*****
"Aralyn bangun ! Kamu dah lambat nak pergi sekolah ni!" Aku mendengar mummy membebel pada pagi ini dan menyuruhku bangun untuk pergi ke sekolah."Kejaplah mummy, bgi Lyn 5 minit lagi" Jawabku dengan mamai dan mata masih tertutup.
"Banyak kamu punya 5 minit. Kalau Lyn tak bangun sekarang, mummy simbah air dekat Lyn nanti." Ugut mummy.
Ketika aku mendengar ugutan mummy, aku membuka mata dan terus mencari telefon bimbitku. Mata ku tepat melihat jam di telefon bimbitku. Seketika itu, aku melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6.30 pagi. Aku mula mengelabah kerana aku telah terlambat untuk berangkat ke sekolah.
"Kenapa mummy tak bangunkan Lyn tdi ? " Tanyaku kepada mummy.
"Habistu, siapa yang mummy bangunkan tadi kalau bukan kamu ? " Bidas mummy kepadaku.
"Dah cepat mandi. Lepastu turun bawah sarapan. Daddy dan abang Ezz tengah tunggu di bawah tu." Mummy memberitahu aku.
Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Inilah rutin harianku. Mummyku atau dikenali sebagai Puan Elina selalu menjadi jam pagiku. Aku sangat suka akan kehidupanku. Walaupun kadangkala keluargaku selalu membandingkan aku dengan abangku.
Selesai mandi, aku terus menyarungkan seragam sekolah ke tubuhku lalu menyemburkan sedikit wangi di pergelangan tangan. Ketika aku turun ke bawah, aku melihat keluargaku sedang menikmati sarapan.
"Morning." Ucapku kepada keluargaku. Mereka memandangku dan abangku membalas ucapan aku tdi. "Lyn pergi sekolah dulu sebab dah nak lambat" kataku kepada mereka.
Dengan kelajuan yang penuh, aku berlari menuju ke pagar sekolah. Ini kalau atlet pecut lari tengok, mesti diaorang insecure dengan aku. Sebenarnya aku pergi ke sekolah jalan kaki. Sebab sekolahku dekat je dengan rumah.
Aku melihat pengawas yang bertugas di hadapan pagar sekolah mencatat nama pelajar yang terlambat. Dengan hati yang berat, aku melangkah ke hadapan.
"Kenapa awak datang lambat ?" Tanya pengawas tersebut. Aku melihat dia sedang merenungku dengan tajam.
"Sa.....sa....ya" Aku tak tahulah kenapa aku boleh tergagap bila berhadapan dengan Hans Rayyan ni.
Hans Rayyan merupakan Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tinggi. Dia seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan aktif dalam sukan. Dia juga popular di kalangan guru dan murid kerana mempunyai paras rupa yang tampan serta memiliki tubuh badan yang tegap. Boleh dikira lelaki idaman para wanitalah. Namun aku tidak tertarik kepadanya kerana aku mempunyai crush. Walaupum crush aku itu tidaklah setampan Hans Rayyan. Aku juga sama seperti perempuan lain. Suka usya laki hensem.
"Saya apa?" Jerkahnya pula.
"Saya terlambat bangun pagi tadi." Aku menjawab soalan nya dengan spontan kerana terkejut.
"Saya tak kisah apapun alasan awak. Tapi awak telah melanggar peraturan sekolah. Jadi nama awak akan direkod kerana lambat datang ke sekolah" Katanya. Aku hanya pasrah apabila dia berkata begitu.
Walaupun nama aku telah direkod sebagai pelajar yang lambat datang ke sekolah, itu tidak mematahkan semangatku untuk menuntut ilmu. Aku meneruskan perjalananku menuju ke kelas.
Oh yah. Nama aku Esther Aralyn tetapi aku lebih selesa dipanggil Lyn kerana ringkas dan mudah diingati. Aku berumur 16 tahun dan aku ialah salah satu pelajar dari kelas 4B.
Ketika aku sampai di kelas, aku berasa sangat lega kerana Cikgu Nafiz belum masuk ke dalam kelas untuk mengambil kehadiran. Cikgu Nafiz merupakan guru kelas 4B dan baru mengajar di sekolahku selama 1 bulan yang lalu bagi menggantikan Cikgu Catherina yang telah pindah ke sekolah lain.
"Weh, asal kau lambat ?" Tanya rakanku yang duduk disebelahku . Dia merupakan sahabatku.
