SEPASANG matanya memandang tepat ke sasaran. Jari-jemari naik menggenggam kemas senapang dalam pegangan. Lubang kecil yang ada di atas senjata tersebut menjadi titik utama sebelum melepaskan tembakan.
"Upper." Ringkas suara di samping memberi arahan. Lelaki tegas itu memeluk tubuh. Memberi renungan tajam sambil menilai setiap gerak-geri adiknya. Memastikan tiada kesilapan kecil.
Tanpa bantahan, dia meninggikan sedikit kedudukan senapang itu. Kemudian, dia kembali memberi tumpuan sepenuhnya pada sasaran atau lebih tepat figura manusia yang berdiri jauh daripada pandangan mereka.
Anak mata mengecil. Kali ini, masuk kali ke-10 Rian perlu mengulang semula teknik penggunaan senjata tersebut. Mujur saja tahap kesabaran abang sulungnya tinggi. Jika tidak, sudah pasti dia menghadapi masalah besar sekarang.
"Focus on target's body. Bukan main tembak." Terselit perlian Ryan Lovis. Tubuhnya menyandar selesa ke dinding. Bohong jika dia cakap, dia tak penat mengajar adiknya yang slow learner itu.
Rian perlu melepaskan peluru ke dada kiri di mana terdapatnya jantung manusia. Sasaran tersebut mampu menyekat sistem pernafasan mangsa seraya memudahkan mereka untuk meneruskan langkah seterusnya dalam misi.
Bang!
Akhirnya tembakan ke-10 dilepaskan. Kemudian Rian menegakkan tubuh ingin melihat sama ada sasarannya tepat atau tidak.
Bibir mendecit geram. Seperti jangkaannya, tidak. Tidak tepat. Belum tiba dua saat sejak tembakan itu dilepaskan, secara mengejut ada buku lima yang menunjal belakang kepalanya. Tertunduk ke hadapan tubuh ringannya.
"Aduh!" Bersama decitan Rian melirik ke arah belakang.
Maka terpaparlah wajah serius si abang sulung yang merenungnya dengan tajam. Ryan yang memukulnya tadi.
Liur ditelan kesat. Lambat-lambat Rian tersengih seperti kerang hanyir. Tangan naik menggaru sisi kepala
"Hihihi... sorry, Along. Janganlah marah, nanti muka kedut macam mana?" Tiada perasaan gerun terhadap abang sulungnya. Sebaliknya, Rian semakin gemar meningkatkan tahap kesabaran lelaki yang sedia tinggi itu.
Hanya tatapan tajam diberikan sebagai respons. Lebih kepada tatapan membunuh. Jauh di sudut hatinya mengatakan tahap kesabaran Ryan sudah mencapai tahap maksima. Dia sepatutnya lebih berjaga-jaga jika lelaki itu mula menunjukkan tanda-tanda kemarahan.
Cepat-cepat Rian kembali fokus ke figura di hadapan. Tidak mampu berkata lebih. Jika dia buat demikian, maka tamatlah riwayatnya.
"Kalau malas belajar, sampai bila nak pandai? Hidup penuh dengan alasan." Tiba-tiba satu suara lunak menyergah mereka berdua.
Pada masa yang sama, para pelatih yang turut melakukan latihan di sana cepat-cepat menunduk hormat kepada pemilik agensi tersebut apabila wajah serius wanita itu terpapar jelas di muka pintu.
Kemudian, mereka kembali fokus kepada latihan semula. Dengan itu, gabungan bunyi tembakan dari pelbagai arah kembali bergema di dalam gudang berteknologi tinggi ini.
"Akak... Auch!" Membulat biji mata Rian tatkala merasakan ada cubitan menyengat di paha.
"Jeneral Isabella. Kau bukan di rumah nak panggil akak suka hati," bisik Ryan dengan nada yang tertahan-tahan. Tidak mahu isterinya mendengar perbualan mereka.
"Oh, ya." Rian hampir lupa tentang itu. Kerana dia sering memanggil wanita itu menggunakan gelaran akak di rumah. Jadi kadangkala, dia akan tersilap panggilan.
"Jeneral." Kemudian, Rian menundukkan tubuhnya tanda hormat. Begitu juga Ryan merangkap suami kepada wanita itu.
Bersama raut wajah yang sama, Jeneral Isabella hanya mengangguk kecil sebagai respons kepada sapaan Rian. Kaki merapati mereka berdua. Rian menurunkan senjata di tangannya dan menempatkan ia dengan berhati-hati di atas pemegang senjata.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT]
Action[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang diciptakan demi kejatuhan telah menjerat mereka ke dalam perangkap satu sama lain. Mutiara Seroja, di...