"ADUH! Janganlah sentuh. Sakit tahu tak?" Rian mengusap pergelangan tangannya yang sakit akibat malam tadi. Bibirnya memuncung.
"Padan muka. Inilah orang kata. Tak ada kerja, cari kerja. Yang kau pergi provok perempuan tu kenapa?" Sakit telinga Rian dengar bebelan rakan-rakannya sejak pagi. Terutamanya si abang sulung.
"Manalah aku tahu perempuan tu extraordinary. Bila dia keluarkan taring, ternganga mulut aku," gumam Rian mempertahankan diri. Sungguh dia tidak bersalah.
"Sejak bila bilik meeting aku jadi tempat bertengkar?" Jeneral Isabella bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
Serta-merta mereka mengunci bibir. Mereka mencerlungkan mata ke arah satu sama lain tanpa menggunakan suara. Sambung bertengkar.
Felix menjelir lidah. Begitu juga Rian yang sudah hilang sabar. Rose, Darren, Adrian, Angelina, Starla merangkap rakanrakan seunit mereka sudah berpeluh. Bukan kerana panas, tetapi takut akan tatapan Jeneral Isabella yang tidak lepas daripada memerhati Felix dan Rian. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Ryan, bawakan saya pisau." Terus Ryan menyerahkan pisau
lipat yang ada di dalam poket kotnya. Seperti sudah dapat jangka isi kepala isterinya.
Rian dan Felix tersentak. Terus mereka berhenti bertingkah seperti keanak-anakkan. Diganti dengan deheman kecil.
"Eh, kenapa senyap? Baru nak kerat lidah orang tadi." Jeneral Isabella mengatakan itu sambil membelek-belek mata pisau di tangannya. Felix dan Rian menelan kesat air liur. Psiko!
Jeneral Isabella tidak pernah bergurau senda. Jika wanita itu kata A, maka A. Bukan sekadar cakap kosong.
"Amedeo. Aku ada tugas untuk kau." Tiada angin, tiada ribut, nama Rian diseru di hadapan.
Rian mengelip kelopak mata. Terpapar wajah blur dia di tempat duduk. "Hah? Saya seorang?" Jari dituding ke dadanya.
"Ada saya sebut nama orang lain?" Soalannya tadi dibidas dengan pedas oleh Jeneral Isabella.
"Kenapa muka semua orang serius ni?" Sejak awal lagi dia perasan raut wajah rakan-rakan di sekelilingnya. Tidak seperti biasa. Tenang dan bergurau senda. Ini bukan kali pertama dia terima misi sebagai solo. Bahkan, kebanyakan misinya bergerak secara solo tanpa bimbingan ejen-ejen lain.
Tiada respons daripada mereka. Masing-masing memalingkan wajah. Enggan bertembung mata dengan wajah polos Rian.
"With a girl," sambung Jeneral Isabella sedari bilik mereka semakin jeda.
"Kejap? Apa!?" Terbuntang luas biji mata Rian sebelum berubah ke senyuman lebar. Terjerit kecil dia dibuatnya. Teruja. Jadi, tugas kali ini dia akan ada peneman!
"...Who attacked you last night." Dia masih belum selesai berbicara.
Selaju kilat senyuman Rian mati.
"Perempuan gila tu?! Yang buat saya hampir masuk penjara
tu?! Yang tu?!" Jelas wajah terkejut Rian. Berkerut-kerut dahi. Tidak, mustahil.
Seketika, Jeneral Isabella menutup kelopak mata. Nafas dihela berat. "Bertenang."
"Bertenang? Beritahu saya cara untuk bertenang kalau pasangan misi saya ialah orang sama yang cuba bunuh saya!"
"Amedeo." Kali ini nada Jeneral Isabella menjadi gerun tatkala menyebut nama Rian.
Terus Rian mengetap bibir, menundukkan kepala. Baru menyedari perbuatan luar kawalannya. "Maafkan saya, Jeneral." Lalu dia kembali duduk ke atas kerusi. Cuba menenangkan diri.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT]
Action[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang diciptakan demi kejatuhan telah menjerat mereka ke dalam perangkap satu sama lain. Mutiara Seroja, di...