalau you tak suka I, hantar I semula ke jalanan. Tapi, jangan bunuh I."

Panjang lebar Tria jelaskan bersama air mata mengalir laju ke pipi. Dalam ketakutan, dia cipta kekuatan. Demi nyawanya yang satu.

"Apa niat kau datang sini?"

Kepala tergeleng laju. Bibir dia kemam kuat. Esak tangis cuba ditahan sedaya mungkin. Malangnya tak mampu. Menangis sampai keluar hingus. Takut punya pasal.

"Kalau aku tahu kau spy, kau akan mati di tangan aku." Mengugut. Kolar baju Tria dilepaskan dengan dengusan kasar. Lalu Andrean melangkah semula ke dalam rumah.

Automatik kakinya lembik. Tubuh melorot ke dinding. Tria menangis sambil tekup muka ke lutut. Rasanya, lebih baik hidup di jalanan berbanding hidup di rumah mewah, tapi nyawanya sentiasa diancam.

Andrean Lucas : The Heartless MafiaWhere stories live. Discover now