BAB 6

48 1 0
                                    

*****
" Aunty, mummy ada buat kuih seri muka, mummy suruh Lyn hantar kat aunty." Aku menghulurkan beg kertas yang berisi bekas makanan kepadanya.

" Buat susah-susah je mummy kamu ni. " Kata Aunty Helenna sambil menuangkan air sirap ke dalam gelas.

Ketika aku dan aunty Helenna sedang rancak berbual, tiba-tiba kedengaran pintu bilik mandi yang terletak di dapur di terbuka. Aku terdiam di tepat dudukku selepas melihat pemandangan yang tidak sepatut nya aku lihat. Aku melihat Hans yang separuh bogel keluar dari bilik mandi. Dia hanya bertuala yang melilit pinggangnya, menampakkan dada dan six pack miliknya. Hans kelihatan sexy dengan rambutnya yang masih basah dan air yang sedikit menitik membasahi dadanya. Apabila tersedar yang aku telah terlanjur memandangnya, aku lantas menutup mataku dengan kedua belah tangan.

" Mummy mata Lyn telah dinodai !!! " Kata ku dalam hati.

Aunty Helanna hairan dengan tingkah laku ku lalu menoleh ke belakangnya.

" Hans, apa kamu buat ni ? " Kedengaran Aunty Helenna bertanya kepada Hans.

" Hans buat apa ? " Soal Hans tidak faham.

" Yang kamu separuh bogel depan Aralyn ni dah  kenapa ?

" Look ma, Hans tak buat apa-apa pun. Kira dia  beruntung lah dapat tengok body Hans yang sexy ni. Lagipun dia yang datang rumah kita." Kata Hans dengan tak tahu malu . Tetapi nadanya berkata sangat sinis.

" Hans ! " Tegur Aunty Helenna dengan tegas.

Hans hanya buat tak tahu lalu pergi meninggalkan aku dan aunty Helenna di dapur. Aunty Helenna yang melihat tingkah laku Hans hanya menggelengkan kepala.

" Lyn dah boleh buka dah mata tu. Hans dah pergi masuk bilik ." Tegur Aunty Helenna dengan perlahan lalu aku menurunkan tangan ku ke bawah.

Aih, Hans ni buat aku sakit jantung. Dah lah aku baru lepas tengok tubuh anak teruna orang. Kalau mummy tau ni, dah semestinya aku kena ceramah.

" Maaflah dengan sikap anak aunty ." Kata Aunty Helenna. Aku hanya memberikan senyuman nipis dan di balas dengan senyuman oleh Aunty Helenna.

Tidak lama kemudian kedengaran tampak kaki seseorang menuju ke dapur.  Hans muncul dihadapan pintu dapur. Dengan selamba, Hans menarik kerusi berhadapan denganku lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia memandangku dengan sinis lalu menghadiahkan senyuman. Bukan senyuman manis, tapi smirk. Sexy smirk.

Aku dah tak senang duduk ketika Hans memandang aku begitu.

" Hans, jangan pandang anak dara orang macam tu." Tegur Aunty Helenna.

Hans hanya tersengih.

"Mamat ni kan, kalau aku hadiahkan penumbuk best juga. " Gumamku dalam hati.

Hans mengambil sepotong  kuih seri muka itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Sedapkan kuih tu Hans." Tutur Aunty Helenna.

"Sedap ma, siapa yang buat ?" Soal Hans.

"Aunty Elina yang buat. Mesti Lyn ada tolongkan. "

Dapat aku rasakan dua pasang mata sedang memandangku. Aku mengangguk.

"Bagus Lyn ada tolong ibu dekat dapur. Elok sangatlah nak jadikan menantu aunty. "

Kata - kata Aunty Helenna membuatkan aku tersedak air. Dengan batuk yang masih tersisa aku mengucapkan terima kasih kepada Aunty Helenna walaupun ayat last dia ucapkan tadi membuat aku tersedak. Kalau Aunty Helenna nak bermenantukan aku maksudnya aku kena kahwin dengan Hans lah kan . Eeee tak nak aku, tak sanggup. Mati hidup balik pun aku tak nak kahwin dengan dia walaupun orang bagi free.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Toxic Love Where stories live. Discover now