BAB 4

103 5 0
                                    

*****
Aku menuruni satu-persatu  tangga rumah untuk mencari bukuku yang tertinggal di ruang tamu. Belum sempat aku memijak tangga yang terakhir. Aku terdengar suara riuh-rendah dari arah dapur.

"Macam kenal jer aku suara tu, tapi siapa ? " Tanyaku pada diri sendiri.

Tanpa melengahkan masa, aku berlari menuju ke dapur untuk melihat insan yang datang ke rumahku.

"Mummy, siapa yang da...." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, terkejut aku melihat makhluk Tuhan yang sedang bersembang dengan Mummy.

Mereka masih belum sedar akan kewujudan aku. Kalau lihat dari cara mereka bersembang, mereka terlihat sangat akrab. Kalau betul, kenapa aku tak pernah tahu yang Hans Rayyan kenal mummy.

"Eh Lyn. Sejak bila Lyn ada dekat sini? " Tanya mummy setelah sedar aku berdiri di pintu dapur.

"Macam mana mummy nak perasan kalau seronok sangat  bersembang dengan Hans" Kataku di dalam hati.

"Ohh lupa mummy nak kenalkan. Hans ni anak aunty. Aralyn namanya." Mummy memperkenalkan aku kepada dia.

Hans memandang aku atas bawah sambil senyum sinis. Dah kenapa pula mamat ni pandang aku macam tu. Seram pula rasanya.

"Mummy rasa Lyn patut tukar pakaian Lyn." Ujar mummy.

Kenapa pula nak kena tukar pakaian. Monologku. Baru aku tersedar bahawa aku hanya memakai crop top dan short pants yang berwana hitam. Terus aku melarikan diri ke bilikku.

"Aduh! Mesti dia dah nampakkan. Macam mana aku nak berdepan dengan dia sekarang ni. Malu 7 keturunan weh! Tak apa Lyn, kau relex je anggap tak de apa yang berlaku. Semua tu tadi berlaku tanpa sengaja okey." Kataku kepada diri sendiri.

Aku terus menuju ke almari pakaian milikku lalu mencapai t-shirt berwarna putih dan seluar palazo berwarna hitam.

Aku turun kembali ke dapur dan memasuki ruang tersebut dengan muka tidak bersalah. Padahal dalam hati sudah menyumpah seranah diri sendiri yang cuai.

"Haah, pakai macam nikan sopan." Kata Mummy.

Aku memberikam senyuman tipis kepadanya. Kemudian, aku melabuhkan punggungku dikerusi sebelah Mummy. Jangan harap aku nak duduk sebelah dia.

"Mummy ingat kamu dah tak nak turun tadi." Sambung Mummy kembali.

" Dulu Mummy pernah ajarkan, jangan biarkan tetamu macam tu je. " Tuturku dengan tidak puas hati. Mummy hanya menggelengkan kepalanya.

"Ni Hans, aunty nak minta maaf dekat kamu pasal perangai anak aunty ehh" Mummy meminta maaf kepada Hans bagi pihakku.

"Tak apa aunty, bukan selalu dapat tengok pemandangan macam ni kan." Ujar Hans sambil memandangku dengan keningnya terangkat sebelah.

Mataku terus membulat besar sampai nak terkeluar biji mata. Ada ke patut dia cakap macam tu dekat mummy. Kau memang gila Hans.

"Kalau Lyn nak tahu Hans ni anak kawan mummy, Aunty Helenna. Tapi Lyn tak pernah jumpa dia kan, abang Ezz yang pernah jumpa" Kata Mummy.

Patutlah diaorang nampak rapat semacam, rupanya mummy kawan dengan mak dia.

"Kalau tak silap Aunty, kamu dengan Lyn sama sekolah kan ? " Mummy bertanya kepada Hans yang sedang memerhatikan aku.

"Ya aunty kami sama sekolah." Jawap Hans pula lalu memandang ke arah mummy.

Mummy tersenyum apabila mendengar jawapan Hans dan bertanya " Kalau tak silap aunty, Hans Pengawas sekolah kan?"

"Ya aunty" Jawap Hans singkat.

"Mummy ni banyak tanyalah. Macam polis pula dah. Harap mummy tak tanya apa kesalahan yang aku buat di sekolah. Habislah aku kalau mummy tahu. Eh tapi takpe kan, aku baru buat satu kesalahan. Aku datang lambat je kan. Takda buat apa - apa yang tak elok pun." Kataku di dalam hati. Geram ada, resah pun ada.

"Hans aunty nak tanyalah...Lyn ada buat apa - apa kesalahan ke di sekolah ? Langgar peraturan sekolah atau apa - apa sahaja ?" Soal mummy lagi.

"Ini lah yang aku takut tadi. "  Gumam ku perlahan.

