BAB 9

4.8K 395 5
                                    

"TIARA aku dah besar sekarang." Alora merangkul belakang leher Mutiara dengan tawa ringkas.

"Diam." Mutiara menepis lengan Alora. Dia sedang sibuk meneliti sehelai kertas yang terdapat senarai nama cawangancawangan besar di Malaysia.

Alora melepaskan tawa. Lalu dia kembali fokus ke pemanduannya. Kejap-kejap leher memanjang, menjenguk isi kertas dalam pegangan Mutiara.

"Tell me. Kau nak apa sebenarnya?" Tingkah laku Alora sangat pelik hari ini. Wanita itu seperti ingin menyampaikan sesuatu tetapi sedang mencari masa yang tepat. Sepatutnya, Mutiara berada di ruang pemandu. Bukan Alora. Dan sepatutnya juga, Mutiara pergi mengutip hutang seorang diri. Bukan bersama Alora.

"Aku nak bermanja dengan kau pun tak boleh sekarang? Oh, mentang-mentang dah dapat kebebasan, kau lupa aku ya Tiara?" Alora memuncung itik membuat Mutiara semakin menyampah.

"Kau tahu kan, aku boleh buat sendiri?" Nada Mutiara keras.

"Aku tahu. Cumanya, aku risau kalau orang tu tak nak bayar hutang, kau pancung kepala dia. You're the most unpredictable woman I've ever seen, you know that?" Berkerut-kerut dahi Alora menyatakan itu. Dia tidak bergurau.

"Thank you." Respons Mutiara menunjukkan dia jelas tidak berminat.

"That's not a compliment, Tiara." Alora mengguling mata ke atas.

"It is." Seketika, mereka melawan tatapan sebelum ia dileraikan. Seperti biasa, Mutiara tidak akan beralih. Selaku 'kakak' kepada wanita itu, dia sendiri perlu mengundur kaki ke belakang dan membiarkan kemenangan itu diperolehi Mutiara.

Kereta Alora memecut pantas di hadapan lobi hotel lalu mematikan enjin di situ. Pembantu yang sepatutnya membawa kereta-kereta golongan VVIP ke parkir khas, tergamam seketika apabila melihat tindakan selamba Alora. Wanita itu bukan menghentikan kereta. Sebaliknya, memarkir di sana.

Pintu kereta dihempas lalu mereka berdua bersama-sama masuk ke dalam hotel. Gabungan bunyi kasut but di dalam lobi menggamit perhatian orang yang lalu-lalang di dalam.

Kertas yang dia pegang tadi diselitkan ke dalam vest merah di tubuhnya. Hari ini, Mutiara memakai sut wanita yang lengkap tanpa kot. Begitu juga Alora. Tetapi Alora lebih memilih set yang sedikit longgar berbanding Mutiara yang memakai pakaian mengikut bentuk tubuh.

"Hi miss, welcome to Grand Sweden Suites Hotel, how can I help you?" sapa seorang penjaga kaunter dengan mesra.

"Kami nak jumpa Dato' Sri Nizam." Serius Alora. Mendengar itu, dia tergamam. Betul ke apa yang dia dengar? Siapa dua orang wanita di hadapannya ini? Begitu sahaja mereka menyebut nama si pemilik hotel.

"Buat masa sekarang, Dato' tak mahu diganggu," balasnya teragak-agak. Rakan sekerja yang lain turut memandang sama tatkala nama itu melalui gegendang telinga. Mereka memasang telinga sambil menguruskan pelanggan.

"Dia ada di mana?" Kali ini Mutiara bersuara. Dia tidak baik seperti Alora yang tahu erti sopan santun.

"Maaf, itu privacy Dato' sendiri," balasnya semakin perlahan.

"Ada sesiapa nampak Siti tak? Bos dah tunggu dia dalam sauna!" Seketika, suara kelam-kabut itu melintas di belakang mereka. Terus membulat biji mata penjaga kaunter itu. Dia berdecit geram. Reaksi takutnya jelas kelihatan daripada pandangan Mutiara dan Alora.

Hah, mudah.

Otak memberi respons yang sama. Serentak kaki laju melangkah, mencari spa hotel tersebut.

"Security!" Cepat-cepat wanita itu meminta bantuan pengawal. Lantas dua, tiga orang pengawal mengejar Alora dan Mutiara dari belakang.

"Tiara, kau cari dia sampai dapat. Biar aku uruskan pengawal ni semua!" Alora memberi arahan. Mutiara melajukan langkah meneliti satu per satu bilik. Tidak lama, mata terkunci pada papan tanda yang ditulis nama spa.

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now