*****
Aku membuka mataku dengan perlahan kerana terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Figura seorang lelaki yang aku kenalberjalan dengan tanggannya dimaksukkan ke dalam poket seluar datang mendekat ke arah ku. Dia terus memberikan senyuman manisnya yang selalu membuat aku terpikat. Aku membalas senyumannya."Macam mana awak tahu saya ada dekat sini" Tannyaku kepadanya untuk memulakan perbualan antara kami.
"Kawan I yang sama rumah sukan dengan you bagitahu yang you terjatuh masa latihab rumah sukan tadi" Kata Danial kepadaku. "Macam mana you boleh jatuh tadi, you buat I risaulah." Sambungnya lagi.
"Saya tersepak kaki saya sendiri masa nak lari tadi, sorrylah buat awak risau" Balasku kepadanya.
"It's okey , yang penting you kena lebih berhati-hati lepas ni. Okey ? I tak nak you cedera lagi lepas ni" Katanya
Ketika aku dengan Danial berborak, tiba-tiba pintu bilik isolusi dirempuh dua orang jembalang. Siapa lagi kalau bukan Clarinda dan boyfriend tercintanya, si Hayden. Mamat kerek tu pun ada lagi, aku ingat dia dah balik tadi. Aku memandang kembali muka Clarinda, aku baru perasan yang dia asyik tenung Danial dari dia masuk tadi.
"Macam tak puas hati je minah ni" Pikirku.
"Weh, kau dengan Han ada apa-apa ke?" Soal Clarinda dengan senyuman nakalnya.
Aduh! Apalah yang minah ni fikirkan. Aku memandangnya dengan kening yang berkeredut.
"Kenapa kau tanya?" Soal ku pula.
"Tak adalah. Sebab dia tolong kau. Han tu jarang tau nak tolong org." Jawap Clarinda.
"Mungkin sebab kita orang sama rumah sukan kot. Kau jangab nak fikir lebih-lebih." Tegasku.
"Yelah tu" Balas Clarinda dengan nada tidak percaya.
Mana-mana kau lah janji kau bahagia. Setelah itu, Clarinda dan Hayden meminta diri untuk pergi dan tinggallah aku dengan Danial. Sekejap je si Clarinda dan mamat kerek tu melawat aku. Katanya cuma nak memastikan aku selamat je.
Suasana menjadi senyap seketika. Jantung aku tiba-tiba berdebar pula. Tadi macam biasa jer. Kenapa sekarang tiba-tiba berdebar. Rasa canggung pun ada.
"Jadi apa jawapan you ?" Danial memulakan perbulan antara kami.
Aku memangdangnya dengan wajag bingung. Jawapan untuk soalan apa ?
"You memang tak ingag atau buat-buat tak ingat" Soalnya.
"Betul, saya tak ingat." Kataku lagi.
Danial menarik nafas panjang."You sudi tak jadi Girlfriend I ?" Katanya.
Ohh ya baru aku ingat. Aku hampir terlupa pasal itu.
"Saya....."
"Kalau you tak nak, tak apalah." Danial memotong percakapan ku tadi dengan nada yang kecewa.
"Saya terima." Balasku dengan laju. Aku memandang Danial yang tersenyum lebar menampakkan giginya.
"I tahu you tak akan tolak" Ujarnya.
Tak sanggup aku nak tolak tawaran dia. Peluang ada dekat depan mata kot.
"So, jadi hari ini you offcialy my girlfriend and we are couple " Katanya lagi.
Aku membalas dengan anggukkan dan senyuman.
" Kalau macam tu, I keluar dulu. You sambunglah rehat. Bye sayang!" Ucap Danial kepadaku dengan pakej kenyitan mata sekali.
Setelah bayangan Danial tidak lagi kelihatan, aku menekup mukaku dengan bantal. Aku juga menjerit disebalik bantal itu.
"Ya tuhan, kenapalah Danial ni selalu buat aku tak tentu arah." Gumamku sendiri.
YOU ARE READING
Toxic Love
Non-FictionEsther Aralyn menyukai Danial Lan selama 3 tahun. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya dia mendapatkan cinta Danial Lan. Kebahagian yang Aralyn rasai hanya seketika apabila Danial Lan yang mulai berubah sikap. "I tengah sibuk ni. Boleh tak yo...