"Aku lambat bangun tadi." Saut ku.
"Macam mana boleh lambat? Kau kan selalu awal." Tanyanya lagi.
"Entah. Tak tahu." Acuh tak acuh aku menjawab soalannya.Sekarang aku merasakan bahawa Clarinda merenungku dengan tajam.
*****
Aku dan Clarinda Suria berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan kerana sekarang waktunya pelajar berehat."Hmm... Rinda, kaulah yang pergi beratur belikan makanan untuk kita. Kau kan baik...." Kataku dengan manja kepada Clarinda.
"Banyak cantik muka kau. Nasib baik kau kawan aku. Kalau tak, memang tak nak aku belikan untuk kau" Saut Clarinda kepadaku.
Aku hanya tersengih dan membuat tanda peace kepadanya. Setelah Clarinda pergi membeli makanan, aku terus mencari tempat duduk untuk kami berdua. Secara tiba-tiba suasana di kantin riuh. Aku memanjangkan kepala untuk mencari punca kenapa suasana di kantin sangat riuh. Dan aku telah mendapat jawapannya. Hal ini disebabkan ketua bola sepak and the gengs datang ke kantin untuk membeli makanan. Ketua bola sepak itu dikenali sebagai Danial Lan. Danial Lan itu lah crush aku. Aku mula bercrush dengannya ketika aku tingkatan 2.
FLASH BACK
Aku bersama Clarinda menonton perlawanan bola sepak antara sekolahku dan sekolah Taman Melati. Aku memandang ke arah pasukan sekolah kami dan melihat dia.
"Weh, siapa nama kapten bola sepak itu ?" Tanya ku kepada Clarinda.
"Kenapa ? Jangan bagitau aku yang kau suka dia ehhh" Soal Clarinda pula.
"Mana ada." Aku menafikan kebenarannya.
"Dia tu kapten pasukan bola sepak sekolah kita." Katanya kepada ku.
"Oh yah. Habis tu siapa nama dia ?" Tanyaku lagi kali kedua.
"Danial. Nama dia Danial Lan." Sambungnya lagi.
"Kau jangan pula jatuh hati dekat dia. Danial tu banyak peminat, kang fans dia serang kau. Lagi satu aku dengar dia selalu mempermainkan perasaan perempuan. So satu jak aku nak nasihat. Aku nak kau hati-hati dengan dia tu." Ceramah Clarinda kepada ku.
Aku tidak tahu nak percaya atau tak sebenarnya. Sebab Rinda cakap dia dengar rumor dari mulut orang sajakan. Tapi, kalau aku pendam perasaan dan tidak bagitahu siapa-siapa pasti tidak akan terjadi apa-apa.
END FLASHBACK.
Setelah lama aku menunggu Calrinda membeli makanan, kelihatan Clarinda berlari anak menuju ke meja tempatku duduk.
"Kau pergi mana lama sangat ? Kau beli makanan atau kau pergi tolong mak cik kantin tu masak dulu ?" Kataku geram kerana terlalu lama menunggu.
"Sorrylah aku lambat. Budak-budak halang jalan aku nak beli makanan tdi. Mereka berlari seolah ada artis datang padahal Danial and the gengs yang datang. Aku ingatkan apalah tadi." Geram betul bunyinnya memberitahu aku.Aku hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Kau nak tahu tak, aku hampir terjatuh sebab mereka langgar aku. Nasiblah time tu aku belum beli makanan. Kalau tak, habislah....." Katanya lagi.
Beberapa minit kemudian,loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Aku dan Clarinda terus masuk ke kelas. Kelas berlangsung sehingga tamat waktu pembelajaran. Aku dan Clarinda balik bersama-sama. Kawasan perumah aku dengan Clarinda sama cuma, berbeza lorong. Dalam perjalanan ingin masuk ke lorong menuju ke rumahku, aku mendengar seseorang memanggilku dari belakang.
Aku menoleh ternyata jejaka tersebut ialah......
TBC ✨
YOU ARE READING
Toxic Love
Non-FictionEsther Aralyn menyukai Danial Lan selama 3 tahun. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya dia mendapatkan cinta Danial Lan. Kebahagian yang Aralyn rasai hanya seketika apabila Danial Lan yang mulai berubah sikap. "I tengah sibuk ni. Boleh tak yo...