Hans memandang aku sebelum menjawap. Hans juga sempat tersenyum sinis kepadaku. "Ada aunty" Kata Hans. Aku terus membulatkan mataku kepada Hans. Manakala mummy terus memandang ku.

Hans meneguk air sirap yang disediakan oleh mummy tadi sebelum memberitahu mummy apa yang aku lakukan.

"Aralyn pernah datang lambat. Bukan itu sahaja aunty, dia pernah buang sampah merata tempat" Sambung Hans.

Tak masalahnya sekarang ni yang aku pernah buang sampah merata tempat tu salah okay, masa tu aku nak shoot  sampah tu ke dalam tong sampah tapi, nasib tak menyebelahiku apabila sampah tu tak masuk dalam tong sampah. Aku tak tahu pula yang dia nampak.

" Tapi mummy, Lyn tak pernah buang sampah merata tempat. Betul." Kataku bersungguh - sungguh untuk membela diri sendiri sambil tunduk kepala memangdang meja.

" Hans , aunty nak minta tolong boleh ?" Pula dah, mummy tak minta tolong apa.

"Apa dia aunty" Jawap Hans.

"Aunty nak Hans tengokkan Lyn di sekolah. Kalau dia buat masalah, Hans lapor dekat Aunty." Kata mummy.

Secara spontan, aku membangkang permintaan mummy.

"No, Mummy! " Kataku.

Terkejut Hans mendengar suaraku.

"Kenapa pula tidak boleh ? " Soal mummy kepadaku.

"Sebab Lyn boleh jaga diri sendiri. Lyn dh besar." Kataku. Tak sanggup aku diperhatikan oleh dia di sekolah.

"Apapun alasan Lyn, Mummy tetap nak Hans tengokkan Lyn. Keputusan mummy muktamad. No more excuse. " Kata mummy. Aku memandang wajah Hans dengan tidak  puas hati.

"Boleh je aunty. Tak ada masalah" setelah sekian lama Hans mendiamkan diri, akhirnya dia memberikan kata putus kepada mummy.

Tak apa Hans. Hari ini hari kau, esok lusa hari aku. KAU TUNGGU!

*****
Petang ini, aku ada latihan rumah sukan. Pelajar semua dikehendaki untuk menghadiri latihan rumah sukan masing - masing.

"Aku tak sangka pula yang Hans sama rumah sukan dengan aku." Monolog ku dalam hati.

Ya, Aku dengan Hans sama rumah sukan warna Biru. Tapi aku sedih sebab  tak sama rumah sukan dengan Danial. Dia rumah sukan hijau. Sekolah kitaorang setiap tahun akan tukar rumah sukan, aku pun tak tahu kenapa. Dah peraturan dia macam tu.

"Rumah sukan Biru sila bersedia. Kita akan pergi ke station seterusnya" Jerit Cikgu Qila kepada kami.

Station kami ialah kami akan pergi ke tempat lombat jauh acara padang. Cikgu Qila dan Cikgu Hakim akan memilih dua orang peserta untuk mewakili rumah sukan biru.

"Bagi siapa - siapa yang berminat nak mengikuti acara ini boleh bagi tahu cikgu. Lepastu cikgu akan suruh awak semua mencuba  untuk lompat, siapa yang lompat  palin, orang itu yang akan cikgu pilih." Terang Cikgu Hakim panjang lebar.

Aku rasa tertarik dengan acara padang itu, jadi aku tidak akan lepaskan peluang yang ada. Aku melihat ramai orang mencuba nasib untuk mewakili rumah sukan biru dalam acara lompat jauh. Sekarang ini telah tiba giliranku untuk mencuba. Aku mula mengambil 10 langkah untuk melakukan lompatan. Tetapi aku tidak tahu dimana silapku, aku tersepak kakiku sendiri menyebabkan aku terjatuh. Orang ramai mengerumuniku.

Seorang rakanku bertanya, "Wei Lyn, kau okey ke tak?"

"Aku okay' jawabku dengan wajah kesakitan.

Aku cuba untuk bangun, tapi aku jatuh semula. Rasa sakit di pergelangan kakiku masih terasa.

Tiba - tiba ada satu susuk menghulurkan tangannya untuk membantuku. Dengan perlahan aku mendongakkan kepalaku untuk melihatnya.

"Cepatlah. Kau nak ke tak ?" Soal Hans.

"Sabarlah" Kataku.

Aku terus mencapai tangannya lalu dia memapahku ke bilik isolosi.

"Banyak - banyak orang, kenapa mesti dia yang tolong aku ? Kau kira nasib baik lah Lyn  sebab ada orang sudi nak tolong kau. Walaupun muka dia nampak macam terpaksa." Bisik hatiku.


TBC

Toxic Love Where stories live. Discover now